Isnin, 6 Mac 2017

Pakatan Harapan Sedar Hanya PKR dan DAP Mampu Saingi BN,PAN Masih Lagi Budak Suruhan

KEGERUNAN pembangkang kepada Barisan Nasional semakin jelas setelah kesukaran memujuk PAS untuk bersama Pakatan Harapan tidak kenampakan hasil lumayan.

Terkini Presiden KEADILAN, Wan Azizah Wan Ismail menyeru blok pembangkang agar bersatu kerana dengan cara itu sahaja peluang untuk menikmati pertambahan kerusi pada PRU ke-14.

Tanpa merujuk kepada sejarah lampau pembangkang yang telah berkali-kali bersatu atas nama Brisan Alternatif dan Pakatan Rakyat,Wan Azizah mungkin beranggapan susah sama dipikul senang sama dirasai boleh dinikmati berterusan.Sedangkan logo satu parti dikalangan pembangkang tidak pernah wujud.

Mengikut sejarah perkembangan politik negara,Pilihan Raya Umum Malaysia KE-10 yang diadakan pada November 1999 merupakan kali pertama sejarah pakatan politik dicipta.

Yang mana sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah sistem politik dwiparti bagi tujuan menentang keunggulan Barisan Nasional dengan nama Barisan Alternatif(BA).

Barisan Alternatif yang disertai parti kuat pembangkang ketika itu ,PAS,PKR dan DAP akhirnya lebur secara total.
Pada April 2008 pembangkang sekali lagi mengumumkan pakatan mereka dengan nama baharu iaitu Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat juga disertai parti yang sama dalam Barisan Alternatif iaitu,PAS,PKR,DAP,namun terkubur tanpa kubur dan batu nisan kerana ideologi-ideologi yang bertentangan sesama sendiri dan begitu juga dengan Barisan Alternatif yang lebih dahulu ditahlilkan.

Semasa penubuhan Pakatan Rakyat ramai pihak bertanggapan arwah hidup kembali setelah ditahlilkan selepas 8 tahun kematian Barisan Alternatif.
Kini Pakatan Harapan sebagai pengganti,Pakatan Harapan tidak disertai PAS,manakala PPBM hanya letak sebelah kaki untuk mencari peluang jika ada keuntungan.

Dalam Pakatan Harapan wujudnya sebuah parti baharu iaitu PAN,PAN seawal penubuhan begitu gah kerana pemimpin dalam parti itu ramai mereka yang berpengalaman puluhan tahu dalam politik ketika bersama PAS.

Dengan kerusi yang dimenangi atas nama PAS pada PRU ke-13 PAN merasa hebat,dan taring PAN di uji pada PRN Sarawak KE-11 yang berlaku pada Mei 2016.Namun kecundang malah blok pembangkang bertembung sesama sendiri.

Pada dua PRK,iaitu PRK Kuala Kangsar Perak dan Sungai Besar Selangor PAN sekali lagi memberi cabaran kepada Barisan Nasional,kedua-dua PRK itu PAS turut meletakkan calonya,namun PAN dan PAS turut kecundang dikaki calon Barisan Nasional.

Hayat Pakatan Harapan dijangka lebih Panjang berikutan PKR dan PAN lebih menjilat DAP,tidak seperti PAS yang banyak bertelagah dari sudut ideologi.

Menurut Wan Azizah,bancian terkini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat ranting rendah,nampaknya Wan Azizah lebih percaya kepada nujum daripada usaha yang telah pembangkang lakukan.

Untuk pengetahuan Wan Azizah,kebanyakan pengundi bukannya undi Najib,kalau ada pun hanya di Pekan kerana Najib bertanding di sana.
Penulis sendiri mengundi parti yang penulis suka,bukanya calon walaupun body dan keperibadian seseorang calon itu penting,tetapi setiap calon yang dipilih itu telah diteliti dan ditapis sebaik mungkin,rasanya begitu juga dengan pembangkang.

Wan Azizah sebenarnya menyeru PAS agar bersama Pakatan Harapan,tetapi beliau sedar jika nama PAS diseru,pastinya pengikut dan penyokong akan anggap bahawa parti dalam Pakatan Harapan belum kuat sekiranya PAS tidak bersama.

Disini kita boleh nampak secara jelas,belum ada kesepaduan jitu antara parti dalam Pakatan Harapan begitu juga kekuatan sokongan untuk menawan Puterajaya yang dimimpi siang malam.

Antara tujuan utama seruan Wan Azizah agar blok pembangkang bersatu kukuh dan menang pilihan raya 2014 bukan sahaja bertujuan memerintah Malaysia,sebaliknya untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk dalam penjara diatas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Menurut pandangan umum,PRU ke-14 adalah peluang terakhir cita-cita pembangkang untuk melihat Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Harapan menang.

Sekiranya pembangkang menang dan mampu memerintah Malaysia pada pru ke-15 tidak mungkin dynasty Anwar Ibrahim akan merasa peliwat itu menduduki tahta Perdana Menteri kerana usia yang semakin menua dan mereput.

Dan sebab itulah Wan Azizah menyeru bersungguh-sungguh agar kepaduan antara parti dalam pembangkang supaya kukuh.

Berdasarkan sejarah penubuhan pakatan parti pembangkang bermula dari Barisan Alternatif,Pakatan Rakyat,Pakatan Harapan tidak sekuat mana berikutan parti kedua terbesar menerima sokongan Melayu(PAS) tidak menyertainya.

Harapkan PAN,setakat ini hasilnya kosong,harapkan PPBM,PPBM belum diuji sepenuhnya.
Parti yang benar-benar kelihatan berdaya saing dengan Barisan Nasional secara jauh,ibarat langit dan bumi hanyalah PKR dan DAP.

Wan Azizah diyakini sedar,bahawa parti dalam Pakatan Harapan hanya PKR dan DAP sahaja layak bertempur dengan Barisan Nasional,manakala PAN masih lagi diperingkat budak suruhan.

PPBM yang jelas kenampakan masih belum bangun dari tidur setelah bercakap besar seperti buluh pecah yang dibakar.

Pemimpin tinggi dan pengikut PPBM masih lagi memuja Mahathir bukanya meneliti sejauhmana kekuatan parti itu berbanding parti lain dalam blok pembangkang.

Oleh itu Wan Azizah gunalah kuasa nujum yang diupah dengan pulut kuning,manakala jawapan nujum itu boleh digunakan untuk menipu rakyat yang kurang siuman seperti penyokog pembangkang.-RespectMyPM-6/3/2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan