Memaparkan catatan dengan label BeritaSemasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BeritaSemasa. Papar semua catatan

Rabu, 2 Ogos 2017

Anak Syarikat Agensi Selangor Rugi Berjuta-Juta

by on 3:43:00 PTG
Prestasi kewangan yang tidak memuaskan bagi tempoh 2013 hingga 2015 menyebabkan anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri l Berdasarkan laporan itu, perbelanjaan PKPS Livestock Farm Sdn Bhd (PLFSB) untuk tempoh tiga tahun berkenaan mening kat hingga menyebabkan kerugian sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut.

"Prestasi kewangan PLFSB bagi 2013 hingga 2015 tidak memuaskan kerana perbelanjaan meningkat setiap tahun dan mengakibatkan kerugian terkumpul sehingga akhir 2015 beijumlah RM18.47 juta," katanya.

Laporan itu juga menyatakania tidak berpuas hati dengan lantikan Lembaga Pengarah, kekerapan pembentangan laporan pengauditan tidak mengikut amalan terbaik dan tidak membentangkan pemberian insentif dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.

"Audit juga mengesan prestasi pengeluaran susu segar tidak mencapai sasaran dan pengurusan makanan lembu bagi kumpulan perah tidak memuaskan.

"Walaupun aliran tunai syarikat terbabit berbaki positif untuk tempoh itu, ia tetap kurangmemuaskan kerana masih beum mampu menampung perbelanjaan bagi menjalankan operasi syarikat dengan lebihberkesan," katanya dalam laporan berkenaan.

Laporan itu turut menyebut,antara alasan diberikan PLFSB berhubung pengurangan susu segar disebabkan lembu kering,lembu diberikan antibiotik,tempoh perahan melebihi 280 hari laktasi, kerosakan jentera ladang dan kekurangan rumput kerana penanaman semula atau kemarau.

Perlu pengurusan cekapBagaimanapun, laporan itu turut menegur perkara itu boleh diatasi jika PLFSB mempunyai perancangan dan pengurusan cekap serta teratur.

Pada masa sama, laporan itu berpendapat PLFSB bukan sahaja tidak berupaya mendapatkan pengganti lembu induk berkualiti menggunakan lembu dara dilahirkan di ladang PLFSB, ia juga terpaksa bergantung kepada lembu dara yang dibeli dari luar ladang untuk terus
beroperasi.

Ia berikutan ladang itu mempunyai keupayaan rendah untuk melahirkan lembu induk gantian,menyebabkan mereka terpaksa menanggung peningkatan kos jika terus membawa masuk lembu dara dari luar sebagai induk gantian.

Laporan itu juga menyebut,beberapa tindakan diambil PLFSB bertarikh 16 Februari lalu masih tidak memberi jawapan memuaskan.

Sehubungan itu, Audit mengesyorkan PLFSB mengukuhkan prestasi kewangan dengan meningkatkan pengeluaran susu segar, selain mengurangkan perbelanjaan operasi.

Ia juga disyorkan meningkatkan prestasi aktiviti utama dengan mempertimbang melaksanakan usaha sama dengan syarikat berpotensi dalam industri penternakan lembu tenusu dan dimasukkan dalam Perancangan Strategik Dan Rancangefn Korporat Syarikat.

-Berita Harian-Rabu,2Ogos 2017-Muka surat,7

Isnin, 10 Julai 2017

Kenyataan Media Mengenai Kilang Sawit Yang Dibohongi DAP

by on 5:58:00 PTG
Kerajaan negeri Johor amat kesal dengan isu yang di viralkan oleh DAP di media sosial yang mengatakan kerajaan negeri berbohong mengenai permit operasi kilang sawit di Jementah, Segamat.

JAS Negeri Johor telah mengeluarkan notis penggantungan lesen pada 15 Mei 2017, dan pihak premis telah mengemukakan maklumbalas bagi tindakan yang sedang dan akan dijalankan bagi mengawal dan menghapus bau busuk dari efluen sedia ada di dalam kolam (dalam tempoh pengantungan lesen) dan juga bagi mengawal pelepasan bau busuk jangka masa panjang (ketika beroperasi) melalui 3 surat yang telah dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.


Antara tindakan pembaikan yang di janjikan oleh pihak premis adalah:
1) Memasang 2 unit double level impeller mixer dan 1 unit surface aerator di Cooling Pond.
2) Mengeluarkan scum dari Cooling Pond, Anaerobic Pond 1A dan 1B
3) Menggunakan enzyme bio activator ke dalam Cooling Pond, Anaerobic Pond 1A dan 1B
4) Mengepam efluen dari Aerobic Pond 2B ke Cooling Pond (bagi mengelakkan efluen tidak bergerak/mengalir di kolam Cooling Pond dan Anaerobic Pond 1A dan 1B yang menjadi punca utama bau busuk ke persekitaran).
5) Menggunakan calcium oxide, caustic soda, dry bakteria (dari syarikat Fast Track) dan bakteria (dari kilang sawit Gedok) bagi meningkatkan pH kolam Anaerobic 3A & 4A dan kolam Aerobic 1A & 1B
6) Memasang 8 unit surface aerator di kolam Aerobic 1A, 1B dan 2A.

Selain itu, bagi mengawal pelepasan bau busuk jangka masa panjang (ketika beroperasi), antara tindakan yang sedang diambil adalah:

1) Membina 3 kolam cooling yang baru akan dibina di belakang kilang bagi mengurangkan pelepasan bau busuk dari kolam tersebut.
2) Memasang V-gutter/U-gutter bagi mengambil balik (recover) minyak dari 3 kolam cooling yang baru.
3) Membina biogas lagoon bagi memerangkap gas metana dan H2S bagi efluen dari cooling pond yang baru.
4) Memasang 1 unit ‘high speed alfa laval 5400 rpm sludge separator’ bagi meminimakan kemasukan minyak ke dalam cooling pond.

Hasil pemantauan JAS Negeri Johor pada 6 Julai 2017 mendapati premis tidak menjalankan apa-apa aktiviti memproses buah sawit. Hanya kerja-kerja tindakan pembaikan bagi sistem pengolahan efluen sahaja yang dilakukan oleh pihak kilang.

Isu semasa bantahan penduduk pada 8 Julai 2017, JAS Negeri Johor telah menggantung lesen beroperasi bermula 15 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017. Lesen untuk beroperasi juga tidak di keluarkan mulai 1 Julai 2017 sehingga kini.

Permohonan pembaharuan lesen dan rayuan penggantungan lesen tidak dapat dipertimbangkan sehingga semua kerja-kerja penambahbaikan bagi sistem pengolahan effluen dibina dengan sempurna bagi mengawal pelepasan bau busuk ke persekitaran dengan keperluan mendapatkan semua kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada kronologi dan urutan peristiwa dan tindakan tindakan dari JAS Negeri Johor, bagi pihak kerajaan negeri saya amat kecewa dengan viral media sosial pemimpin pakatan rakyat yang mengelirukan rakyat Johor umumnya dan bangsa Johor di Jementah, Segamat.

Kerajaan negeri mengambil serius tuduhan berbohong ini, dan berharap pihak premis bertanggungjawab terhadap kesan dan akibat operasi mereka yang menyebabkan ketidakselesaan penduduk setempat.

Sekian.

*YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT*
PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR
10 JULAI 2017

Pengamal Sihir Pengikut Ajaran Iblis

by on 12:24:00 PTG
SIHIR ialah suatu ilmu diperkenalkan oleh syaitan kepada manusia yang akan mengundang kemudaratan sama ada kepada orang yang mengamalkannya ataupun mangsanya.

Ilmu ini sudah wujud sejak zaman berzaman dan ia masih diamalkan oleh segelintir manusia hingga ke hari ini bagi mencapai matlamat tertentu terutamanya mahu menjatuhkan musuh ataupun ingin menjadi kaya.

Menurut Allahyarham Datuk Dr Haron Din, sihir adalah suatu ilmu yang tersembunyi, suatu jenis seni yang memerlukan kemahiran khusus menerusi konsentrasi amalan kebatinan secara berasosiasi dengan makhluk halus untuk dapatkan kekuatan batin yang boleh menyebabkan pengamalnya menghasilkan perkara-perkara luar biasa, mencarik adat, memukau sehingga mangsa patuhi apa sahaja kehendak pengamalnya dengan terpaksa.

Selain itu, kita sering mendengar perniagaan tidak menjadi jika keluarga, sahabat atau jiran-jiran terkena sihir.

Perkara ini amat menjadi kebiasaan sehingga kita tidak lagi terkejut mendengar perniagaan 'si polan itu si polan ini' terkena sihir. Kenapa ia berlaku?

Jika ia berlaku bagaimanakah mangsa boleh mendapat pembelaan sewajarnya? Ikuti laporan Sorot minggu ini berkenaan isu sihir, santau atau lebih popular dengan panggilan mandrem.

Artis berniaga baju raya disihir

Dua benda 'pelik' berupa tiga keratan buluh yang diikat dengan tali dan dibakar pada hujungnya dijumpai di kios perniagaan pelakon Aeril Zafrel, 28, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Johor Bahru, Ramadan lalu.

Barang pelik itu ditemui salah seorang pekerjanya masing-masing satu di kios PWTC dan Johor Bahru, Aeril bagaimanapun enggan menuduh mana-mana pihak yang dikatakan cuba mensabotaj diri dan perniagaannya.

Penemuan itu turut dikongsi aktor berkenaan di laman Instagramnya berserta kapsyen, "Jumpa benda alah ni kat booth masa meniaga malam tadi kat PWTC.

"Apalah niat sebenarnya? Astaghfirullah...bulan Ramadan pun nak buat macam ni...Bukan booth kat KL je. Booth kami di Johor pun serupa, staf jumpa benda yang sama...
"Zaman sekarang ada lagi orang percaya benda-benda ni. Dah bawak pergi jumpa pakar dalam bidang ni. Ternyata benda ni sihir! Cukup-cukuplah. Percaya pada rezeki masing-masing (#sayatahusiapakamu)," katanya.

Aeril dan isterinya aktres Wawa Zainal yang membuka kios jualan Lima Waktu dan Wawa Zainal RTW berkata, dia tidak pernah memusuhi sesiapa sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati mana-mana pihak terhadapnya.

"Memang terkejut dengan kejadian yang berlaku. Saya tidak pasti ini kerja siapa dan enggan menuduh mana-mana pihak yang melakukannya. Lagipun saya tidak tahu niat mereka berbuat demikian.

"Alhamdulillah apa yang dilakukan juga tidak mendatangkan kesan terhadap perniagaan kami dan ia tetap berjalan lancar," katanya.

Bagaimanapun, Aeril kecewa kerana masih ada pihak mengamalkan cara yang dilarang agama, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

"Saya minta sesiapa yang melakukan perkara ini supaya bertaubat dan kembali kepada ALLAH. Kami sudah merujuk kepada pengamal perubatan Islam dan mereka mengesahkan ia memang perbuatan sihir dan berkaitan ilmu hitam," katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Aeril dan Wawa memasang 'pendinding diri' untuk mengelakkan diri terkena perbuatan sihir pihak yang cuba mengkhianati mereka.

"Kami disaran sentiasa mengamalkan membaca ayat-ayat al-Quran dan berzikir," katanya.-Sinar Harian

Jumaat, 7 Julai 2017

Isu Hidangan Telur Penyu Menteri Saman Akhbar

by on 12:04:00 PG
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 11 Julai bagi pengurusan kes saman fitnah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap sebuah syarikat penerbitan akhbar dan seorang lagi berhubung penerbitan tiga artikel berkaitan hidangan telur penyu dalam satu majlis di Sabah dua tahun lepas.

Ismail Sabri selaku plaintif juga adalah anggota Parlimen Bera, Pahang, memfailkan saman itu melalui Tetuan Kesavan pada Mac 2017 menamakan syarikat penerbitan Sabah Publishing Sdn Bhd dan Pengarang Daily Express James Sarda sebagai defendan pertama dan kedua.

Media memperoleh dokumen berkenaan melalui carian fail hari ini.

Dalam penyataan tuntutannya, Ismail Sabri mendakwa bahawa defendan telah dengan salah dan berniat jahat menerbitkan tiga artikel di akhbar Daily Express bertajuk ‘Minister and Sabah YB have yet to comply: Dept’ bertarikh 24 Jan 2016, ‘Beluran turtle eggs dinner: Findings left to the AG’ pada 3 Sept 2016, dan ‘Explain ‘turtle egg’ confusion first, Lim tells Minister’ pada 6 Sept 2016.

Beliau juga mendakwa defendan telah menerbitkan tiga artikel pada tarikh berbeza yang antara lain dalam makna biasa dan/atau merujuk kepadanya bahawa plaintif mengelak tanggungjawab, tidak menghormati prinsip undang-undang, melanggar undang-undang dan tidak mempedulikan proses siasatan.

Ismail Sabri mendakwa bahawa kata-kata fitnah itu tidak benar, tidak berasas, berniat jahat serta merosakkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat, sehubungan itu beliau memohon defendan mengemukakan pengakuan maaf serta menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan.

Plaintif turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan artikel sama pada masa depan.

Defendan-defendan dalam penyataan pembelaan yang difailkan melalui Tetuan Bhag Sulaiman & Co menafikan telah mencetak dan menerbit artikel itu atau menyebabkannya dicetak dan diterbitkan dengan salah dan niat jahat.

Mereka mendakwa bahawa bahan-bahan yang disiarkan adalah diterbitkan dalam keadaan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat dan penuh kepercayaan mengenai apa yang disiarkan.-Malaysian Times

Khamis, 6 Julai 2017

Cerita Cerita Positif Felda Yang Perlu Dikongsi

by on 2:44:00 PTG
Banyak cerita positif dan kejayaan anak anak Felda yang peneroka boleh banggakan. Cerita cerita ini lebih baik dikongsi dan disebar berbanding dakwaan, cerita karut dan fitnah yang dibawa oleh pembangkang.

Jasa Tun Abdul Razak mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) amat besar. Allahyarham Tun Razak pernah sebut ‘land for the landless’. Mereka yang tak ada tanah diberikan tanah 10 ekar (4 hektar). Kini lebih bukan sekadar tanah, lebih daripada itu yang peneroka dapat.

Kesannya sampai kepada generasi yang keempat sekarang. Anak, cucu dan cicit peneroka generasi pertama mendapat kesan. Pencapaian dan cerita positif ini yang orang Felda harus kongsi dan banggakan.

Tahukah anda siapakah Ikon Sukan Felda? Beliau adalah Mohamad Ridzuan Mohamad, atlet paralimpik yang menang emas acara 100 meteri di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 2016.

Ridzuan adalah cucu kepada peneroka Felda di Kampung Sertik, Wilayah Mempaga dan anak kepada pemandu kenderaan di Felda Wilayah Alor Setar. Hebat anak Felda, mampu menang emas di peringkat dunia.

Sebagai contoh di tahun 2014, sekumpulan anak-anak peneroka FELDA telah berjaya menimba ilmu di luar negara dengan mengikuti program akademik di London melalui Program Generasi Global yang dijayakan oleh Felda Global Venture dan Universiti Lim Kok Wing. Ini adalah inisiatif pertama kali buat anak-anak FELDA sehingga mereka berjaya memperoleh ijazah dan diploma di London.

Pada beberapa tahun lalu, tujuh anak peneroka FELDA telah berjaya mengikuti projek Everest FELDA. Projek Everest FELDA itu dianjurkan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dan mendapat sokongan serta tajaan FELDA, FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Majlis Belia FELDA Malaysia.

Seorang anak peneroka FELDA bernama Siti Hanisah Sharuddin, 23 (2013), yang merupakan anak jati Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan telah menjadi wanita termuda negara berjaya menakluk puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter. Misi menakluk Gunung Everest itu diadakan sekitar tahun 2013.

Anak seorang Peneroka Felda Gemas Negeri Sembilan, Azmir Jaafar telah menjejakkan kaki di Universiti Georgia, Amerika Selatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Pemakanan (Diet Klinikal). Bermula dengan hanya sebagai Pengurus Pelatih McDonald's sahaja, kemudian memegang jawatan Pengarah Urusan McDonald's Malaysia. Selepas itu Azmir ke China, memegang jawatan sebagai Naib Presiden/Ketua Pegawai Pembangunan. Azmir membuka lebih daripada 1,100 restoran dalam tempoh lima tahun di sana.

Bermula penubuhan Felda pada 1 Julai 1956. "Felda Hanya 1 Di dunia” bertapak dari penerokaan hutan dan berubah menjadi komuniti maju. Sesungguhnya tiada program pembangunan rakyat miskin di luar bandar yang berjaya seperti Felda.

Rancangan pertama Felda, yang bermula di rimba Lembah Bilut, Pahang. Kini sudah berkembang dengan 317 tanah rancangan di seluruh negara, dan menempatkan hampir dua juta keluarga peneroka.

Felda menjadi model contoh kepada negara-negara lain yang ingin melaksanakan konsep penyusunan semula tanah di negara mereka.
Sierra Leone, Columbia, Laos dan Myanmar mahu meniru konsep Felda.

Pembangkang hanya pandai menuduh Malaysia kononnya menjual kedaulatan bila berbaik baik dengan China. Hasil hubungan baik itu menguntungkan peneroka Felda, bila Presiden Xi Jinping mahu membeli lebih banyak minyak kelapa sawit dari Malaysia.

"Dahulu harga minyak kelapa sawit RM2,300 setong tetapi hari ini telah mencapai RM3,100 setong... yang untungnya siapa? 550,000 pekebun kecil dan peneroka Felda dan saya mahu harga ini naik lagi," kata Datuk Seri Najib.

Pada 21 hingga 23 Julai 2017 ini akan diadakan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya. Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia akan turut diadakan sempena sambutan Hari Peneroka ini. Tentunya banyak lagi cerita kejayaan yang boleh dirasai dan dilihat sendiri oleh rakyat Malaysia. Ini adalah acara "showcase" kejayaan kejayaan peneroka Felda.

Tulisan :
Beruang Biru
BB490, Khamis
6 Julai 2017

Apa?,Wawasan 2030 Wawasan LGBT Halal Sepenuhnya Di Malaysia

by on 2:38:00 PTG
Kuala Lumpur – Seiring dengan pelbagai wawasan dan perancangan yang diletakkan negara bagi mencapai Malaysia yang lebih maju dan berjaya di masa hadapan, kumpulan LGBT tempatan turut meletakkan wawasan untuk dicapai mereka menjelang 2030.

LGBT akan dipastikan halal sepenuhnya di Malaysia. Semua undang-undang yang dianggap kumpulan ini sebagai menyekat hak kebebasan mereka untuk mengamalkan dan hidup di dalam gaya hidup LGBT akan dihapuskan. Menggunakan Sustainable Development Goals (SDG) yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai panduan, kumpulan ini melalui jaringan antarabangsa, turut mendapat faedah bantuan strategik, perkongsian pengalaman dan bantuan sokongan untuk mengenalpasti 17 Sasaran Global yang telah digariskan.

Numan Afifi, Presiden dan pengasas Pelangi Campaign sebuah NGO kumpulan pendesak LGBT, mengemukakan beberapa cadangan supaya SDG dijadikan fokus dan bagaimana kemajuan kumpulan LGBT telah dicapai berasaskan Millennium Development Goals (MDG) PBB sebelum ini. Beliau yang juga Ketua Organisasi DAPSY Subang, mengemukakan topik perbincangan di dalam TWT_LGBT, twitter kumpulan LGBT tempatan, tentang apa yang komuniti tersebut jangkakan menjelang tahun sasaran 2030.

Mengakui beliau pernah menjadi naqib usrah selama lebih sepuluh tahun, Pelangi Campaign yang diketuainya pernah menimbulkan beberapa kontroversi sepanjang Ramadhan lepas, termasuk penganjuran LGBT Pride Not Prejudice yang kemudiannya dibatalkan di sebuah kolej universiti swasta dan majlis Iftar Gay terbesar Malaysia.

Kebangkitan golongan ini dan kemunculan NGO-NGO yang memperjuangkan isu LGBT di Malaysia seperti Pelangi Campaign, Justice For Sisters (JFS), Komuniti Muslim Universal (KMU), COMANGO dan pelbagai pertubuhan lagi sedang digerakkan bagi mencapai matlamat untuk memastikan LGBT diterima sepenuhnya di Malaysia. COMANGO berperanan membawa tekanan antarabangsa ke atas Malaysia melalui tuntutan dan pembentangan laporan di sidang Universal Periodic Review di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Komuniti Muslim Universal (KMU) mengambil peranan mengemukakan tafsiran-tafsiran alternatif Islam yang dekat kepada menghalalkan perbuatan homoseksual dan menyebarkannya kepada pihak awam bahawa ianya berasaskan ajaran al Quran sebenar.

Justice For Sisters (JFS) pernah mengambil peranan mengheret Jabatan Agama Islam Negeri bagi tujuan membuat semakan semula terhadap undang-undang syariah yang dikatakan mendiskriminasi golongan LGBT.

13 tahun dari sekarang dalam perjalanan menuju 2030, dengan kekuatan NGO-NGO LGBT aktif sedia ada, sinar harapan kepada komuniti ini untuk mengubah stigma masyarakat ke atas golongan LGBT dan memastikan LGBT halal sepenuhnya di Malaysia akan tercapai. Semua itu akan dicapai menerusi penekanan fokus kepada sasaran-sasaran Sustainable Development Goals untuk komuniti LGBT.-MENARA.MY

Dah Boleh Menyalak Harga Petrol Naik 4 Sen

by on 3:35:00 PG
KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 naik empat sen, masing-masing kepada RM1.93 seliter dan RM2.19 seliter berkuat kuasa Khamis hingga 12 Julai.
Harga diesel pula naik tujuh sen kepada RM1.91 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui infografik di laman sesawangnya menyatakan harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam Rabu.

Sebelum ini, bagi tempoh 29 Jun hingga 5 Julai, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM1.89 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel (RM1.84) seliter. - Bernama


Rabu, 5 Julai 2017

Anjing Gila Lima Kampung Cemas

by on 8:14:00 PG
KUCHING: Kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies.

Malah arahan turut dikeluarkan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang turut menjelaskan bahawa kampung terbabit ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung, Kampung Remun dan Kampung Lebor.

Beliau berkata pasukan pemberi vaksin telah dihantar ke ‘ground zero' di zon yang dijangkiti penyakit itu hari ini, dan mereka juga akan mengunjungi kawasan lain.

“Bagi memastikan kejayaan operasi pemberian vaksin ini, kami memohon kerjasama penuh daripada semua pemilik anjing peliharaan supaya memastikan haiwan peliharaan mereka diberi vaksin dengan secepat mungkin,” kata Uggah selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, di pejabatnya di sini Selasa.

Tiga kanak-kanak di Daerah Serian dijangkiti rabies seperti yang diumumkan Hospital Umum Sarawak pada 22 Jun.

Dua daripada mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya berusia enam tahun, meninggal dunia pada Selasa.

Mangsa ketiga, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, berada dalam keadaan kritikal.
Menjawab soalan pemberita, Uggah berkata pihak berkuasa belum menentukan punca sebenar penularan wabak itu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengkaji perkara berkenaan.

Menurutnya, radius sekitar 10km ditetapkan kerana kebiasaannya, anjing yang dijangkiti penyakit itu hanya dapat bertahan selama tiga hingga sembilan hari sebelum mati, dan apabila dijangkiti, pergerakan anjing berkenaan juga adalah terbatas.
Beliau seterusnya meminta orang ramai di kawasan terbabit supaya sentiasa berwaspada terhadap gigitan anjing atau kucing peliharaan, dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda jangkitan.

Beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, polis, tentera, pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah, klinik haiwan, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) serta pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan bagi mengawal dan membanteras penyakit itu. - BERNAMA

Selasa, 4 Julai 2017

Pemimpin Sibuk Berpolitik Rakyat Kebulur

by on 2:28:00 PTG
Pasir Mas: Seorang ibu tunggal dua anak terpaksa menyewa ruang letak kereta di sebuah rumah untuk dijadikan tempat berteduh, sejak empat tahun lalu.

Lebih menyedihkan 'kediaman'yang serba daif itu tidak berpintu,sebaliknya hanya ditutup menggunakan kain dan plastik serta mempunyai ruang sempit yang diubah suai untuk dijadikan bilik dan bilik air.

Norazlina Mohd Nor, 39, membesarkan dua anaknya, Mohd Rayyan Darwish Mohd Rizal, 9, dan Nur Batrisya Damia, 7, dalam keadaan serba kekurangan selepas berpisah dengan suami, lima tahun lalu.

"Hanya ini yang saya mampu lakukan kerana saya tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Sekarang, saya hanya bekerja sebagai pengasuh dan membuat kuih-muih untuk dijual.

"Pendapatan saya tidak menentu kerana ada hari saya tidak membuat kuih dan hanya bergantung kepada upah mengasuh sebanyak RM200 sebulan. Sewa 'rumah' pula sebanyak RM200 sebulan.

Tidak perna merungut "Untuk beijimat, kami sekeluarga hanya makan sekali sehari kerana tidak mampu membeli beras.

Alhamdulillah, anak-anak saya tidak pernah merungut seperti mengerti kesusahan yang kami alami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung PengkalanPasir, Jalan Sekolah Cina, di sini,semalam.


Norazlina berkata, dua anaknya ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan yang digunakan sepenuhnya untuk belanja persekolahan.

"Ada masanya saya terpaksa pinjam wang daripada rakan dan saudara terdekat untuk membeli makanan bagi meneruskan hidup kami sekeluarga.
"Lebih menyedihkan apabila saya dan anak-anak terpaksa menahan sejuk setiap kali hujan kerana atap rumah yang bocor selaintidak mempunyai pintu.

Malah,sudah banyak kali rumah kami dimasuki haiwan berbisa seperti lipan dan kala jengking.

"Oleh kerana saya tidak ada kenderaan, saya akan berjalan kaki untuk menghantar anak ke sekolah setiap hari," katanya.

Isnin, 3 Julai 2017

Tak Cukup Gaji Orang Muda Merunggut

by on 8:35:00 PTG
Sememangnya tiada manusia mampu meluruskan orang lain,melainkan dengan izin Allah.

Sejak beberapa bulan ini,saya sering didatangi golongan muda,mereka mengadu masalah ekonomi yang sering menganggu kehidupan mereka.

Kebanyakan daripada mereka belum berumah tangga , memiliki ijazah dari pusat pengajian tinggi tempatan, pendapatan mereka pula 2 ribu lebih dan 3 ribu lebih.

Anak muda awal 30an ini kalau dilihat dari gaya hidup tidak sepatutnya mereka mengadu itu dan ini pada saya.

Apa tidaknya,kalau kereta pun bukan buatan Malaysia.

Kebanyakan dari mereka memiliki kereta bayar bulan berlogo H (Honda) berbanding saya yang menggunakan motorsikal buruk.

Saya memang tidak peduli apa orang kata,asalkan hujung bulan tak sakit kepala,itu pun sering kali juga saya pinjam duit dengan kawan-kawan,dapat gaji saya lunas kesemua pinjaman yang dibuat.

Anak-anak muda yang dimaksudkan ini adalah rakan-rakan yang sentiasa menjadi teman borak ketika makan mahupun berjalan-jalan dihari minggu ataupun cuti umum.

Setiap kali mereka merunggut,saya akan melarang dan menasihati dengan kata-kata "Allah tidak suka hambanya yang suka merunggut atau mengeluh,namun Allah lebih suka hambanya bersyukur dengan apa yang ada'

Tetapi orang muda,memang suka menjawab bila nasihat terkesan di hati.

Setiap kali saya nasihat,tidak pernah mereka tidak jawab.saya faham sifat orang muda...

Mereka ini ada sahaja alasan,alasan yang mereka beri pada saya..."bukan merungut atau mengeluh bang(abang) tapi sekedar mengadu untuk mencari jalan penyelesaian"...Saya dengan selemba jawab balik alasan mereka,....'sepatutnya kau mengadu dengan Allah bukanya mengadu pada makhluk...."

Kekadang saya naik geram juga dengan sikap takiyyah(berpura-pura) mereka ini,hidup berlagak mewah dengan gaji cukup-cukup makan.

Namun begitu ada juga dikalangan mereka ini membuat perubahan gaya hidup setelah kena bebel dengan saya beberapa kali malah mengaku mereka kini lebih mengukur badan sebelum jahit baju.

Yang tak mahu berubah atau sengaja nak berlagak pula semakin menjauhi dan saya tahu sedikit waktu lagi mereka akan datang kembali.

Syukur saya pada Allah,kerana ada diantara rakan-rakan yang kena bebel telah berubah malah kelihatannya semakin happy dan tidak termenung seperti beberapa bulan dahulu.
VIA TELEFON 3 JULAI 2017 PUKUL 6:45 PETANG-RESPECTMYPM

Khamis, 29 Jun 2017

Tidak ada bukti isteri MO1 terima barangan kemas, kata JASA

by on 3:42:00 PG
Tengok cara pemberitaan agensi propaganda pro pembangkang -> Tidak ada bukti isteri MO1 terima barangan kemas, kata JASA
28 Jun 2017
Tidak ada bukti bahawa ‘isteri Malaysian Official 1' (MO1) menerima atau menyimpan set barangan kemas seperti yang didakwa oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ), kata seorang anggota badan propaganda kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Tun Faisal Ismail Aziz, yang adalah anggota panel penasihat JASA, berkata set barangan kemas itu hanya sekadar "cerita" dalam aduan yang dibuat kepada DOJ.
“Tiada bukti ia dibeli menggunakan wang 1MDB yang didakwa dicuri, tiada bukti ia diserahkan kepada isteri MO1 dan tiada bukti kesemua set barangan kemas ini disimpan oleh isteri MO1,” katanya dalam posting di Facebook hari ini.
Menurutnya, DOJ juga tidak menyenaraikan set barangan kemas itu sebagai aset yang mahu dirampasnya yang membuktikan jabatan itu sendiri tidak pasti mengenai kebenaran cerita pengadu berkenaan barangan kemas itu dan dakwaan terhadap isteri MO1.
Kerajaan menolak saman DOJ untuk merampas aset berkaitan 1MDB atas alasan tindakan undang-undang itu semata-mata berasaskan aduan oleh mereka yang mentang pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dua minggu yang lalu, DOJ memfailkan saman sivil ketiga yang mendakwa antara lain bahawa wang yang didakwa diselewengkan dari 1MDB telah digunakan untuk membeli 28 set barangan kemas, termasuk rantai berlian AS$27.3 juta untuk isteri MO1.
Walau bagaimanapun, tidak ada satu pun daripada 28 set barangan kemas itu adalah antara aset yang cuba dirampas oleh DOJ.
Sebaliknya, DOJ memberitahu Malaysiakini bahawa fakta mengenai sumber dana itu sangat relevan dengan tuduhan yang dibuat bahawa dana 1MDB digunakan untuk membeli barangan kemas untuk isteri MO1.
DOJ telah memperincikan pembelian barangan kemas untuk isteri MO1 dalam dokumen saman 251 halamannya.
Pada halaman 100, dari perenggan 346 hingga 348, adalah bahawa berlian merah jambu itu dibeli menggunakan dana yang didakwa oleh MO1 telah dikembalikan kepada "penderma".
Ia memperincikan tentang pembelian berlian itu pada halaman 224 hingga 228, dari ayat 846 hingga ayat 863.
Pemfailan yang sama juga menyenaraikan 27 set barangan kemas yang diberikan kepada isteri MO1 bernilai sejumlah AS$1.3 juta.
Walaupun MO1 dan isterinya tidak dinamakan oleh DOJ, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tuntutan mahkamah berkenaan membabitkan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor.
Abdul Rahman pada tahun lalu juga mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib.
Bagaimanapun, beliau berkata hakikat bahawa Najib tidak dinamakan dalam saman itu menunjukkan bahawa perdana menteri tidak menjadi subjek siasatan.
Najib berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.
Bagaimanapun, baru-baru ini firma guaman yang mewakili Rosmah memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap anak guam mereka.SUMBER

Ambil Iktibar Pergolakan Negara Luar

by on 3:33:00 PG

KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata umat Islam di negara ini perlu ambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku di negara lain sehingga menjadi porak peranda.

Beliau berkata, tidak dinafikan, mungkin ada pemimpin negara melakukan kesilapan, namun dalam Islam mengajar supaya memberi kemaafan kerana mereka sudah insaf. “Sebarang kesilapan perlu dimaafkan kerana Islam mengajar kita saling bermaaf-maafan. Seperti pepatah ‘bumi mana yang tidak ditimpa hujan’. “Kalau kita tidak dapat yang (pemimpin) terbaik, memadailah kita dapat yang baik atau mungkin yang lebih baik, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan Sabtu lalu, meminta semua parti politik negara supaya menolak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara, yang bercanggah dengan ajaran al-Quran. Beliau berkata, al-Quran mempamerkan ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman.

Mohamad Shukri berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat yang tidak sepatutnya diizinkan sebarang campur tangan kuasa asing berhubung hal ehwal negara. “Musuh tidak akan senang melihat Islam bangkit, sebaliknya mencari jalan untuk melemahkan supaya orang Islam terus ketinggalan kebelakangan. “Justeru, semua rakyat terutama umat Islam tidak boleh mengizinkan campur tangan kuasa asing, sebaliknya mencari cara untuk mengukuhkan kedudukan negara, ” katanya.

Sabtu, 17 Jun 2017

Guna DOJ Tutup Peperangan Dalam Pakatan Harapan

by on 4:41:00 PTG
Pakatan Harapan kelihatannya amat terdesak sehingga kembalikan atau memainkan semula implikasi pengumuman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bagi mengelirukan rakyat  untuk menutupi isu dalaman  yang semakin celaru.

Dasar tak malu Pakatan Harapan semakin hari semakin jelas apabila menggunakan pihak luar untuk merendahkan kerajaan pimpinan PM Najib.

Kononya siasatan DOJ adalah adil sedangkan semuanya sedia tahu bahawa siasatan DOJ berdasarkan laporan dari pihak yang memusuhi kerajaan Barisan Nasional.

Bangsatnya apabila cubaan bagi meburukan Najib dengan memperalatkan pihak luar tidak dianggap pengkhianat malah dilihat ia satu keadilan oleh pembangsat negara.

Dah lama dah dok kaitan Najib dengan DOJ,tapi hanya satu tipu helah puak-puak dalam Pakatan Harapan untuk menutupi kelemahan dalaman mereka.

Dipanaskan lagi apabila perang dalaman parti PPBM  sedang hangat viral.

Puak bacul ini tidak mampu melakukan apa-apa kebaikan seincipun pada rakyat selain dari mengagihkan sekampit beras dan sesenduk bubur lambok  kepada rakyat.

Selain dari itu mereka hanya mampu bercakap besar,tapi rakyat yang bodoh tetap telan hanyir pembohongan mereka.

VIA TELEFON SABTU 17 JUN 3:50PM-RespectMyPM






Saya Tak Ambil Bubur Lambuk Ada Logo Parti

by on 12:16:00 PTG
Gambar ini tidak ada kena mengena
dengan cerita dalam artikel ini
Penulis nak cerita seorang kawan kena perli kerana tak ambil bubur lambok berlogo parti yang diagih pihak belah sana.

Ketika penulis bersama rakan ke bazar ramadan,sekumpulan pemuda bukan pro BN telah melakukan tugas-tugas amal mereka dengan cara memberi bubur lambok percuma kepada sesiapa yang melintas dihadapan mereka.

Kawan penulis menolak dengan cara baik dan ucap terima kasih,tapi di perli dengan kata-kata,"Takkan tak makan bubur lambuk dari parti######......

Kawan penulis perjelaskan kepada kumpulan itu,"saya tak ambil bubur lambok berlogo parti politik tidak kira dari mana pun politik mereka.

Penulis dan rakan terus beredar ,penulis memang tak ambil sesiapapun bagi bubur lambok,sebab memang penulis bukan pencinta bubur itu.






Selasa, 6 Jun 2017

Pelayan Kedai Kurang Ajar ,Taukeh Patut Bertindak

by on 10:48:00 PTG
Selepas kejadian itu..
Saya kekedai lain dan oder
apa yang anda nampak dlm gambar
Jagalah kata-kata dengan pelanggang ,kerana setiap pelanggang merupakan punca rezeki setiap peniaga.

Kita pun telah maklum,Allah tidak memberi rezeki terus masuk mulut walaupun Dia berkuasa melakukannya.

Kita juga telah maklum,Allah membahagi rezeki dariNya melalui tangan-tangan hambaNya pula.

Hari ini saya berbuka puasa disebuah restoran makanan laut.


Saya tidak berniat untuk menceritakan nama dan dimana restoran itu berikutan ada cerita yang menarik dan menurut pandangan saya ia patut dikongsi bagi tujuan iktibar.

Seperti biasa,dimana-mana restoran sekalipun,kebiasaannya makan dan minum yang dipesan akan dihidang 15 minit sebelum azan maghrib menandakan waktu berbuka dan solat fardhu.

Hari ini Allah benar-benar uji kesabaran saya.Kisahnya,begini,saya memesan empat jenis makanan dan satu jenis minuman yang sampai hanya dua jenis makanan sahaja,iaitu nasi putih dan telur goreng serta teh O ais.

Kira-kira 5 minit sebelum masuk waktu berbuka , saya bertanya kepada pelayan,"" adik.."dua makanan yang saya oder belum sampai,...

Agak-agak pembaca apa pelayan itu jawab?
Tak sangka sekali jawapan yang diberi kepada saya begitu sopan sekali.
Kata pelayan itu,saya letihlah,;asyik nak layan kerenah orang..dalam nada suara yang tinggi pastinya pelanggang yang ramai akan melihat kearah saya dan pelanggang itu.

Saya yang berusia ini berasa malu dan membalas balik kata-kata pelayan tersebut.
"Kerenah siapa?kerenah saya atau kerenah awak?,saya hanya bertanya,salahkah?.

Selepas itu pelayan berusia awal kurang lebih 25 tahun itu membebel-bebal,tapi tidak dengar suara bebalnya dengan jelas kerana pelayan tersebut berada pada jarak jauh.

Azan maghrib menandakan waktu berbuka sudah berkumandang,saya hanya minum sahaja kerana tak berselera nak telan nasi putih berlauk telur goreng.

Selepas itu saya meninggalkan meja makan dan menuju ke kaunter pembayaran.

Saya nak bayar apa yang tak makan,iaitu,nasi putih dan telur goreng .Namun, juruwang berkata",abang tak perlu bayar termasuk minuman,saya lihat apa yang berlaku antara staf saya dan abang tadi,saya mohon maaf banyak-banyak.

Saya hanya membalas,tak apalah,pekara pun dah berlaku,tak perlulah bising-bising.
Tambah saya lagi,orang yang datang makan dikedai ini adalah punca rezeki,sepatutnya semua pekerja jaga tikah laku mereka dan taukeh patut mengutamakan perniagaan daripada memelihara seorang pekerja yang mendatangkan kerosakan kepada perniagaannya.

Jawab juruwang,InsyaAllah bang saya akan bertindak ,lagipun bukan dengan abang sahaja berlaku dengan beberapa pelanggang lain pun berlaku juga...saya dah nasihat tapi nampaknya tak berubah.

Sebelum saya melangkah keluar dari restoran itu,saya sempat mohon maaf dan juruwang juga turut memohon maaf pada saya.

Selepas solat maghrib..saya kekedai lain dan oder nasi goreng dan teh o ais..

Allhamdulillah...segalanya selesai..

Jumaat, 19 Mei 2017

Pelabuhan Kuantan Diswasta Zaman Madey Bukan Zaman Najib lah Bodoh

by on 9:50:00 PG
Tun Mahathir melalui blog Chedet menyerang pelaburan syarikat negara China di pelabuhan Kuantan dan pelabuhan Melaka.

Aku telah tulis panjang-lebar mengenai pelabuhan Melaka yang akan dibina diatas tanah yang akan ditambak dan tidak mengambil tanah yang sedia ada usaha syarikat JV 60% milik syarikat Malaysia dengan 40% milik syarikat China.

Tetapi aku tidak tertahan dengan Mahathir tentang cerita pelabuhan Kuantan.

Pelabuhan Kuantan ini sebenarnya diswastakan pada 1 Jan 1998 oleh Mahathir sendiri.

Pelabuhan ini yang dimiliki syarikat tempatan disenarai IJM Corp yang menjual 40% kepentingan saham kepada syarikat China pada tahun 2013 .

IJM masih memiliki 60% pelabuhan Kuantan.

Bukan Najib yang jual saham kepada syarikat China tetapi syarikat swasta IJM.

Yang dulu jual 100% pelabuhan Kuantan dulu pula ialah Mahathir sendiri.

Tun Mahathir pula memetik “penulis China” yang tidak bernama yang mendakwa pelabuhan Melaka dan Kuantan akan diguna oleh tentera laut China.

Siapa penulis China yang tidak bernama ini? Petikan dari mana? Blog ke? Wassap ke?

Apa nama penulis China ini? Lim Kit Siang? Lim Guan Eng? Ataupun Matthias Chang?

Projek pelabuhan di Pulau Carrey bernilai US$9.39 billion (RM41.56 billion).yang merupakan JV bersama syarikat tempatan MMC dengan syarikat India langsung tidak pula diserang oleh Mahathir.

Mungkin kerana pemilik MMC ialah kawan baik Mahathir yang selain dari meminjam pejabat Al-Bukhari untuk kegunaan peribadi Mahathir, pernah melantik Mahathir sebagai pengerusi Proton.

Sedihnya apabila tengok Mahathir melancarkan serangan demi serangan yang tidak berasas, tidak masuk akal dan berunsur fitnah hanya kerana dendam peribadi dia selepas gagal berkali-kali untuk menumpaskan Najib.
-Artikel ini dikirim oleh insan tidak dinamai melalui respectmypm@gmail.com

Rabu, 17 Mei 2017

MPK ambil tindakan 23 unit bangunan dibina tanpa izin

by on 12:18:00 PG
SHAH ALAM, 16 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil tindakan tegas terhadap 23 unit bangunan yang didirikan tanpa izin di atas kawasan milik harta bersama di sekitar Pangsapuri Sri Bayu dan Sri Angkasa.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Parit,Jalan Dan Bangunan (Akta 133) selepas dibangkitkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Binaan Tanpa Izin.

“Premis yang didirikan bukan saja tidak berlesen malah ada di antaranya menimbulkan permasalahan lain seperti tempat letak kereta menjadi padat di mana bumbung disambungkan sesuka hati dan pemilik juga meletakkan barangan di bawah struktur yang di bina.

“Selain daripada itu, kewujudan premis berkenaan juga menyebabkan lokasi sekitar menjadi tidak terurus kerana sebahagian kawasan parkir dijadikan tempat berniaga dan ada diantaranya menggaji pekerja warga asing di situ,” katanya.

Katanya, tindakan perobohan diselaraskan oleh Jabatan Bangunan terhadap binaan struktur tambahan di luar sempadan lot pemilik.

Selain itu, perobohan dibuat kerana terdapat penyambungan elektrik tanpa kawalan seterusnya mengancam nyawa penghuni blok berhampiran jika berlaku sesuatu bencana yang tidak diingini.-SELANGORKINI

Ahad, 7 Mei 2017

Tidak Wujud Papan Tanda Jalan Ditutup Dipersekitaran Surau Austin Perdana

by on 9:02:00 PTG
JOHOR BAHRU - Papan tanda pemberitahuan bahawa jalan ditutup sementara ketika hari Jumaat yang tular di media sosial didapati tiada di kawasan surau yang berlaku kekecohan semalam.

Papan tanda itu berbunyi: JALAN PUJANGGA Ditutup sementara setiap hari Jumaat bermula jam 12 tengah hari hingga jam 2.30 petang untuk dijadikan tempat kereta.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi terbabit mendapati papan tanda yang dikatakan berada di kawasan persekitaran Surau Austin Perdana tidak wujud sama sekali.

Surau yang mendapat tauliah untuk solat Jumaat itu terletak di Jalan Austin Perdana 1, bukan Jalan Pujangga.

Dipercayai papan tanda itu dari sebuah lokasi lain di negeri itu, bukannya di Surau Taman Austin Perdana seperti didakwa.
-SINAR HARIAN ONLINE

Sabtu, 6 Mei 2017

Dengan Adanya Nilai Murni Perpaduan Terus Teguh

by on 8:21:00 PTG
Pengertian Nilai
Nilai diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.

Budi bahasa
Lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain termasuk mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, malu, sabar, sopan dan lain-lain.

NILAI 1
Kesopanan dan kesusilaan
Kedua konsep ini terangkum dalam prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku kesopanan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam keperibadian dan kehidupan bermasyarakat.
Sifat dan amalan Nilai-nilai murni
Nilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat Malaysia adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara sifat- nilai-nilai murni yang menyeluruh adalah seperti berikut:

Amanah
" Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
" Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas.
" Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan serta tenaga kerja.

Tanggung Jawab
" Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan.
" Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur.
" Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan;
" Bersedia untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
" Tidak mengkhianati kepentingan organisasi/institusi/ awam dalam menjalankan tugas.

Ikhlas
" Berhati mulia dengan melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan.
" Niat dalam melaksanakan tugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaanNya.
" Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

Benar
" Jujur dalam melaksanakan tanggung jawab.
" Bercakap benar dan menepati janji.
" Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan.
" Bertindak berasaskan profesionalisme.
" Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas.
" Sanggup terima teguran dan nasihat.

Sederhana
" Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkah laku;
" Menjamin perseimbangan diri dan tugasan.

Tekun
" Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan tugas dan kehidupan.
" Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki taraf hidup.
" Berusaha gigih menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang.

Bersih
" Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan kehidupan seharian.
" Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup.
" Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas.
" Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.
" Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin
" Menepati masa dan janji.
" Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang.
" Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

Bekerjasama
" Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan tugas.
" Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebahagian daripada usaha mempertingkat semangat kerjasama.
" Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama.
" Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan peribadi.
" Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

Berperibadi mulia
" Bertimbang rasa dan bertolak ansur.
" Menghormati sesama insan.
" Sentiasa memulakan 'pertanyaan" dengan tujuan untuk menolong.

Bersyukur
" Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk sebagai seorang anggota masyarakat.
" Bersikap positif dan ingin berusaha lebih gigih.
" Menghayati budaya kerja bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama.
" Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;
" Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;
" Berkhidmat sebagai ibadah.
" Memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama.

Bermuafakat
" Bermuafakat membawa berkat; slogan yang harus dipegang oleh rakyat Malaysia.
" Dengan muafakat sesama manusia akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin.

Bertoleransi
" Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.

Bertimbang rasa
" Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.

Bersatu padu
" Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

Beretika
" Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi.

Tidak mementingkann diri sendiri
" Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nila-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.

Tidak ada perasaan ncuriga dan prasangka
" Perasaan curiga dan syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni.

Dengan adanya budaya dan elemen di atas dalam kehidupan bermasyarakat maka perpaduan akan terus teguh dan negara akan terus aman.

Sumber: Petikan dari buku Nilai-Nilai Murni

Insiden Selepas Solat Jumaat Di Taman Austin Amoi Yang Famous

by on 5:48:00 PTG















Status FB Soh Wei Mei menerima like 1.2k manakala komen pula 200 lebih.itu semua gara-gara insiden selepas solat Jumaat di Surau di Taman Austin Johor.

Status di FB beliau dilihat positif  oleh rata-rata kaki komen yang peratusan besarnya adalah Melayu

Beliau yang mahu dikenali dengan nama Mei pasti terkejut--ha ha ha ..

Cerita yang ada kena mengena diblog ini telah disebar luas oleh pengguna FB bermula lebih kurang jam 3 pagi hari ini.