Memaparkan catatan dengan label Pena. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pena. Papar semua catatan

Ahad, 28 Januari 2018

Kempen Undi Rosak Hanya Dilakukan Orang Terencat Akal

by on 1:16:00 PG
Kempen #undirosak yang dioperasikan pengguna media sosial Facebook dianggap merosakkan pemikiran pengundi atas pagar walaupun tidak memilih adalah hak individu.

Kempen merosakkan undi tidak menguntungkan mana-mana pihak malah tidak juga merugikan mana-mana parti politik bertanding pada pilihan raya kerana ia sama dengan memilih tidak keluar mengundi.

Kempen #undirosak juga dipandang telah sengaja dilakukan pihak terencat akal dalam negera demokrasi ini. Kerja sia-sia yang dilakukan adalah lebih buruk dari hantukan kepala ke dinding.

Penyokong kempen #undirosak juga perlu adakan pemeriksaan mental sebelum pilihan raya umum ke-14.

Setiap kali pilihan raya pasti berlaku undi rosak, sekiranya kawasan pilihan raya itu berlaku pergolakkan dalaman antara pemimpin parti, pasti undi rosak lebih besar jumlahnya berbanding dengan kawasan tenang. Ia boleh dilihat secara jelas melalui keputusan pilihan raya.

Kempen #undirosak yang giat dilakukan mungkin ditaja dengan sejumlah bayaran oleh pihak tertentu terutamanya dari kawasan pilihan raya yang mustahil akan dimenangi parti yang disokong. Dalam politik tidak ada mustahil, tidak ada yang tidak boleh berlaku kerana seninya sukar dibaca.

Perjalanan digurun politik sukar diukur keluasannya, namun berapa luas sekali pun jaraknya ia pasti dilangkahi hingga ke penghujung.

Respectmypm dah 5 bulan tidak update..harap pembaca dapat terus melayari blog ini seperti dahulu kerana ia telah kembali bertemu anda semua.

Ahad, 30 Julai 2017

Anti GST Apa,Kedai Makan Kena GST Penuh

by on 11:52:00 PTG
Sekiranya manusia di alam Malaysia dengar ceramah dan baca akhbar pro pembangkang tiada seorang pun rakyat suka GST.

Untuk membukti apakah dakyah pembangkang itu betul,penulis sengaja datang minum di kedai mamak yang kena bayar GST di Shah Alam,Selangor.

Perjalanan penulis 60km berbaloi setelah melihat kedai mamak seperti namanya dicatat pada BIL(gambar) ramai manusia sedang makan minum malah pelayan kedai kelihatan terlalu sibuk.

Macamlah di Shah Alam tiada kedai yang tidak  kena GST.

Lalakan pembangkang rakyat terbeban kerana GST amatlah diragui kerana setiap kedai makan yang ada GST belum ada dilapor tutup.Sekiranya ada pembangkang perlu tampilkan bukti kukuh.

Sebelum berundur diri ,nak tanya cicak dan ayam serta itik pembangkang,TOP DOG sihat ke?-RESPECTMYPM





Tiada Siapa Mengharap Mahathir Kembali Kepada UMNO

by on 2:51:00 PTG
Kelmarin, Mahathir mengisytiharkan beliau tidak akan kembali kepada UMNO walaupun Najib bukan lagi menjadi perdana menteri.
Mahathir membuat pengakuan itu dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan mendakwa UMNO sebenarnya telah musnah dan tersesat daripada perjuangan asalnya
 Yang rosak adalah Mahathir bukanya UMNO dan beliau tidak perlu buat kenyataan begitu kerana tiada siapa dikalangan UMNO masih berharap dia kembali kepada parti terbesar orang Melayu.
Kenyataan Mahathir hanya mahu menggambarkan UMNO telah rosak dan sebab itulah beliau tidak lagi mahu kembali.
Kerosakan UMNO bermula pada zaman siapa kalau bukan zaman Mahathir?.
Perpecahan terbesar UMNO sehingga diharamkan lalu tertubuhnya Semangat 46 zaman siapa?kalau bukan zaman Mahathir.
Lahirnya laungan reformasi dan terbentuknya Parti Keadilan Rakyat zaman siapa kalau bukan zaman Mahathir.
Rasanya cukuplah dua peristiwa itu walaupun tragedi Memali dicatat sebagai peristiwa berdarah yang wujud zaman Mahathir sebagai satu contoh kebebalan ketua kerajaan pada masa itu.
Masyarakat Memali  sehingga ke hari ini tidak lagi melihat UMNO sebagai sebuah parti yang banyak mambantu rakyat dan Islam,itu semua kerana siapa?   wahai Mahathir.
Anak beranak aku sangat-sangat tidak ingin Mahathir kembali kepada UMNO kerana dialah penjilat kahak hijau yang pernah diludah kepada DAP dan PKR.-RESPECTMYPM

VIA TELEFON 30-7-2017 -2:34 PM-RESPECTMYPM




Penyamun Mana Yang Sapu Berbilion Ringgit Pada Awal Tahun 2000?

by on 3:20:00 PG


Awal tahun 2000 kesemua 54 institusi kewangan kewangan diarah bergabung jadi 6 bank utama.

Akhir Desember 2000 jumlah NPL (Hutang Lapok) yang dibeli oleh Danaharta dari sebahagian bank bank terlibat berjumlah RM101.3 bilion kebanyakan melibatkan hutang kroni seperti Renong,UEM,UMBC,Maybank dan UMBC sahaja ada hampir RM12 bilion hutang lapok.

Soalnya kemana pegi wang sebanyak ini,penyamun mana yang sapu?

Rakyat sangat sangsi malah tidak hairan jika dikatakan cara untuk merompak alaf baharu cukup dengan memadamkan apa yang ada kepada tiada.


Sabtu, 29 Julai 2017

Politik Kotor BN,Rakyat Yang Hang Tipu Dah Dapat Rumah Ke Belum Nurul Izzah?

by on 10:49:00 PTG
Dengan lantang Nurul Izzah memberi peringatan kepada ahli parti pembangkang supaya bersedia hadapi pilihan raya paling kotor dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia seperti yang disiarkan Malaysian Insight dengan tajuk 'Bersedia hadapi pilihan raya paling kotor dalam sejarah, kata Nurul Izzah'

Sebagaimana yang diketahui umum,'politik bangkang dari longkang'Nurul Izzah setakat ini bukan sahaja telah menipu rakyat banyak,paling ketara apabila 35 rakyat telah ditipu hidup-hidup apabila 35 keluarga ini tidak menerima kunci unit pangsapuri moden Projek Residensi Kerinchi.

Ketika menghasut,Nurul Izzah menuduh kerajaan dan Datuk Seri Utama Raja Nong Chik sebagai zalim dan kejam malah bertindak tidak mengikut undang-undang.

Apabila unit pangsapuri moden Projek Residensi Kerinchi yang menempatkan 472 keluarga siap dan kunci diserahkan,dimanakah Nurul Izzah dan apakah beliau dan parti haramjadah dari kalangan parti pembangkang telah membina rumah kepada rakyat yang menelan hasutan beliau?


Pilihan raya akan datang akan jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia. Paling teruk dan penuh manipulasi daripada Barisan Nasional,”kata Nurul Izzah.RESPECTMYPM

VIA TELEFON 22:25 PM 29/7/2017-RESPECTMYPM


Rabu, 26 Julai 2017

Mahathir Mahu Jawatan Perdana Menteri Jika Pakatan Harapan Memerintah

by on 2:16:00 PG
Janji hanya sekadar dibibir selama 22 tahun dipilih berada dikerusi perdana menteri tidak pernah wujud cadangan untuk menghadkan jawatan perdana menteri.

Setelah keluar dari UMNO Mahathir nampaknya mahu menduduki kerusi perdana menteri sekali lagi,ini jelas apabila beliau mencadangkan agar had jawatan perdana kepada hanya 2 penggal sahaja sebagai janji yang akan dimasukan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Menilai hasrat itu rasanya dah tentu Mahathirlah yang mahu jawatan perdana menteri memandangkan beliau sudah berusia.

VIA TELEFON-26/7/2017

Jumaat, 7 Julai 2017

DAP Bukan Ditangan Kit Siang

by on 1:50:00 PG
Pendapat....

Kebelangkangan ini membara sungguh isu DAP diputarkan para facebooker dan blogger pro Barisan Nasional.

Sebut sahaja DAP,nama Lim Kit Siang tidak akan bercerai dalam ulasan para penulis,malah ia boleh di ibaratkan seperti cicin dengan jari.Kadang kala ada yang tersasul seolah-olah masa depan DAP berada ditangan Kit Siang.

Dengan gambaran kurang tepat berkaitan DAP yang seolah-olah kuat kerana Lim Kit Siang adalah sangat tidak memberi satu ketepatan,malah menunjukkan penulis kehabisan idea atau berkesedudukan dengan orang-orang yang malas berfikir.

Dari segi logik,sama ada Barisan Nasional,PAS,PPBM,PKR,PAN,DAP dan lain-lain parti yang berdaftar ,kekuatan sebenarnya terletak kepada sokongan rakyat dan pengundi.Melalui pengundi akan terhasil jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya.

Tidak dinafikan melalui usaha keras pemimpin sebuah parti ia akan membuahkan hasil lumayan,namun DAP setakat ini hanya kelihatan kuat ketika Pakatan Rakyat belum berkubur.

Rasanya tidak ada sesiapa yang akan membantah jika dikatakan Lim Kit Siang mempunyai wibawa dan pengaruh kepada parti dan penyokong.Namun adakah pengaruh dan kewibawaan itu akan turut bersama sekiranya beliau keluar DAP dan menubuhkan parti baharu.Jawapanya tentu tidak!...Ini bermakna,DAP akan terus mendapat sokongan walaupun tanpa Lim Kit Siang,tetapi Lim Kit Siang pastinya tidak mendapat sokongan sekuat berada dalam DAP.

Sebagai contoh,lihat sahaja Mahathir yang pada satu ketika mendapat sokongan kuat orang Melayu terutamanya dikalangan UMNO.

Setelah keluar UMNO dan tubuh PPBM,Mahathir gagal mengekalkan sokongan kuat seperti berada dalam UMNO,malah penyokong parti yang diasaskannya berpecah belah sebelum menghadapi sebarang pilihan raya.

Ada sesetengah facebooker dan blogger membuat andaian berlebihan,kata mereka,'sekiranya Lim Kit Siang bersara,DAP akan ranap atau hancur seolah-olah akan berkubur.

Pada awal semangat 46 di wujudkan,Melayu yang tidak sebulu dengan Barisan Nasional juga melaungkan UMNO akan berkubur,dan begitu juga semasa awal-awal laungan reformasi ciptaan puak-puak penjilat Anwar Ibrahim.

UMNO tetap juga tegak,dan apakah tegaknya UMNO kerana kuatnya sokongan kepada pemimpin?..lu pikirlah sendiri.'adakalanya jawapannya ya! adakalnya tidak.
Ya!,ketika pemimpin bersama UMNO dan tidak,' ketika tidak bersama UMNO.

Kuatnya UMNO kerana orang UMNO,bukanya orang pemimpin UMNO.

Kebiasanya,jika orang pemimpin UMNO,IA AKAN MEMPUNYAI PERANGAI PELIK SIKIT...

Kenapa?,kalau pemimpin yang disokongnya tidak dipilih sebagai calon pilihan raya,mereka akan sabotaj.

Berbeza dengan orang UMNO,orang-orang ini akan tetap sokong siapa pun calon,asalkan bendera parti tetap sama.Mereka sebegini layak digelar orang parti.

Jadi,kekuatan dan masa depan DAP bukanya terletak pada Lim Kit Siang,sebaliknya terletak kepada besarnya sokongan terhadap parti itu.

VIA LAPPY JUMAAT 7/7/2017-JAM 1:10 PAGI-RESPECTMYPM

Rabu, 5 Julai 2017

Bangga Dapat Tembus Kubu UMNO,Ahli Bila Nak Umum?

by on 2:32:00 PTG
Dengan menyatakan kedudukan PPBM jauh lebih baik daripada parti-parti lain dalam Pakatan Harapan,PAS juga UMNO ia tidak memberi sebarang makna selagi presiden parti itu tidak berani mengumumkan jumlah ahli.

Muhyiddin yang juga presiden kelihatan amat berbangga dengan dakwaan telah berjaya menebusi kubu kuat UMNO-BN dengan menubuhkan bahagian sendiri.

Sebenarnya bukanlah satu hal yang boleh dibanggakan oleh Muhyiddin memandangkan perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union sehingga tumbang.

Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan pembunuhan liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman komunis ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu lelaki dan perempuan supaya menyertai pasukan bersenjata termasuk polis khas dan pengawal kampung.

Muhyiddin pasti tahu UMNO pada ketika itu bukan sahaja berjaya bertapak di satu kawasan malah wujud diseluruh negara ketika komunis bermaharajalela.

Kata Muhyiddin,Kesemua kawasan itu termasuk 54 kerusi parlimen yang memiliki tanah rancangan Felda dan sejak dahulu menjadi kubu kuat UMNO.(MALAYSIAKINI)

Setiap parti politik yang diluluskan pendaftaranya boleh menubuhkan bahagian sendiri dan tidak hairanlah PPBM boleh lakukan,apa lagi syarat penubuhan bahagian PPBM hanya 25 orang ahli.

Sekiranya Muhyiddin tidak bohong,kini PPBM telah menubuhkan bahagian sendiri dengan bilangan hampir 191 berdasar jumlah bahagian dalam UMNO.

Jika diambil dari syarat penubuhan bahagian PPBM yang memerlukan 25 ahli,ia hanya perlu 4,775 ahli sahaja untuk menubuhkan 191 bahagian seperti UMNO.

Jadinya, untuk apa Muhyiddin berbangga diatas kejayaan mewujudkan bahagian PPBM dikawasan kubu kuat UMNO,sedangkan UMNO dapat menebusi kawasan yang diancam komunis.

Kata Muhyiddin lagi, perpecahan yang berlaku dalam UMNO dan PAS apabila sebahagian besar ahlinya tidak sehaluan dengan parti terbabit, kini memberikan kelebihan kepada PPBM.(MALAYSIAKINI)

Berdasarkan kenyataan itu,Muhyiddin kelihatannya baharu sedar dari koma,sebab itu dia kurang tahu apa berlaku dalam PPBM walaupun ribuan ahli keluar parti,namun beliau ada hati bermain dengan kata-kata propaganda murahan yang kembali menumbuk hidung sendiri.

Kewujudan PPBM bukannya pada waktu negara darurat diancam komunis sehingga Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat seperti pada 16 Jun 1948.

Jadinya,untuk PPBM menubuhkan bahagian sendiri tidak perlu bersusah payah hanya perlu daftarkan warga negara serama 25 orang dan tubuh sahaja seberapa banyak bahagian yang disukai.


Jumaat, 30 Jun 2017

Sampai Bila UMNO Rela Jadi "Lilin Bakar Diri'?

by on 2:42:00 PTG
Orang Cina bukan tolak mentah-mentah RUU355 sebaliknya mereka keliru kerana ada yang menghasut agar tidak menerima RUU itu dengan alasan menyokong RUU 355 samalah menyokong UMNO dan PAS.

Dalam soal ini MCA dan Gerakan kelihatannya terpaksa berpura-berpura berperang dengan UMNO berkaitan dengan RUU 355.

Mustahil MCA dan Gerakan tidak faham sedangkan RUU 355 tidak ada kena mengena dengan non muslim,maka,jika kita lihat masyarakat non muslim di Kelantan dan Terengganu tidak memberi sebarang tentangan hebat kepada cadangan pindaan RUU 355 yang menjadi isu panas setelah dipolitikkan.

MCA dan Gerakan, kadang kala mengeluarkan kenyataan yang agak pedas berkaitan RUU 355,kadang kala menjadikan telinga penulis blog dan pengguna facbook pro BN panas.

Sama ada pengamal media atas talian faham atau tidak strategi politik berseni itu soal lain,sebaliknya mereka dari pengamal media atas talian pro BN melenting lalu menulis isi hati mereka dengan pendapat seolah-olah MCA tidak perlu berada dalam BN.

Ada yang persoal,MCA dan Gerakan gagal menerangkan keadaan sebenar RUU 355 yang tiada kaitan dengan non muslim.

Bagi orang Cina yang menyokong MCA,sekiranya kita duduk dan berbual dengan mereka,mereka sebenarnya tidak keliru malah faham yang RUU 355 itu tiada kaitan dengan anutan bukan Islam.

Sejak tsunami politik orang Cina tolak BN,MCA dan Gerakan sebenarnya berkeadaan sukar untuk mempengaruhi orang-orang Cina agar kembali kepada BN setelah minda mereka di tawan DAP.

Tidak hairanlah sekali-sekali MCA dan Gerakan kelihatan menyerang UMNO dalam beberapa isu.

Tindak balas blogger dan facbooker terhadap serangan MCA dan Gerakan kepada UMNO sebenarnya kosong impaknya ,kerana menolak atau menerima MCA dan Gerakan oleh orang Cina terletak sejauh mana usaha MCA dan Gerakan sendiri.

Kalau asyik serang UMNO bagi mencari sokongan orang Cina,rasanya ia telah membongkar satu kelemahan besar MCA dan Gerakan sendiri.

Jika diteruskan juga,tidak mustahil orang Melayu akan berkata,sampai bila UMNO rela jadi 'lilin bakar diri'untuk rakan-rakan dalam BN.

Artikel ini sekedar pendapat peribadi dan ia tidak dipengaruhi rasa benci terhadap MCA dan Gerakan.

VIA TELEFON /JUMAAT 30 JUN 2017 /JAM 12:10 -RESPECTMYPM

Isnin, 5 Jun 2017

Exco Selangor Lebih UMMPH Raya Sebab Banyak Dapat Bonus

by on 8:13:00 PTG
Blog ini tidak update apa-apa berita sejak 20/5/2017 hingga 4/6/2017 berikutan tidak mempunyai masa mencukupi bagi mencari bahan-bahan menarik untuk pembaca semua.

Namun begitu blog ini menghasilkan pageview 500 hingga 800 setiap hari,ia sesuatu yang menarik bagi blog yang jarang-jarang diisi dengan berita.

Walaupun ditawar dengan harga yang menarik oleh seorang rakan,setakat ini tidak pula berhajat untuk dijual.

Itu hanya mukadimah atau celoteh penulis dengan pembaca semua,isu sebenar yang cuba diketengahkan penulis adalah berkaitan dengan bonus 2.5 yang dijanjikan oleh kerajaan Selangor.

Penulis tidak berniat untuk menghurai panjang lebar,hanya sekadar untuk membuka minda supaya dapat difikir dan dinilai.

SIAPA LEBIH UNTUNG BONUS 2.5 BULAN?

Lebih kurang 21,700 penjawat awam Selangor tersenyum lebar dengan pengumuman bonus 2.5 bulan gaji bagi 2017 seperti diumumkan Menteri Besar Selangor .Bonus 2,5 bulan panas kembali setelah Ramadan menjelma dan Aidilfitri akan tiba.

Penulis tidak ingin menyentuh sama ada bonus yang dijanjikan telah dibayar atau belum,atau juga akan dibayar sebelum aidilfitri bagi menceriakan lagi suasana hari besar umat Islam.

Sangat elok sekiranya disentuh sesuatu yang dikaitkan sebagai pendapatan kerajaan negeri sebagai satu penilaian untuk mereka yang suka berfikir.

Selalunya rakyat Malaysia mendengar,menonton,membaca isu-isu dipelbagai sumber berkaitan pusat-pusat judi dan segala macam tempat maksiat yang ada dinegeri yang diperintah UMNO-BN.

Menurut bualan rakyat Selangor,ada lebih kurang 4,000 buah rumah urut dan 6,000 buah pusat judi.Sebahagian daripada jumlah pusat judi dikatakan ada lesen,sama ada betul atau tidak itu soal lain,menurut versi bidalan,"Jika Tidak Kerana Angin,Pohon Kayu Mahukah Bergoyang?"

Di beritakan,Gaji MB Selangor,Azmin Ali RM29, 250.00 sebulan,dengan bonus yang diumumkan(2.5) pastinya Azmin akan menerima RM73,125.00.',,Cuba hang kira,penulis tak reti ilmu kira-kira''kih kih kih.

Bakal menerima bonus sehingga RM56,250.00 tidak lain tidak bukan ialah Hannah Yeoh.lain-lain Exco kerajaan negeri dianggarkan akan menerima RM51,000.

Ini bermakna,kaki tangan awam gred rendah kurang ummmph raya mereka berbanding dengan gred tinggi.

Dalam soal ini,pembaca semua perlu kaji,,berapa yang sudah dibayar dan berapa lagi bonus yang belum dibayar...Penulis malas nak cakap dah,,sebab pembaca semua bijak-bijak belaka..

Khamis, 11 Mei 2017

Lautan Merah Bangsa Yang Berani di Bukit Jalil Bukti Perkasanya UMNO

by on 8:45:00 PTG
Perjuangan UMNO tidak akan terhenti selagi bumi Melayu ini tidak lebur dek kiamat.Dengan sokongan padu dari pelbagai peringkat usia menjadikan UMNO satu wadah yang sukar dibocorkan oleh anasir-anasir pengkhianat yang mahu melihat layar UMNO tumbang sekaligus tumbangnya kerajaan hari ini.


Syabas Presiden UMNO datuk Seri Najib Tun Rak,dalam keadaan ditekan dilastik dengan pelbagai ancaman dan tuduhan dari musuh masih mampu berdiri teguh bersama ahli dan penyokong umno serta rakyat.

Segala kebencian kepada UMNO yang dilemparkan oleh musuh nampaknya tidak memberi kesan mendalam walaupun satu ketika ahli dan penyokong terasa tergugak.

Kini UMNO di bawah Presiden berwibawa mampu memulihkan segala yang nampak lemah ketika diserang penjahat politik dan musuh.

Dengan sokongan jutaan ahli dari bangsa terbesar di negara ini UMNO tidak mungkin dapat digoyangkan dengan segala ancaman dari pihak musuh tradisi.

Ini suasan yang ditakuti pembangkang yang berkobar-kobar untuk menduduki kerusi pemerintahan negara selepas keputusan PRU14 nanti.

Namun begitu UMNO bukanlah sebuah parti seperti kapal buruk yang penuh dengan muatan tidak bernilai kepada rakyat.

Walaupun Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak cuba digulingkan oleh anasir pengkhianat bangsa Melayu dan kerajaan ia tetap mendapat sokongan teguh dikalangan Melayu terutamanya dikalangan anak muda pewaris generasi akan datang.

Dalam suasan ancaman musuh politik kepada UMNO menekan dipelbagai sudut dengan bermacam-macam fitnah parti keramat ini tetap dihati orang Melayu.

Kali ini UMNO yang berusia 71 tahun masih kukuh berdiri diatas gunung perjuangan bersama bangsa jitu jatii dirinya yang pantang diusik wadah perjuangannya.

  Rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian,bangsa inilah akan bangkit sekiranya bangsa dan agama,tanah airnya digangu gugat.

Lautan merah memenuhi Stadium Bukit Jalil pastinya mengambarkan bangsa yang berani hadapi sebarang cabaran bagi keamanan negara ini.






















Rabu, 10 Mei 2017

Gila Meroyan:Muhyiddin PM,Madey TPM Parti Cap Bunga

by on 7:12:00 PTG
SELANGOR 10 April-Kaji selidik dilakukan staf blog Respect MyPM yang dilantik seramai 400 orang selama 14 tahun menunjukan Haji Hadi yang juga presiden Pas memperolehi sokongan 1,201017 dari responden yang ditemui seramai 3,000001 orang.sekali gus beliau layak di gelar YAB Perdana Menteri Pas sekarang.

Manakala Perdana Menteri bagi parti PKR pula disandang Anu-war al-Juburi .

Hari ini PPBM telah mengumumkan Perdana Menteri mereka iaitu Moiden Yasing yang juga presiden parti Penipu Pembohong Banyak Malaysia (PPBM) pada majlis angkat sesumpah yang diadakan secara besar-besaran.

Menurut laporan Sinar Online,kajian yang dijalankan oleh Biro Polisi dan Strategi Bersatu, menunjukkan tiada seorang pun pemimpin BN termasuk dalam senarai lima teratas pemimpin untuk jawatan perdana menteri.

Betulah tu..sebabnya mereka buat untuk parti dan penyokong PPBM bukannya buat untuk pihak lain.

Menurut laporan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin menduduki kedudukan pertama iaitu mendapat 37.4 peratus undian setuju daripada 3000 responden.

Pengerusi, Biro Polisi dan Strategi Bersatu, Dr Rais Hussin boleh berbangga dengan kajian tahap cipap itu ,beliau boleh tipu cicak mengkarong PPBM sepuas-puasnya kerena ahli PPBM memang sewel.

Depa hanya layak tipu babi dan anjing sahaja,kerena nombor telefon yang ada pada borang ahli PPM itulah yang depa call.

“Pengerusi PPBM Madey di kedudukan kedua iaitu mendapat sebanyak 35.9 peratus, dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kedudukan ketiga iaitu mendapat 34.3 peratus undian.

Depa hanya layak tipu babi dan anjing sahaja,kerena nombor telefon yang ada pada borang ahli PPM itulah yang depa call.

Tujuh prof universiti awam yang dilaporkan turut terlibat dengan kajian itu hanya layak jadi Cik Gu mengajar di universiti berok iaitu tempat mengajar berok panjat kelapa.

Kini PPBM memiliki Perdana Menteri dan TPM sendiri.MOIDEN PERDANA MENTERI DAN MADEY TPM.

Gila nak jadi PM hingga diketawa oleh rang ramai.

RABU 10/5/2017-6:18PM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON

Syed Sadiq Tunjuk Bodoh Pada Anjing dan Babi

by on 12:56:00 PTG
Ketua Armada PPBM Syed Saddiq sepatutnya tanya Madey,'HOI MADEY Haromjadah,hang pernah hidup dengan gaji RM500 tak?...memandangkan zaman Madey gaji kebanyakan pekerja RM500 hingga RM800.

Sebab apa penulis berani berkata gaji zaman Madey hanya RM500,sebabnya penulis merasa hidup dengan gaji sebanyak itu.

Oleh itu Syed Saddiq adalah manusia terbodoh dialam ini,disaat manusia lain membina kecerdikan,Syed Saddiq pula tunjuk kebodohannya kepada awam,sepatutnya dia tunjuk bodohnya kepada ayam dan itik atau lembu,anjing dan babi.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjalani hidup dengan gaji RM1,500 sebulan.
Katanya, Najib hanya perlu mengambil masa sebulan sahaja bagi membuktikan kenyataannya bahawa kos sara hidup di Malaysia terendah dalam kalangan negara Asean.
Menurut Syed Saddiq, gaji RM1,500 itu dipilih berdasarkan purata pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia.

Selasa, 9 Mei 2017

Pakatan Harapan Perlu Tengok Undi BN Pada PRU 13 Sebelum Rampas Putrajaya-PUIIIII

by on 10:07:00 PTG
Pakatan Harapan boleh gebang apa pun,boleh janji apa pun,namun penceramah pembangkang pernah nila jumlah undi Barisan Nasional yang perlu diatasi pada PRU 14 nanti.

Kalau Parlimen Barisan Nasional memperolehi 5,237,699 undi dan Dun pula 4,513,997 undi pada PRU 13 bukan senang wow nak tumbangkan pada PRU 14.
Pada PRU 13 Pakatan Rakyat masih belum dikuburkan oleh DAP pun susah untuk menumbangkang Barisan Nasional ini kan pula Pas sudah lari.

Buka matalah,sebelum PAS lari dari pakatan pembangkang yang diketuai DAP dan bina tembok politiknya sendiri,undi yang diperolehi pada PRU 13 cuma ini sahaja bagi kerusi Parlimen,PKR (2,254,328 undi), Pas (1,633,389), DAP (1,736,267), Bebas (86,935), STAR (45,386), BERJASA (31,835), SWP (15,630), SAPP (10,099), PCM (2,129), KITA (623) dan BERSAMA (257).

Bagi Kerusi Dun pula Pas (2,133,944), DAP (1,442,298), PKR (1,303,457), Bebas (67,129), STAR (43,793), SAPP (31,324), PSM (8,136), BERJASA (4,756), KITA (1,791), BERSAMA (823) dan PCM (216)...Tolong celik mata sikit jangan gebang lebih.

Kalau Pakatan Harapan boleh tumbangkan undi Pas bagi Kerusi Parlimen sebanyak 1,633,389 dan kerusi Dun 2,133,944 dah kira kuat,tapi Pakatan Harapan pasti tak akan mampu mengahabiskan kerusi Pas,tapi cakap besar nak rampas Putrajaya--puih

Isnin, 8 Mei 2017

Pakatan Harapan Serang Pas Kerana Bimbang Bergabung Dengan UMNO

by on 2:28:00 PG
Ceramah Pakatan Harapan Kepada JIN
MERENUNG sejarah kehebatan masa lalu Barisan Nasional yang jarang-jarang dipersembahkan kepada generasi muda menjadikan penulis lebih bersemangat untuk bersama parti yang masih memerintah walaupun cabaran dari lawan semakin hebat.

Pada PRU ke-4(1974),dengan berlakunya gabungan parti pembangkang SUPP,Pas,Gerakan kedalam Barisan Nasional menjadikan pilihan raya tahun itu tidak mencabar seperti sebelumnya.

Pada hari penamaan calon Barisan Nasional menang tanpa bertanding kerusi parlimen sebanyak 47 manakala kerusi Dun 45,kemenangan tanpa bertanding ini satu rekod yang belum diatasi sehingga PRU ke-13.

Johor mencatat kemenangan tanpa bertanding paling tinggi iaitu 8 daripada 16 kerusi Parlimen.Calon Barisan Nasional ketika itu ditentang calon dari DAP,PSRM, Bebas,Pekemas.

Barisan Nasional juga menang tanpa bertanding di kesemua kerusi Parlimen di Sabah,kecuali di Bandau.

Dengan sejarah itu,tidak salah jika dikatakan parti dalam Pakatan Harapan sangat takut sekiranya gabungan UMNO dan Pas terjadi dan dengan bukti sejarah yang ada sukar untuk parti dalam Pakatan Harapan terus berkuasa di Selangor,malah Pulau Pinang juga turut tergugat.

Dikala sebarang kemungkinan mungkin berlaku,Pakatan Harapan bertali arus menyerang Pas,ertikata lain,'Pakatan Harapan cuba memberi gambaran buruk UMNO kepada Pas seolah-olah kepimpinan Pas masih berpegang kepada fahaman politik jumud.

Semua serangan terhadap kepimpinan Pas dilakukan Pakatan Harapan mudah dibaca,tidak perlu jadi pakar politik,kerana tujuan utama takut Pas dan UMNO bergabung sebelum atau selepas keputusan Pilihan raya umum ke-14.

ISNIN 8/5/2017-1:40AM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON

Mohon share di Facebook

Ahad, 7 Mei 2017

Dapatkah BN Memperolehi Keputusan Lebih Baik Pada PRU 14 Setelah Pembangkang Berpecah?

by on 8:20:00 PTG
RASANYA elok juga sekiranya di imbau kembali keputusan dan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi parti yang bertanding pada PRU ke-13 iaitu ketika Pakatan Rakyat belum terkena racun persengketaan dalaman.

Entri ini diharap dapat membantu meringankan beban penyokong parti atau pemerhati politik di semua peringkat tidak kira Pro BN mahupun pembangkang.

Tujuan utama entri ini disiarkan bagi memudahkan orang ramai membuat analisis ringkas bagi mendapat sedikit gambaran parti manakah yang akan memerintah setelah PRU ke-14 diadakan.

Dengan analisis kita tidak bercakap kosong seperti kebanyakan,dengan analsis juga kita boleh dapat fakta angka,kerana dalam apa-apa pertandingan angka menjadi keutamaan setiap peserta.Namun begitu,keputusan sebenar adalah berada pada pengundi.

Sehari selepas keputusan PRU ke-13 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), jumlah yang keluar mengundi ialah 9,742,254 orang atau 85.82 peratus.
Berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan untuk PRU-13, daripada 13,268,002 pemilih berdaftar, pengundi biasa terdiri daripada 12,885,434 orang manakala pengundi pos (146,742) dan pengundi awal (235,826).

"Bagi kerusi Dewan Rakyat, BN memperolehi 5,237,699 undi, PKR (2,254,328 undi), Pas (1,633,389), DAP (1,736,267), Bebas (86,935), STAR (45,386), BERJASA (31,835), SWP (15,630), SAPP (10,099), PCM (2,129), KITA (623) dan BERSAMA (257).

"Bagi kerusi Dun pula, BN memperoleh 4,513,997 undi, Pas (2,133,944), DAP (1,442,298), PKR (1,303,457), Bebas (67,129), STAR (43,793), SAPP (31,324), PSM (8,136), BERJASA (4,756), KITA (1,791), BERSAMA (823) dan PCM (216).

Daripada 579 calon yang bertanding di keruswi Dewan Rakyat, 128 calon hilang wang deposit pilihan raya, dengan calon Bebas mencatatkan jumlah paling ramai, iaitu 75 orang.

Bagi keputusan 222 kerusi Dewan Rakyat pada PRU ke-13, BN memenangi 133 kerusi, PKR (30), Pas (21) dan DAP (38).

Bagi kerusi DUN, BN memperoleh 275 kerusi, DAP (95), Pas (86) dan PKR (49).
Share kepada rakan anda.

Calon BN Patut Isytihar Harta Setiap Kali Bertanding

by on 3:12:00 PTG


Saranan agar semua calon Barisan Nasional (BN) Mengisytiharkan harta sebelum bertanding pada PRU ke-14 amat dialu-alukan.

Selain daripada itu Barisan Nasional juga perlu meneliti latar belakang calon sebelum di beri lampu hijau untuk bertanding pada PRU ke-14 bagi membolehkan rakyat mengenal pasti calon yang akan dipilih sebagai pemimpin mereka tidak terlibat rasuah.

Kenyataan  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Rakyat setuju kesemua calon sebelum diberi lampu hijau untuk bertanding mengisyitaharkan harta mereka setiap kali bertanding,janganlah pula sudah bergelar wakil rakyat atau berjawatan menteri ia tidak perlu dilakukan ketika dipilih bertanding kali kedua dan seterusnya.

Dipetik dari sumber yang disiarkan mStar 

Khamis, 4 Mei 2017

Mahu Perintah Selangor Harapkan Pas Bergabung,Kata Budak-Budak UMNO Bawahan

by on 11:01:00 PTG
Agak sudah lama blog ini tidak update entri untuk pembaca semua,kali ini entri berkaitan dengan kehebohan masyarakat tentang kerajaan negeri Selangor yang dikatakan goyang kerana PAS secara logiknya sudah jadi pembangkang seperti BN di negeri yang menteri besarnya Azmin Ali.

Stelah dewan Ulamak,Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS bersetuju parti PAS putus hubungan dengan PKR ,makanya gegak gempitalah kedai kopi di ibu negeri merah kuning .

Orang UMNO bertepuk tangan sakan kata ahli UMNO bawahan sebab PAS dan PKR kini retak seribu,ada yang kata kalau PAS join UMNO selepas atau sebelum PRU 14 kedudukan kerajaan Selangor goyang berikutan perbezaan kerusi hanya 4 sahaja dan pilihan raya umum akan datang pasti Selangor tumbang.tambah ahli UMNO bawahan yang mengadu dengan penulis beberapa jam lalu.

Ahli UMNO bawahan bercerita panjang lebar termasuklah cerita suku sakat penyokong YB BUDIMAN ZOHDI yang viralkan gambar kononya BUDIMAN bakal MB Selangor.

Disini penulis cuba menyampaikan apa yang disampaikan oleh beberapa ahli UMNO bawahan yang agak muak dengan perangai sebahagian pemimpin dan penyokong UMNO.

Bukan apa,mereka yang mengadu berkata,UMNO-BN Selangor macam tiada kejantanan sejak akhir-akhir ini,sehingga berharap kepada parti PAS untuk menumbangkan kerajaan Selangor.

Malulah sikit,sedangkan ketika ceramah ketua penerangan UMNO negeri dan bahagian begitu hebat mengetengahkan isu,tapi bab nak jatuh kan kerajaan caca marba Selangor RAMAI ORANG UMNO berharap kepada PAS pula.

Dengan perangai orang-orang UMNO Selangor yang sepertinya hilang keyakinan tak mungkin puak-puak cacamarba yang diketuai Azmin akan rasa gusar kerana pertandingan 3 penjuru menyesakkan nafas kesemua parti bertanding.

Dalam perbualan panjang dengan penulis,ahli UMNO bawahan yang dimaksudkan memang mereka tidak puas hati,kata mereka,kita boleh propaganda dengan pelbagai cara,tapi jangan sampai kelemahan nampak dipihak kita.

Soal mereka,apakah kini UMNO-BN Selangor tiada jentera sehingga begitu sekali,tak malukah? katanya kepada penulis.

Penulis tetap akan tulis apa yang ahli bawahan tak puas hati,kerana ahli bawahan juga ada hak untuk bercakap dan disiarkan dimana-mana laman sosial media.

KHAMIS 4/5/2017-9:40PM-RESPECTMYPM

BY LAPTOP

Jumaat, 28 April 2017

Angan-Angan Untuk Pertahankan Kerusi PAS Taman Templer

by on 9:30:00 PTG
Pengiraan ini bukan dilakukan penulis,cuma penulis setuju masukkan dalam blog ini sahaja

Menurut perolehan data 7 bulan sebelum PRU 13-Taman Templer dimonopoli pengundi Melayu seramai 24,697 orang (55.56%) diikuti Cina, 15,812 (32.37% ) dan India 5,649 (11.56%) (data SPR sehingga Ogos 2012).

Jumlah keseluruhan pengundi pelbagai kaum 46,158 orang,PAS menang dengan majoriti bergaya 7,467.Kejayaan PAS memenangi kawasan pilihan raya Dun itu dibantu PKR,DAP.

Pada PRU14 pastinya beraku pertandingan tiga penjuru,sudah pasti pengundi berpecah kepada tiga bahagian.

1-MELAYU-Pengundi Melayu seramai 24,697 orang,jika beralih arah kepada PKR,PAN,PPBM DAP (yang mana satu akan bertanding) seramai 7,000 dan BN 4,000 ,bakinya 13,697.

2-CINA-Daripada jumlah 15,812 pengundi Cina,jika beralih arah kepada PKR,PAN,PPBM DAP (yang mana satu akan bertanding) seramai 10,000 ,kepada BN 2,000,bakinya 3,812.

3-INDIA-Pengundi India 5,649,jika beralih arah kepada PKR,PAN,PPBM DAP (yang mana satu akan bertanding) seramai 2,000 dan BN pula menerima seramai 1,500,bakinya 2,149

Jumlah pengundi yang meninggalkan PAS 26,500 daripada jumlah pengundi 46,158.,dari jumlah itu hanya 19,658 kekal undi PAS.

Undi yang dijangka diperolehi PAS pada PRU14-19,658

Undi yang dijangka diperolehi dari parti dalam Pakatan Harapan PRU 14- 19,000

Undi yang dijangka diperolehi dari BN pada PRU 14- 7,500

Majoriti PAS pada PRU 14 ditaman Templer dijangka 6,842

Nota*
Penulis tidak ikut campur mengenai pengiraan yang dibuat oleh rakan-rakan dari PAS
Menurut pandangan penulis,mustahil PAS dapat majoriti 6,842 jika pertandingan 3 penjuru,sedangkan pada PRU 13 di Taman Templer pas hanya memperolehi majoriti 7,467.

JUMAAT -28-4-2017-4:30PM-RESPECTMYPM

-VIA TELEFON


Selasa, 18 April 2017

Azmin Ali Kaduk Naik Junjung

by on 9:54:00 PTG
SELANGOR merupakan negeri terkaya di Malaysia bukan sahaja sejak ditadbir pakatan cacamerba.
Malah semasa Barisan Nasional mentadbir negeri itu ia sudah diiktiraf sebagai negeri terkaya di Malaysia dengan perolehan KDNK tertinggi.

Ketika Shah Alam di isytihar bandar raya,Malaysia telahpun mempunyai enam bandar raya iaitu Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Kota Kinabalu.

Dari segi sejarah, Shah Alam yang mula dibina pada tahun 1963 yang pada asalnya sebuah kawasan ladang kelapa sawit dikenali dengan nama Sungai Renggam.

Pembukaan Shah Alam adalah bagi menggantikan Kuala Lumpur yang telah dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.

Apabila Shah Alam diisytiharkan sebagai bandar raya pada 10 Oktober 2000 ia menunjukkan pendapatan melalui pelabur dan kutipan cukai telah mencapai tahap yang membolehkan Shah Alam diisytihar sebagai bandar raya.Pada 2000 bukan pakatan cacamerba yang tadbir negeri itu.

Selangor di kenali sebagai negeri kaya sejak puluhan tahun dahulu,tetapi Menteri Besar Selangor,Azmin Ali begitu berbangga macamlah rakyat tidak tahu sikap beliau seperti kaduk naik junjung.

Kata Azmin Ali,Selangor merupakan negeri terpenting kepada Malaysia untuk negara ini mencapai negara berpendapatan tinggi.
“Jika statistik ekonomi Selangor dibawa keluar daripada Malaysia, ekonomi Malaysia lebih parah dan merudum.

Sesebuah kejayaan yang dikecapi oleh negeri-negeri ditanah Melayu pasti bergatung kepada faktor keamanan,ekonomi,politik yang stabil yang dibawa pemimpin kemata dunia.

Sekiranya tiada keamanan bukan sahaja marhaen Selangor malah Azmin dan anak bininya kebuluran.