Isnin, 6 Mac 2017

Satu Lawan Satu Mimpi Dalam Jaga PKR

PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) semakin gusar dengan situasi tidak menentu blok pembangkang sejak akhir-akhir ini.

Pada 5 Mac Selangorkini melaporkan PKR kekal dengan pendirian satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-14,manakala Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali pula berkata,, perbincangan mengenai kerusi bersama parti pembangkang masih berjalan di semua peringkat dan sebarang keputusan akan diumukan kemudian.Perbincangan pengagihan tidak boleh dalam kerangka Pakatan Harapan sahaja. Kita perlu mengambil kira kerjasama kita dengan BERSATU dan PAS.

Azmin Ali cuba bermain dengan kata-kata agar penyokong tenang dengan keadaan kelam kabut blok pembnagkang berkaitan pembahagian kerusi.
Walaupun PKR kekal dengan pendirian satu lawan satu,itu hanya pendirian Azmin dan lain-llain pemimpin PKR.

Dari awal lagi ramai pihak nampak angan-angan satu lawan satu dengan Barisan Nasional hanya menjadi milik Mat Jenin.
Secara zahirnya satu lawan satu mustahil akan berlaku berikutan pengalaman PRN Sarawak pada 2016 dan PRK Kuala Kangsa Perak dan Sungai Besar Selangor satu bukti kukuh.

Pemimpin PKR hanya mampu meneruskan mimpi dalam jaga untuk capai cita-cita itu kerana PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan dan itulah kenyataan pemimpin PAS setakat ini.

Dalam pada itu,Azmin Ali boleh terus beilusi yang hubungan PKR dan PAS tidak akan berpecah.
Sedangkan PAS sendiri sedang mengkaji hubungan dengan PKR manakala keputusannya akan diumumkan di Muktamar pada April ini yang akan diadakan di Kedah.

Sebenarnya Azmin Ali cuba menyatakan rundingan bagi mengekalkan hubungan PAS dan PKR berjalan lancar,bukanya rundingan untuk satu lawan satu untuk hadapi Barisan Nasional pada PRU ke-14-RespectMyPM 6/3/2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan