Selasa, 18 April 2017

Azmin Ali Kaduk Naik Junjung

SELANGOR merupakan negeri terkaya di Malaysia bukan sahaja sejak ditadbir pakatan cacamerba.
Malah semasa Barisan Nasional mentadbir negeri itu ia sudah diiktiraf sebagai negeri terkaya di Malaysia dengan perolehan KDNK tertinggi.

Ketika Shah Alam di isytihar bandar raya,Malaysia telahpun mempunyai enam bandar raya iaitu Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Kota Kinabalu.

Dari segi sejarah, Shah Alam yang mula dibina pada tahun 1963 yang pada asalnya sebuah kawasan ladang kelapa sawit dikenali dengan nama Sungai Renggam.

Pembukaan Shah Alam adalah bagi menggantikan Kuala Lumpur yang telah dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.

Apabila Shah Alam diisytiharkan sebagai bandar raya pada 10 Oktober 2000 ia menunjukkan pendapatan melalui pelabur dan kutipan cukai telah mencapai tahap yang membolehkan Shah Alam diisytihar sebagai bandar raya.Pada 2000 bukan pakatan cacamerba yang tadbir negeri itu.

Selangor di kenali sebagai negeri kaya sejak puluhan tahun dahulu,tetapi Menteri Besar Selangor,Azmin Ali begitu berbangga macamlah rakyat tidak tahu sikap beliau seperti kaduk naik junjung.

Kata Azmin Ali,Selangor merupakan negeri terpenting kepada Malaysia untuk negara ini mencapai negara berpendapatan tinggi.
“Jika statistik ekonomi Selangor dibawa keluar daripada Malaysia, ekonomi Malaysia lebih parah dan merudum.

Sesebuah kejayaan yang dikecapi oleh negeri-negeri ditanah Melayu pasti bergatung kepada faktor keamanan,ekonomi,politik yang stabil yang dibawa pemimpin kemata dunia.

Sekiranya tiada keamanan bukan sahaja marhaen Selangor malah Azmin dan anak bininya kebuluran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan