Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan

Sabtu, 8 April 2017

Ramalan Harga Petrol,Diesel Terkini

by on 9:37:00 PTG
Harga mingguan harga minyak dijangka meningkat sehingga 25 sen berikutan ketegangan geopolitik di timur tengah berikutan serangan AS terhadap Syria.

Ramalan hari ini berdasarkan peningkatan harga minyak dunia dari USD53.12 kepada USD55.12 semalam.

Sekiranya harga dunia kekal dengan USD55.12 sehingga hari Rabu ini tidak mustahil RON 95 naik 11 sen ,RON 97 pula 10 sen dan diesel 4 sen,secara keseluruhan peningkatan harga 25 sen.

Kiranya harga minyak dunia terus meningkat sehingga Rabu ini,tidak mustahil harga baharu yang akan diumumkan nanti melepasi ramalan hari ini.
SABTU-8-4-2017-8:45 PM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON

Selasa, 28 Mac 2017

Denda RM500,000 Tidak Patuh Penetapan Harga Petrol dan Diesel Secara Mingguan

by on 9:27:00 PTG
Dalam tulisan sebelum ini bertajuk "Esok Harga Petrol Dijangka Turun 10 Sen"(klik link warna merah) penulis telah menyentuh petrol dijangka turun 10 sen.

Sama ada benar atau tidak harga petrol turun harga 10 sen sama-sama kita tunggu pengumuman yang akan dibuat di TV1 pukul 8 malam pada hari rabu(esok 29-3-2017).

Khabar terkini dari sumber yang penulis percayai selama ini,harga petrol diyakini akan turun harga 10 sen hingga 15 sen.walaupun begitu beliau tidak dapat menjamin kebenarannya kerana keputusan sama ada turun atau tidak akan diketahui setelah diumumkan oleh pihak bertanggungjawab.

Kata sumber,yang pastinya mana-mana pengusaha stesen minyak yang tidak mematuhi penetapan harga petrol juga diesel secara mingguan akan denda maksimum sebanyak RM500,000 bagi syarikat sementara.Manakala bagi kesalahan individu akan didenda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun.

Pengumuman bagi penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan pada setiap hari Rabu.

Selepas pengumuman dibuat,harga baharu petrol dan diesel akan berkuat kuasa selepas 12 malam,kata sumber.

SELASA-28/3/2017-4:45 PM-RESPECTMYPM

VIA TELEFON

Maaf  posting ini lambat disiarkan kerana TELEFON kehabisan power battery

Selasa, 3 Mei 2016

KWSP Akan Berikan Pulangan Baik Lepasi Kadar Inflasi

by on 9:57:00 PTG
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yakin akan terus memberikan kadar pulangan sebenar 2.0 peratus di atas kadar inflasi tahun ini walaupn ketidaktentuan dalam pasaran ekuiti, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata, sasaran utama 'inflasi campur 2.0', yang menentukan sumbangannya kepada pelabur, menyebabkan KWSP berprestasi lebih baik dalam tempoh lima hingga enam tahun lepas apabila ia mampu memberikan pulangan lebih tinggi iaitu 'inflasi campur 4.0'.

"Pada suku pertama tahun ini, prestasi pasaran ekuiti sangat mencabar bukan sahaja kepada KWSP tetapi juga mana-mana pengurus dana pelaburan di seluruh dunia berikutan ketidaktentuan tinggi dan hasil yang rendah.

"Oleh itu kami menjangka, dengan semua cabaran itu, untuk terus memberi tumpuan kepada 'inflasi campur 2.0' untuk memastikan kami boleh memberikan pertumbuhan sebenar kepada pelabur dan anggota kami untuk jangka masa yang panjang," katanya kepada pemberita selepas mengeluarkan Laporan Tahunan KWSP 2015 di sini, Selasa.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia menjangka inflasi akan tumbuh di antara 2.5 dan 3.5 peratus tahun ini.

Shahril berkata, dana persaraan itu merancang meningkatkan pelaburan domestik jangka panjangnya bagi mempelbagaikan portfolio, terutama 'aset inflasi' seperti utiliti, infrastruktur, lebuh raya dan tenaga.

Menurutnya, KWSP mempunyai liputan aset, sumbangan dan pendapatan domestik yang lebih daripada mencukupi untuk mendapatkan sebarang jenis pelaburan tempatan.

Beliau juga berkata, segmen pendapatan yang lebih meluas akan membolehkan KWSP mengurangkan kesan daripada persekitaran ekonomi global yang tidak menentu dan perubahan jangka pendek dalam pasaran.

"Pada 2015 pasaran global menyebelahi kita manakala pada 2014, pasaran domestik pula menyebelahi kita.

"Pada asasnya ia adalah untuk memastikan kita boleh mengharungi untuk jangka panjang melalui kitaran kemeruapan jangka pendek dalam sebarang pasaran atau kelas aset," tambahnya.

Pelaburan asing KWSP, yang merupakan 25 peratus daripada jumlah aset, menyumbang 48 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar RM44.23 bilion yang dicatat tahun lepas.

Kumpulan itu setakat ini melabur kurang sedikit daripada 26 peratus daripada had global yang ditetapkan kerajaan untuk pelaburan asing.

Sementara itu, Shahril berkata, KWSP tidak mempunyai pendedahan penting dalam penerbitan sukuk RM5 bilion 1Malaysia Development Bhd kerana dana itu hanya memegang kira-kira empat peratus atau RM200 juta pelaburan daripada keseluruhan penerbitan.

Menurutnya, belum ada keputusan mengenai pelaburan KWSP itu kerana pemegang amanah tidak menganggap berlakunya kemungkiran silang dalam penerbitan itu setakat ini.-- Bernama

Agrobazaar Malaysia Mudahkan Rakyat Singapura Peroleh Produk Halal

by on 9:56:00 PTG
SINGAPURA: Pembukaan Agrobazaar Malaysia di Singapura di Sultan Gate di sini memudahkan rakyat Singapura mendapatkan pelbagai produk makanan dan masakan halal tanpa rasa was-was.

Agrobazaar Malaysia yang dibuka pada 2014 itu juga menjadi medium untuk rakyat Kota Singa itu mengenali pelbagai produk negara terutama dari Melaka.

Hasleen Abdul Rahim, 49, dari Bishan, Singapura berkata dia dan keluarga amat teruja apabila melihat Agrobazaar Malaysia ketika berada di kawasan sekitar Sultan Gate semalam kerana sebelum ini dia tidak mengetahui tentang kewujudan pusat sehenti pelbagai produl halal tempatan Malaysia itu.

"Ini kali pertama saya ke sini setelah dua tahun dibuka kerana tidak tahu.

Selepas ini kami tidak lagi perlu ke Johor atau Melaka untuk mendapatkan produk buatan Malaysia terutama produk halal. Pelbagai rangkaian produk ada di sini dan saya serta keluarga amat teruja untuk mencubanya.

"Saya dan keluarga juga akan cuba masakan Melaka yang ditawarkan di sini," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian pelancaran program Melaka Plate @ Kempen Riuh De Agrobazaar di Agrobazaar Malaysia di Singapura di sini disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Hasleen, pengurus di sebuah syarikat swasta di republik itu berkata promosi berterusan perlu dilakukan bagi menghebahkan pembukaan Agrobazaar Malaysia kerana ia masih belum diketahui kebanyakan penduduk Singapura.

Bagi Azizah Abdul Karim, 63, dari Woodlands, berkata antara tarikan utama beliau ke agrobazaar tersebut ialah pelbagai juadah masakan halal Malaysia yang dijual di restoran.

"Saya telah berkunjung di Agrobazaar Malaysia sejak ia mula dibuka dan sangat berpuas hati dengan produk ditawarkan yang pasti halal terutama masakan yang dijual di restoran.

"Saya selalu datang bersama rakan-rakan terutama untuk makan malam di restoran ini kerana keadaannya yang tenang dan selesa," katanya.

Pesara polis itu berkata dia dan tiga rakannya amat bertuah kerana dapat menikmati enam menu iaitu laksa nyonya, ikan bakar, gerang asam, ayam pongteh, cucur udang Melaka dan cendol Melaka sempena program selama dua minggu, bermula semalam.Beliau berkata masakan Melaka amat dekat di hatinya kerana keluarganya berasal dari Melaka dan makanan tersebut mempunyai keunikan tersendiri.

"Tadi saya sempat mencuba keenam-enam menu tersebut tetapi laksa Nyonya dan cendol Melaka merupakan makanan yang menjadi kegemaran saya. Jadi dalam tempoh dua minggu ini saya berpeluang merasa makanan tersebut lagi," katanya.

Agrobazaar Malaysia menawarkan konsep 'fru-ce-rant' iaitu 'fruit, grocery dan restaurant' itu turut merangkumi empat kluster iaitu 'Pangkin' yang memberi peluang pelanggan merasai suasana dusun dengan infra pangkin yang menghimpunkan pelbagai buah-buahan tempatan Malaysia.

Kluster 'Nak Lagi!!' bagi mengetengahkan produk industri asas tani, 'Happy Hours' yang memberi tawaran harga istimewa bagi minuman kopi dan 'Taste of Malaysia' yang menawarkan makanan tradisi Melayu mengikut negeri yang ditawarkan mengikut masa yang ditetapkan.-- Bernama

Sabtu, 9 April 2016

RM1.5 bilion bantu Proton

by on 9:48:00 PG
KUALA LUMPUR 8 April - Kerajaan meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada Proton Holdings Berhad (Proton) bagi membolehkan syarikat automotif itu membuat pembayaran kepada vendor-vendor yang membekalkan komponen kepadanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam masa sama, Proton perlu memenuhi beberapa syarat yang dikenakan untuk memulihkan perniagaannya termasuk meyakinkan kerajaan tentang model perniagaan baharunya yang berdaya maju dan berdaya saing.

Katanya, Proton perlu melaksanakan tiga perkara utama iaitu mewujudkan pelan penstrukturan semula dan menyediakan pelan strategik untuk memperluaskan pasaran di dalam dan luar negara.
Di samping itu, menurut beliau, Proton juga harus mendapatkan rakan kongsi terkemuka yang akan membantu dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Langkah ini dilaksanakan memandangkan kerajaan sedar bahawa industri automotif adalah industri yang strategik. Proton setakat ini mempunyai 12,000 pekerja yang bekerja secara langsung dan kira-kira 50,000 lagi yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor yang bergantung kepada syarikat ini.
“Keputusan Kabinet ini turut mengambil kira kebajikan kira-kira 60,000 pekerja yang bergantung secara langsung kepada masa depan Proton,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) pada 25 Mac lalu mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Fuaad Mohd. Kenali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton menggantikan Datuk Abdul Harith Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan bagi Pengedaran Automotif dan Pertahanan DRB-Hicom.

Selang beberapa hari kemudian, Proton mengumumkan peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusinya, berkuat kuasa serta-merta. Beliau memegang jawatan Penasihat Proton sejak 2003 selepas bersara sebagai Perdana Menteri keempat dan dilantik Pengerusi syarikat bermula 16 Mei 2014.

Mustapa sebelum ini berkata, kerajaan telah memperuntukkan bantuan kepada Proton dalam bentuk geran dan pelbagai bentuk bantuan lain serta cukai yang tidak dikutip berjumlah RM13.9 bilion sejak syarikat itu ditubuhkan pada 1983.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad baru-baru ini berkata, penstrukturan semula Proton adalah penting untuk membawa perubahan kepada industri automotif secara keseluruhan termasuk vendor-vendor yang turut me­nerima kesan daripada kelembapan ekonomi.

Menurut Mustapa, bagi memastikan program transformasi Proton mencapai kejayaan, sebuah pasukan petugas ditubuhkan dengan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala yang turut disertai tiga wakil daripada sektor swasta dan kerajaan.

Katanya, wakil kerajaan terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Unit Pe­rancang Ekonomi manakala wakil-wakil sektor swasta akan dikenal pasti secepat mungkin.

“Selain daripada memastikan syarat-syarat pinjaman mudah dipatuhi, pasukan ini juga dikehendaki meneliti model perniagaan Proton pada masa lalu, mengenal pasti kelemahan dan langkah-langkah untuk mengatasinya,” katanya.


Jumaat, 8 April 2016

Masalah 1MDB Hutangnya Tinggi

by on 1:52:00 PTG
Kerajaan sudah mengambil langkah serta merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai IMalaysia Develop ment Berhad (1MDB) yang mula timbul pada November 2014.

Laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) mengenai Kawalan Pengu rusan Tadbir Urus 1MDB me nyebut, pada Januari lalu pe ngurusan tertinggi baru di lantik dan Menteri Kewa ngan Diperbadankan (MKD) menumpukan perhatian yang serius untuk menye- lesaikan masalah syarikat itu.

"Suatu kajian strategik su­dah dilaksanakan dan rumu san dibentangkan nada Feb ruari 2015, susulan itu, 1MDB dan MKD sudah memben tangkan pelan rasionalisasi kepada Jemaah Menteri pada 29 Mei 2015," menurut la poran yang diedarkan di De wan Rakyat, di sini, sema lam.

Dalam pada itu, laporan itu berkata, 1MDB memiliki aset RM53 bilion berbanding hu- tang mencecah sebanyak RM50 bilion pada Januari la­lu.

Laporan itu menyebut 1MDB bergantung kepada hutang iaitu pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai mo­dal syarikat dengan sebahagian berkenaan sudah men dapat jaminan atau surat sokongan kerajaan.

Bagaimanapun, PAC mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewa- ngan syarikat itu adalah kurang memuaskan.

"Hutang berkenaan bermula pada RM5 bilion pada 2009 meningkat kepada RM42 bilion berbanding aset sebanyak RM51 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 di mana 1MDB membelanjakan sebanyak RM2.4 bilion untuk pemba yaran faedah ke atas hu tang," katanya.

 PAC memulakan siasatan ke atas syarikat pelaburan kontroversi itu Mei lalu de ngan sesi pendengaran pertama pada 19 Mei 2015.

Menurut laporan itu, 1MDB membelanjakan sebanyak RM3.3 bilion untuk pemba yaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015.

"Adalah jelas bahawa ta hap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berban ding aliran tunai syarikat.

"Setelah beroperasi sela ma lima tahun, 1MDB meng hadapi masalah ketidakse imbangan aliran tunai apa- bila kerugian pertama sya rikat sebanyak RM665 juta diumumkan pada November 2014 hingga menyebabkan keyakinan terhadap syarikat telah terhakis," katanya.

PAC juga mendapati ba hawa kerajaan telah me- ngambil langkah serta merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November
2014.

Pada Januari 2015, pengu rusan tertinggi baharu telah dibawa masuk selepas itu, Menteri Kewangan Diperba dankan (MKD) telah me numpukan perhatian yang serius untuk menyelesaikan masalah syarikat.

Suatu kajian strategik telah dilaksanakan dan rumusan dibentangkan pada Februari
2015.

Susulan itu, 1MDB dan MKD telah membentangkan pelan rasionalisasi kepada Jemaah Menteri pada 29 Mei 2015.

Harian Metro 8-4-2016-Jumaat

Khamis, 7 April 2016

Prestasi kewangan 1MDB kurang memuaskan, PAC setuju langkah kerajaan

by on 9:08:00 PTG

KUALA LUMPUR 7 April - Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu 'kurang memuaskan', yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

Namun, PAC mendapati bahawa kerajaan telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.

Dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, PAC berkata, 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk, sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.

"Tahap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berbanding aliran tunai syarikat.
"Oleh itu, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula sebagai pembayaran balik hutang matang, dan mengambil hutang baharu, antara lain untuk pembayaran faedah hutang sebelumnya," menurut laporan itu.

Laporan tersebut menjelaskan model perniagaan 1MDB yang terlalu bergantung kepada pinjaman mengakibatkan syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya.

Laporan setebal 106 halaman itu turut mendedahkan terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian impak terhadap aliran tunai syarikat.
“Pihak Lembaga Pengarah didapati gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat dan pemegang saham, serta tidak mengambil tindakan proaktif dalam meneliti aktiviti pihak pengurusan dan aliran tunai hadapan syarikat.

“Lembaga Pengarah perlu mengawal selia dengan lebih rapi, termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang,” kata laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat itu hari ini.

PAC berpendapat Lembaga Penasihat syarikat perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 dalam memorandum dan artikel syarikat, dengan segala rujukan kepada Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB seperti Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, tanah Air Itam, dan tanah Pulau Indah, seharusnya diserahkan kepada MKD supaya dapat dikawal selia dan diuruskan dengan lebih rapi dan teliti. - BERNAMA
 UTUSAN 7 APRIL 2016

Penyertaan Dalam TPPA Tidak Jejaskan Dasar Import Beras Malaysia

by on 4:08:00 PTG
KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa semua dasar berkaitan pengimpor- tan beras sedia ada dikekalkan meskipun Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA).

Menteri Pertanian dan Indus- tri Asas Tani, Datuk Seri Ah­mad Shabery Cheek berkata, dasar itu dikekalkan bagi melindungi kepentingan sektor padi, beras dan pendapa- tan petani tempatan.

"Malaysia telah memperoleh pengecualian ke atas mekanisme pengimportan dan penge- daran beras di bawah TPPA. Semua dasar berkaitan pengimportan beras sedia adadikekalkan dan ia hanya akan dipinda sekiranya ada keperluan di pihak kerajaan.

"Antara yang kita kekalkan, Malaysia hanya mempunyai satu sahaja pengimport be­ras. Jika ada yang mendak- wa sesiapa sahaja boleh import beras di bawah TPPA, itu tidak akan berlaku," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengenai
jaminan dan langkah perlindungan oleh kerajaan kepada industri padi dan petani dalam berdepan dengan pelaksanaan TPPA.

Ahmad Shabery memberitahu, kera­jaan hanya membenarkan satu pengim­port beras di negara ini bagi memudah- kan usaha mengawal kemasukan beras import ke Malaysia.

"Malaysia hanya membenarkan import beras berdasarkan keperluan negara supaya tidak mengganggu pasaran beras tempatan," katanya.

KOSMO KHAMIS 7 APRIL 2016

Rabu, 6 April 2016

Celcom Axiata Lancarkan Pelan Phone Care

by on 6:54:00 PTG
KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd telah melancarkan Phone Care, pelan penggantian dan pertukaran telefon bagi membantu pelanggan untuk terus berhubung dengan orang tersayang.

Phone Care merupakan perkhidmatan penjagaan alat peranti pertama di Malaysia yang membolehkan pelanggan menukar atau menggantikan telefon serta tablet mereka untuk apa-apa sebab, dengan harga langganan yang berpatutan iaitu dari serendah RM4 sebulan atau RM20 selama enam bulan.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan dan Pegawai Operasi Touchpoint, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata pelan baharu itu boleh dilanggan melalui Blue Cube dan rakan kongsi Celcom Xclusive yang terpilih di seluruh negara.

"Syarikat telekomunikasi itu kini menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih luas bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang maksimum, dengan sokongan rangkaian 4G LTE yang paling meluas dan kukuh," kata beliau dalam satu kenyataan, Rabu.

Syed Md Najib juga berkata Celcom komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan platform yang teguh dan boleh dipercayai sambil bergerak ke arah pendigitalan.

Pelanggan pasca bayar dan prabayar boleh mendaftar dalam Phone Care di semua kedai Celcom yang mengambil bahagian dengan pakej atau peranti yang dibeli kurang daripada 30 hari melalui kedai lain.-- Bernama

Saham FGV Turun Dipengaruhi Harga Sawit Dunia

by on 2:57:00 PTG
Kenyataan bahawa saham FEL- DA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengalami kerugian akibat keputusan kewangan suku ketiga 2015 adalah tidak tepat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata berdasarkan harga saham pada 30 September tahun lalu, saham FGV ditutup pada RM1.50 sesaham.

"Selepas keputusan kewangan diumumkan, harga saham FGV mencatatkan peningkatan dan ditutup pada harga RM2 sesa­ham pada 6 November 2015.

"Pada penghujung tahun 2015, nilai saham ditutup pada harga RMl.71 sesaham. Ini jelas menunjukkan tidak berlaku keru­gian saham seperti dinyatakan jika dibandingkan dengan sebelum keputusan kewangan suku ketiga diumumkan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ma- rang) yang mahu Kementerian Kewangan menyatakan punca kerugian saham FGV berdasar­kan laporan suku ketiga tahun 2015 yang mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM62.43 juta.
Dividen dua sen sesaham

Razali berkata, Lembaga Pengarah FGV sudah mengumumkan bayaran dividen sebanyak dua sen sesaham untuk 3,648,151,500 saham bagi suku ketiga berakhir 30 September 2015 bersamaan RM72.96 juta.

Beliau menjelaskan bagi tahun kewangan suku ketiga berakhir 30 September 2015, FGV men­catatkan perolehan sebanyak RM4.5 bilion, meningkat seba­nyak 18 peratus berbanding suku tahun yang sama pada 2014.

"Disebabkan kejatuhan harga minyak sawit mentah dunia, kenaikan caj nilai saksama (LLA) dan kerugian tukaran asing di­sebabkan penyusutan nilai ringgit telah menyebabkan syarikat mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM52 juta," ka­tanya.

Bagaimanapun, katanya, sya­rikat mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM14 ju­ta bagi tempoh berkenaan hasil penjualan aset bukan teras.

Selasa, 5 April 2016

Pelaburan Hartanah Luar Negara Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

by on 11:55:00 PG
KUALA LUMPUR 4 April – Rakyat Malaysia tetap memilih pelaburan hartanah di luar negara, khusus­nya Australia, biarpun berdepan masalah penyusutan ringgit.
Hasil kaji selidik terbaharu portal hartanah terkemuka rantau ini, PropertyGuru menerusi Laporan Kajian Sentimen Pasaran Hartanah Malaysia, menunjukkan destinasi utama lain yang menjadi pilihan pelaburan rakyat Malaysia adalah Singapura, Indonesia dan United Kingdom
Malah, 75 peratus responden rakyat Malaysia itu menyuarakan minat untuk membeli apartmen atau kondominium persendirian pada separuh kedua 2015 biarpun berlakunya penyusutan ringgit serta faktor luaran lain yang tidak memberangsangkan.
“Ia jelas menunjukkan hampir tiada perubahan berbanding tempoh suku pertama 2015 yang mana 76 peratus responden menyatakan minat untuk membeli pangsapuri/kondominium di luar negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Laporan itu juga menunjukkan, faktor penarik rakyat Malaysia untuk melabur di luar negara itu adalah pulangan sewa lebih lumayan sebanyak 56 peratus, kenaikan harga hartanah yang tinggi (55 peratus) serta alasan untuk persekitaran lebih baik dan tujuan persaraan yang mana kedua-duanya mencatat 46 peratus.
“Aspek pendidikan masa depan anak-anak yang lebih baik turut menjadi antara faktor iaitu 36 peratus,” katanya.
Selain itu, sebanyak 52 peratus responden memilih Australia sebagai negara pilihan pembelian hartanah diikuti Singapura (23 peratus), Indonesia (15 peratus) dan United Kingdom (14 peratus).
Kaji selidik hasil kerjasama Pro­pertyGuru dan Added Value-Saffron Hill, agensi penyelidikan profesional yang berpejabat di Singapura bertujuan memantap serta mengukuhkan kredibiliti hasil kajian.
Ia juga dapat membantu pengguna dan ejen hartanah mendapat gambaran mengenai pasaran hartanah bagi membuat keputusan pelaburan serta perniagaan lebih bijak. – BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/pelaburan-hartanah-luar-negara-jadi-8232-pilihan-rakyat-malaysia-1.208740#sthash.TTcq5jgO.dpuf

BHB jangka raih hasil RM1.5 bilion

by on 11:43:00 PG


KUALA LUMPUR 4 April - Boustead Holdings Bhd. (BHB) dijangka meraih hasil sebanyak RM1.5 bilion menerusi terbitan hak boleh ditolak dan cadangan terbitan bonus serta pelupusan tiga asetnya yang akan dimuktamadkan menjelang hujung tahun ini.
Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, syarikat menjangka meraih seba­nyak RM500 juta daripada pelupusan aset membabitkan kawasan tanah kuari di Johor, kepentingan 30 peratus dalam syarikat harta­nah Jendela Hikmat Sdn. Bhd. dan tanah ladang­nya.
Katanya, hasil daripada pelu­pusan aset tersebut akan digunakan untuk menurunkan kadar hutang syarikat yang merupakan ke­utamaan bagi pihak pengu­rusan.
“Seperti yang diketahui hutang kami agak tinggi iaitu ketika ini sebanyak RM1.1 bilion dan dijangka dapat diturunkan kepada RM900 juta selepas pelupusan itu yang dijangka dicapai pada hujung tahun ini.
“Kami percaya pelupusan aset bukan utama ini akan memboleh­kan kami memanfaatkan nilai aset terbabit dan menjana tunai kepada syarikat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), diikuti Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) BHB di sini hari ini.
Sementara itu, Lodin Wok berkata, BHB menerima majoriti bagi terbitan hak boleh ditolak dan cadang­an terbitan bonus yang dijangka meraih RM1 bilion kepada Kum­pulan.
Cadangan terbitan hak yang selaras dengan komitmen untuk mempertingkatkan fleksibiliti kewangan dan mengukuhkan kecairan tersebut melibatkan penerbitan 413,671,221 saham baharu bernilai RM0.50 sesaham.
Terbitan hak yang dicadangkan dibuat atas dasar dua saham baharu bagi lima saham BHB yang dipegang pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan kemudian.
BHB telah mencatatkan untung sebelum cukai sebanyak RM269 juta dan hasil sebanyak RM8.7 bi­lion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Bahagian hartanah telah menjadi penyumbang utama kepada peroleh Kumpulan diikuti oleh perladang­an, farmaseutikal, kewangan dan pelaburan serta perdagangan dan perindustrian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/bhb-jangka-raih-hasil-rm1-5-bilion-1.208755#sthash.xbDpTkEZ.dpuf

BDB bakal lancar perbandaran baharu bernilai RM2.95 bilion

by on 11:36:00 PG


KUALA LUMPUR 4 April - Bina Darulaman Bhd. (BDB) menumpukan pembinaan ru­mah-rumah mampu milik sepanjang tahun ini termasuk melalui pelancaran dua projek perbandaran baharunya di Kedah pada penghujung 2016 bernilai pembangunan kasar (GDV) RM2.95 bilion.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Izham Yusoff berkata, BDB ketika ini sudah mempunyai tiga portfolio perbandaran iaitu Bandar Darulaman, Darulaman Perdana dan Darulaman Utama dan menjangka dua lagi yang baharu itu ialah Darulaman Saujana dan Darulaman Putra.
Katanya, khusus untuk segmen mampu milik BDB juga akan me­lancarkan Apartmen Mampu Milik Indera yang membabitkan 336 unit kediaman di Taman Tunku Intan Safinaz, Jitra Kedah pada Mei atau Jun ini.
“BDB sememangnya menumpukan pembinaan projek-projek mampu milik. Hampir 70 peratus produk-produk kami dikategorikan sebagai kediaman mampu milik yang berharga di bawah RM500,000 mengikut standard harga kebangsaan.
“Meskipun margin keuntu­ngan yang lebih tinggi jika membangunkan kediaman mewah, namun ia tidak menjadi fokus utama syarikat. Segmen kediaman mampu milik sentiasa ada pembeli dan kami mahu menjadikan BDB sebagai pilihan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan BDB di sini baru-baru ini.
Selain itu BDB akan turut me­lancarkan 1,343 buah rumah de­ngan GDV RM485 juta pada 2016. Tambahnya, lebih 70 peratus daripada jumlah rumah yang akan dilancarkan itu berada dalam kategori rumah mampu milik berharga RM500,000 ke bawah.
Pelancaran itu akan dilakukan menerusi perbandaran sedia ada milik syarikat itu Bandar Darulaman, Darulaman Perdana dan Darulaman Utama yang ke­semuanya terletak di Kedah.
BDB merupakan entiti milik Kerajaan Negeri Kedah yang ditubuhkan pada 1995. Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, milik Kerajaan Negeri Kedah adalah peme­gang saham terbesar syarikat itu dengan kepentingan 67 peratus.
Kata Izham lagi, kebanyakan pembeli di Kedah membeli rumah untuk diduduki berbanding di Lembah Klang dengan pembeli kebanyakan merupakan pelabur hartanah. Malah katanya, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli rumah dalam kategori mampu milik lebih mudah diperoleh.
“Kami positif terhadap prospek pasaran yang diterokai dan berada di landasan yang betul untuk terus mencatatkan pertumbuhan pendapatan syarikat. Dengan mengutamakan segmen mampu milik, BDB boleh menjana jualan yang baik,” katanya.
Katanya, strategi menawarkan rumah mampu milik juga dapat memberi kelebihan kepada BDB untuk jangka panjang. Hal itu boleh menaikkan imej syarikat dan populariti produk-produk BDB terutama apabila pembeli cuba mendapatkan kediaman-kediaman mewah milik syarikat.
Jelasnya, BDB juga mula meluaskan aset di luar Kedah apabila berjaya mendapatkan tanah berkeluasan 3.6 hektar di Kuala Kangsar, Perak.
Aset tanah itu diperolehi oleh anak syarikat BDB, Kedah Hol­dings Sdn. Bhd. yang dijangka melancarkan projek pembangu­nan bercampur dengan GDV RM40 juta pada suku kedua tahun ini dengan tempoh pembinaan dua tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/bdb-bakal-lancar-perbandaran-baharu-bernilai-rm2-95-bilion-1.208724#sthash.H0s6BzEW.dpuf

Ringgit Dijangka Mengukuh kepada RM3.60 Tempoh Terdekat

by on 11:31:00 PG


KUALA LUMPUR 4 April - Penganalisis ekonomi tidak menolak kemungkinan ringgit boleh mencecah RM3.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila faktor-faktor luaran terma­suk harga minyak dunia dan dasar kewangan di AS terus memihak kepada Malaysia.
Ringgit hari ini terus mengekalkan momentum pemulihannya di bawah paras RM4.00 berbanding dolar apabila mula mencecah paras RM3.88 iaitu kedudukan terbaiknya sejak Ogos 2015.
Pada sesi pagi hari ini, mata wang itu dibuka pada RM3.8815 berban­ding dolar dan mengukuh kepada RM3.8800 semasa sesi tengah hari sebelum ditutup pada RM3.9020.
Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Bhd., Datuk Dr. Mohd. Nazri Khan Adam berkata, pengukuhan ringgit berlaku secara konsisten merupakan sesuatu yang positif setelah sebelum ini bergelut akibat ketidaktentuan pasaran kewangan dan komoditi dunia.
“Langkah tidak agresif AS me­ngubah dasar kewangannya, pemulihan harga minyak dunia serta kemasukan semula pelabur-pelabur asing ke Bursa Malaysia telah menarik minat pelabur terhadap ringgit sekali gus menaikkan nilai mata wang itu.
“Ringgit dijangka kekal di bawah paras RM4.00 sepanjang tahun ini berlegar antara RM3.80 hingga RM3.90 berbanding dolar. Namun, kami tidak menolak ringgit boleh mencecah sehingga RM3.60 jika semua faktor luaran terus memihak kepada Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, pemulihan ringgit secara berperingkat adalah lebih baik kerana pengukuhan secara mengejut mampu memberi impak buruk terhadap eksport negara. Keadaan itu seterusnya boleh menjejaskan lebihan eksport berbanding import yang telah dinikmati Malaysia sejak 1998.
“Walaupun kita mengharapkan ringgit terus pulih, namun pergerakan secara berperingkat lebih baik agar tidak memberi kejutan kepada pasaran. Pasaran mungkin perlu membiasakan dengan keadaan ringgit antara RM3.80 hingga RM3.90 terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata, ini kerana terdapat negara seperti China dan Jepun me­lancarkan pakej rangsangan ekonomi yang kini mahu menjadikan eksport masing-masing kompetitif termasuk menggunakan strategi perubahan nilai mata wang.
Pada masa sama, Mohd. Nazri berkata, pengukuhan mata wang kini tidak berlaku terhadap ringgit sahaja tetapi turut meliputi beberapa negara serantau yang lain.
Sementara itu, menurut firma penyelidikan MIDF Research, pada tahun ini sahaja, ringgit sehingga kini telah meningkat sebanyak 10.4 peratus, berbanding penyusutan 18.6 peratus sepanjang 2015.
Jelasnya, dengan kemasukan semula pelabur-pelabur asing untuk mendapatkan saham-saham di Bursa Malaysia turut berjaya memastikan ringgit kekal di bawah paras RM4.00 sehingga kini.
Menurut firma itu, perbelanjaan pelabur-pelabur asing membantu pengukuhan ringgit setelah harga minyak dunia kini tidak berupaya mendorong kenaikan ringgit lagi setelah lonjakan semula harga komoditi itu terhenti pada AS$40 (RM156) setong.
“Secara bersihnya, pelabur-pe­labur asing membelanjakan sehingga RM6.1 bilion untuk membeli saham-saham tempatan sepanjang Mac. Kami percaya pembelian saham oleh pelabur asing pada bulan lalu adalah antara yang tertinggi secara bulanan dalam sejarah negara,” jelas firma itu dalam nota penyelidikannya.
- See more at: http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/ringgit-mampu-cecah-rm3-60-1.208752#sthash.jZDsUboE.dpuf

1MDB Tiada Hutang Tertunggak

by on 7:26:00 PG

KUALA LUMPUR 4 April - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai hutang tertunggak pada masa ini, kata Kementerian Kewangan.
Dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), ia berkata 1MDB juga tidak pernah gagal dalam melunaskan segala hutang-hutangnya termasuk pembayaran faedah pinjaman.
Mengenai satu lagi soalan Hanipa berkenaan jumlah hutang 1MDB yang dijamin kerajaan, kementerian itu berkata ia adalah sebanyak RM5.8 bilion. - BERNAMA