Memaparkan catatan dengan label SabahSarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SabahSarawak. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2016

Adenan lagi teruk dari Taib Mahmud

by on 1:48:00 PTG
PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa pemerintahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem lebih teruk berbanding ketua menteri sebelumnya Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, ini berikutan larangan masuk yang dikenakan terhadap ramai pemimpin pembangkang‎ ke negeri itu.

‎"Pimpinan PKR terus menerus masih lagi dihalang masuk ke negeri Sarawak. Yang lebih serius, apabila kita melihat justifikasi dan rasionalnya lebih teruk jika dibandingkan dengan zaman Abdul Taib Mahmud.

"Kalau dahulu tidaklah sampai tahap menahan dua hari sebelum pilihan raya diadakan," katanya disidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Terdahulu, ‎semalam Nurul Izzah dilaporkan gagal memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri walaupun telah menulis surat kepada Adenan.

Dalam pada itu, katanya walaupun dihalang masuk pimpinan PKR akan meneruskan agenda membantu masyarakat di Sarawak.

"PKR masih konsisten dalam pembawa pembaharuan dalam hidup rakyat Sarawak.

"Kita harus faham sehingga kehari ini ramai yang harus harungi masalah iaitu terhadap akses air dan elektrik akibat 53 tahun pemerintahan BN di Sarawak," katanya.

-Sinar Harian

Jangan Undi Aziz Kata Neneknya

by on 11:08:00 PG

"Jangan undi cucu saya Abdul Aziz Isa dari DAP tapi undilah calon BN di DUN Batu Kitang iaitu Lo Khere Chiang."

Itulah kata-kata Hajah Mazuin @ Nek Wen, nenek kepada calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa semasa beliau turun berkempen dengan Lo Khere Chiang di Batu Kitang petang tadi.

"Saya merayu agar masyarakat di DUN Batu Kitang agar tidak mengundi cucu saya," katanya lagi.

Kenapa ni Aziz? Nenek atau darah daging sendiri berkempen menentang anda? Sampai begitu sekali? Apakah dosa Aziz kepada nendanya sehingga beliau melafazkan kata-kata sedemikian?

Penulis dimaklumkan Nek Wen tidak redha cara Aziz berkempen dengan cara kasar dan keterlaluan, menghina pemimpin lain yang jauh lebih tua dari beliau (Aziz).

Selasa, 3 Mei 2016

Jangan Jual Undi Untuk Wang Sogokan - Najib

by on 9:52:00 PTG
SRI AMAN: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang tidak menjual undi mereka semata-mata untuk mendapatkan wang sogokan.

Perdana Menteri berkata, masa depan pengundi adalah lebih bernilai berbanding dengan wang ringgit yang cuba disogokkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahukan undi mereka.

Mereka perlu mengutamakan masa depan mereka semasa pilihan raya ini dan bukannya menggunakan hak mereka untuk mendapat duit secara cepat.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Rumah Panjang Jegai Anak Jawa, Kampung Purai, sebuah perkampungan masyarakat Iban di Undop, kira-kira 40km, dari sini, Selasa.

Sebelum itu, calon Barisan Nasional (BN) DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, mendakwa telah menerima maklumat ada cubaan pihak tertentu untuk menyogok pengundi di kawasannya agar tidak mengundi BN.

Beliau mendakwa pengundi khususnya di kawasan kaum Iban telah ditawarkan RM100 setiap seorang untuk berbuat demikian dan akan ditambah RM200 lagi selepas pilihan raya ini.

Sementara itu, Najib berkata, beliau yakin pengundi Iban di DUN Simanggang bijak membuat pilihan mereka dan tidak mudah terjebak dengan tawaran sedemikian.

"Orang Iban orang pahlawan. Orang yang ada semangat tinggi. Jadi kita jangan jual maruah kita. Lebih penting (jangan gadai) masa depan kita," katanya.

Menurutnya, BN bukan hanya berjuang untuk memastikan kesejahteraan generasi sekarang tetapi juga untuk merancang masa depan cemerlang untuk generasi baharu.

Perdana Menteri, yang diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat, yang juga Anggota Parlimen Sri Aman, turut mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk beberapa projek bagi penduduk Rumah Jegai semasa majlis itu.

Francis Harden, selaku penyandang, akan ditentang calon DAP, Leon Jimat Donald, Norina Umoi Utot (PKR) dan calon Bebas, Ngu Piew Seng, dalam pilihan raya negeri, Sabtu ini. - Bernama

BN Kerajaan Syaitan

by on 9:50:00 PTG
KUCHING: Kerajaan BN adalah kerajaan syaitan, kata calon DAP N.13 Batu Kitang dalam ceramahnya di Kin Soon Cafe, Kota Padawan malam tadi.

"Kita tidak mahu Sarawak terus diperintah oleh syaitan-syaitan yang ada sekarang, maka sebab itulah kamu semua mesti mengundi DAP", tegas beliau.

"Saya berjanji jika saya menang, saya akan berkhidmat kepada semua kaum, bukan sahaja Melayu tetapi Cina, Iban dan Bidayuh", ujar beliau lagi.

Dalam ceramah yang sama, Aziz turut menegur segelintir petugas di Majlis Perbandaran Padawan yang bersikap malas sehinggakan rakyat di kawasan tersebut dijangkiti penyakit.

"Mereka hanya duduk di dalam bilik berhawa dingin sahaja tetapi rakyat menanggung derita"

"Jalan masuk ke Kampung Landeh sehingga sekarang gelap tidak berlampu",tambah Aziz.

Dalam ceramah yang sama, Aziz menyatakan bahawa GST yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah menindas rakyat yang berpendapatan kecil dan sederhana.

"Subsidi yang diperuntukan kepada rakyat ditarik balik dan projek hanya diberi kepada kroni membuktikan kerajaan BN tidak mementingkan rakyat sebaliknya hanya mementingkan diri mereka sendiri", kata Aziz lagi.

Aziz turut menegaskan bahawa Najib (Perdana Menteri) masih sehingga sekarang terlibat dalam skandal politik yang menjijikkan.

"Rosmah Mansor adalah wanita yang amat membazir dan teruk. Setiap wang yang dibelanjakan adalah duit dari hasil bumi Sarawak", kata Aziz.

Berkenaan pertembungan sengit 5 kerusi DUN Batu Kitang, Aziz menyatakan bahawa beliau tidak pernah gentar untuk bertanding melawan sesiap sahaja.

"Dr. Sim (SUPP) lari ke DUN Batu Kawa kerana takut dengan saya di Batu Kitang". -SarawakLive

Adenan Beri Peringatan Pada Kaum Cina

by on 9:47:00 PTG
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, memberi peluang kepada masyarakat cina di negeri ini untuk membuat pilihan samada mahu bersama Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan pemerintah, atau bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) membentuk pakatan Pembangkang.

Menurutnya, beliau khuatir masyarakat Cina tidak dapat bersama kaum lain di Sarawak dalam membentuk kerajaan, kerana ketiadaan kaum Cina dalam kerajaan adalah sesuatu yang merugikan.

“Undilah DAP sekiranya kamu tidak mahu berada dalam kerajaan. Undi BN jika kamu mahu bersama dalam kerajaan.

“Sekiranya semua calon-calon Cina dalam kumpulan saya tewas, tidak akan ada Cina dalam kerajaan. Saya tidak mahu tiada orang Cina dalam kerajaan,” katanya dipetik laman Free Malaysia today semalam.

Justeru beliau menyeru para pengundi dari kalangan kaum Cina agar bersama dengannya membentuk kerajaan dengan memenangkan calon pilihannya.

Beliau yang berucap di Miri semalam, turut membayangkan keyakinan bahawa BN akan berjaya merampas kembali sekurang-kurang 3 kerusi di kubu kuat DAP.

Antara yang menjadi tumpuan ialah kerusi DUN Pujut, yang mana BN meletakkan calonnya Dato’ Hii King Chiong seorang dermawan terkenal sebagai taruhan. - Sarawakiana

Voting to win bets or to pick the right candidate?

by on 9:45:00 PTG
SARAWAK POLLS: Sarawak voters will be electing their representatives on May 7. And punters are already busy placing bets on the election results, hoping to make some quick bucks.

SUPP president Dr Sim Kui Hian, who is contesting in Batu Kawah, has cautioned voters in the area.

China Press quoted Dr Sim as claiming that a syndicate is prepared to pour in up to RM10 million for election betting to see him defeated.

Dr Sim has claimed that the racket has encouraged punters to bet with voters in Batu Kawah. As long as Dr Sim loses, voters win their bets.

Not all Chinese are gamblers but those who love gambling are mostly Chinese, as a columnist wrote inChina Press.

For those who bet on him to win, the reward is small and those who bet on him to lose, the reward is huge.

Now, are voters casting their votes to elect their representatives or are they casting their votes to win their bets? That will be hard to tell.

The syndicate may be losing money but someone will be “winning” if Dr Sim loses.

In Batu Kawah, he is involved in a three-cornered fight against incumbent Christina Chiew from DAP and Liu Thian Liong, an independent candidate who resigned from UPP to contest in the election.

Election betting is nothing new.

MCA secretary-general Ong Ka Chuan, who lost to Fong Po Kuan in the Batu Gajah parliamentary seat in the 2004 general elections, has admitted being a victim of election betting.

Ong polled 20,735 votes against DAP incumbent MP Fong Po Kuan's 28,662 votes.

China Press reported that the police have yet to receive any report of betting on the coming election, but assured that they would be monitoring the situation.

Proof is normally difficult to gather in election betting as the betting can be in various forms.

Another state seat which punters are keen on is Piasau where Sebastian Ting from SUPP is challenging incumbent Alan Ling of DAP.

The battle is also termed as battle of secretary-generals as both hold the post in their respective parties.

In Miri, rumours abound that voters would be paid not to vote and someone would be voting in their place.

In Pujut, where four contestants are vying for the seat, the talk is that that voters would receive RM300 as incentive for supporting a candidate to win.

Barisan Nasional direct candidate Hii King Chiong was reported to have denied the rumours.

Hii, from UPP, is involved a four-cornered fight with Jofri Jarainee of PAS, Fong Pau Teck (Independent) and Ting Tiong Choon of DAP. Fong is the incumbent and was sacked by DAP in 2013 and is now with the Sarawak for Sarawakians (S4S) movement.

It was reported that the rumours were spread by Hii’s opponents to discredit him.

Is winning the bet more important than electing the right candidate? Sarawak voters will have to decide themselves.-The Ant Daily

Bagi Saya Peluang tupong Fazzrudin

by on 9:42:00 PTG
KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman meneruskan kempen hari ketujuh semalam dengan turun padang mendekati dan beramah mesra bersama penduduk Tupong.

Antara lokasi persinggahan Fazzrudin semalam ialah Kampung Sinjan yang terletak di Seberang Ulu dekat sini sempena majlis perasmian pecah tanah jambatan kampung berkenaan.

Kehadiran Fazzrudin disambut hangat oleh penduduk kampung daripada pelbagai peringkat usia yang mengibaratkan calon BN ini sebagai pendekar muda Tupong.

Dalam ucapan aluannya, Ketua Ranting PBB Kampung Sinjan Jamaluddin Buji memberi jaminan kampung ini akan tetap menjadi kubu kuat BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

Malah katanya, penduduk Kampung Sinjan juga bersedia untuk berdiri teguh di belakang calon mereka ini bagi memastikan kemenangan BN dengan undi majoriti.

“Harapan kami, calon baharu Tupong akan meneruskan agenda pembangunan yang telah dibawa oleh Datuk Daud Abdul Rahman sepanjang 25 tahun ini,” katanya.

Sementara itu Fazzruddin dalam ucapan ringkasnya menggesa penduduk mengekalkan semangat setia kawan yang tinggi antara mereka dan pemimpin masyarakat.

Semangat setia kawan ini katanya, merupakan resipi kepada pembangunan dan kesejahteraan yang dikecapi penduduk Tupong selama ini.

“Saya berharap anda akan memberi keyakinan serta peluang untuk saya membuktikan kemampuan saya sebagai wakil anda di Tupong ini.

“Saya juga berjanji akan meneruskan pembangunan yang telah dibawa oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kita di Tupong ini,” katanya.-Utusan Borneo

Sarawak Bukan Bapa Azmin Ali Punya

by on 9:39:00 PTG

Asal usul bapa kepada Ketua Menteri Sarawak memang orang Sarawak, sedangkan bapa atau datuk kepada Azmin Ali bukan sahaja tiada ada kaitan dengan orang Sarawak, malah bukan berasal dari negeri ini.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini tampil membidas kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin yang mendakwa ‘Sarawak bukan negeri bapa Adenan’.

“Memang Sarawak ini negeri bapa Adenan, bukan negeri bapa atau datuk Azmin,” katanya yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) N.8 Satok.

Abang Johari berkata demikian ketika menghadiri program anjuran Saberkas di Miri pagi tadi.

Beliau yang mempertahan keputusan Adenan mengehadkan tempoh Menteri Besar Selangor itu berkempen di negeri ini.

Azmin dalam satu ceramah di Siburan, Kuching pada sabtu berkata, Sarawak bukan negeri bapa Adenan, tetapi milik semua rakyat Sarawak.

Terdahulu, Azmin turut enggan akur kepada arahan Kerajaan Negeri pimpinan Adenan yang mahu beliau menulis surat bagi meminta kebenaran melanjutkan tempohnya berada di negeri Sarawak. - Sarawakiana

Sekolah Persendirian Cina Sarawak Dapat RM12 Juta

by on 9:28:00 PTG
SIBU – Kerajaaan negeri memberikan peruntukan sejumlah RM 12 juta bantuan kepada sekolah persendirian Cina di negeri ini.

Jelas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, beliau sedia maklum bahawa masyarakat Cina begitu mementingkan aspek pendidikan dan ini dibuktikan melalui pembukaan sekolah-sekolah persendirian di seluruh pelusuk negeri ini.

“Saya tak boleh bayangkan 85 tahun dulu masyarakat Cina membuka sekolah di sini, mungkin mereka bermula dengan bangunan kecil dengan puluhan pelajar, tetapi kini sekolah itu menjadi sekolah terbaik di Sibu dengan hampir 1,000 pelajar.

“Ini menunjukkan masyarakat Cina berpandangan jauh,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-85 penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Thai Kwang, di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Adenan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk sekolah itu sebagai tanda sokongan kerajaan negeri kepada penubuhan sekolah persendirian Cina di negeri ini.

Selain memberikan dana untuk sekolah persendirian Cina, beliau berkata, kerajaan negeri juga mengumumkan pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di negeri ini, seperti terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

“Saya juga bercakap dengan Kerajaan Pusat untuk mengiktiraf UEC di peringkat nasional.

“Saya bercakap dengan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak), dia kata boleh, tetapi beberapa kurikulum perlu diubah sedikit seperti perkara berkaitan sejarah dan memasukkan bahasa Malaysia,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut ialah calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Datuk Tiong Thai King dan calon BN DUN Bawang Assan yang juga merupakan Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Pada majlis itu, Adenan turut menerima cenderamata berbentuk tulisan kaligrafi Cina berbunyi ‘Quan Min Shou Zhang’ yang bermaksud ‘Ketua Menteri Untuk Rakyat’.-KLXpress

Sabtu, 9 April 2016

Chong gagal batal saman Tun Taib

by on 9:24:00 PG
KUCHING:Chong Chieng Jen gagal dalam cubaannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengetepikan permohonannya untuk membatalkan saman difailkan oleh bekas Ketua Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ke atasnya kerana memfitnah.

Keputusan majoriti dicapai iaitu dua daripada tiga hakim bersetuju mengetepikan rayuan dikemukakan Chong yang merupakan pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa disaman kerana ‘mempersoalkan ke mana hilangnya RM11 bilion daripada Bajet Negeri’.

Writ saman difailkan mengenai penerbitan ‘Budget Black Hole – Where did the RM11 billion go’, dalam risalah tiga bahasa yang diedar dengan meluas oleh parti itu.

Sebelum ini, Chong diarah memohon maaf secara terbuka bagaimanapun beliau enggan berbuat demikian.

Terdahulu dalam Mahkamah Tinggi Chong memohon membatalkan kes itu, tetapi permohonannya ditolak menyebabkan beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Bapanya Chong Siaw Chiang yang mewakili beliau berkata mereka akan mengemukakan semula rayuan menentang kes itu di Mahkamah Persekutuan.-Utusan Borneo

PRN Sarawak : SUPP dapat kerusi Repok

by on 9:19:00 PG
Ahli perniagaan, Datuk Seri Huang Tiong Sii diumumkan sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok sekali gus satu lagi kerusi diberikan kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Pengumuman mengenainya dibuat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, dalam majlis bersama rakyat di Sarikei, Jumaat.

Tiong Sii, 50-an, yang akan bertanding buat kali pertama dalam PRN adalah seorang pedagang kayu dengan perniagaan yang berpangkalan di Papua New Guinea.

Kerusi Repok jatuh ke tangan DAP menerusi calonnya, Wong Hua Seh dengan majoriti 2,679 dalam PRN ke 10.
Adenan yang juga Pengerusi BN negeri, turut mengumumkan dua calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Len Talif Salleh sebagai calon mempertahankan kerusi Kuala Rajang dan Abdullah Saidol kekal di DUN Semop. - BNBBC News

Khamis, 7 April 2016

Kajian: Majoriti rakyat S'wak percaya Putrajaya tak adil

by on 9:01:00 PTG
Sebahagian besar rakyat Sarawak percaya mereka dilayan secara tidak adil oleh kerajaan pusat tetapi ramai melihat keadaan mereka menjadi lebih baik sejak menyertai Malaysia, demikian menurut kajian terbaru oleh badan penyelidikan, Merdeka Center.

Lebih separuh daripada rakyat Sarawak yang ditinjau, iaitu sebanyak 54 peratus, percaya bahawa mereka dilayan secara tidak adil oleh Putrajaya.

Ini terutama di kalangan masyarakat Cina dengan 74 peratus daripada mereka berpendirian demikian.

Sentimen itu agak seragam di kalangan penduduk di Sarawak.





Namun terdapat peningkatan mendadak yang ketara bahawa negeri itu dilayan secara tidak adil oleh Putrajaya di kalangan golongan berpendapatan tinggi dan tahap pendidikan tinggi serta juga di kalangan generasi muda.

Bagaimanapun sentimen berkenan adalah terbalik apabila soalan sama ada keadaan Sarawak lebih baik selepas menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.


Hampir separuh daripada rakyat Sarawak yang ditinjau, iaitu 49 peratus, percaya bahawa negeri itu kini lebih baik, manakala satu pertiga daripada mereka, iaitu 34 peratus, percaya keadaan negeri itu lebih buruk selepas bersama Malaysia.

Sebahagian besar rakyat Sarawak yang ditinjau juga memihak negeri itu diberikan autonomi lebih besar dan menyokong kumpulan pro-autonomi Sarawak untuk rakyat Sarawak (S4S).-Malaysiakini

Rabu, 6 April 2016

Penganjur 'Tour Of Sarawak' berdepan hukuman berat

by on 6:41:00 PTG
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta agar Pejabat Pesuruhjaya Sukan menyemak bentuk tindakan dalam Akta Pembangunan Sukan yang boleh dikenakan ke atas penganjur perlumbaan berbasikal Tour of Sarawak (ToS) 2016 yang membatalkan kejohanan tersebut pada saat-saat akhir.

Katanya, tindakan penganjur itu amat memalukan dan dalam masa sama mencalarkan imej Malaysia dalam penganjuran sukan peringkat antarabangsa.

Tambahnya, syarikat dan individu yang bertanggungjawab dalam penganjuran tersebut akan disenarai hitam sekali gus tidak layak memohon lesen penganjuran sesuatu kejohanan.

“Ini menunjukkan penganjur tidak bersedia dan tidak mempunyai pembiayaan yang cukup, dan yang penting kita mahu memastikan perkara ini tidak berulang dengan meminta Pejabat Pesuruhjaya Sukan mengambil tindakan sewajarnya.

“Ini juga adalah untuk memastikan penganjur lain sedar bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak memandang ringan terhadap sesuatu penganjuran yang tidak berjaya dan penganjur yang tidak memenuhi janji kepada peserta dan kerajaan apabila memohon lesen,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Anugerah Cemerlang 2015 Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini semalam.

ToS yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 20 Mac bermula dari Miri dan berakhir di Kuching, merupakan anjuran Fadz Industries Sdn. Bhd. serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) de­ngan kerjasama kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pemba­ngunan Sosial dan Kementerian Pelancongan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata beliau tertarik dengan cadangan Majlis Para­limpik Malaysia (MPC) untuk menggabungkan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada Ogos tahun hadapan.

Katanya, cadangan tersebut dilihat mempunyai kelebihan tersendiri selain unik dan jika dilaksanakan akan menjadi yang pertama kali dilakukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut harus diperhalusi oleh Sekretariat Sukan SEA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zolkples Embong.

“Secara peribadinya saya amat tertarik dengan cada­ngan tersebut dan percaya ada kelebihan dari segi semangat kesukanan.

“Menggabungkan dua temasya yang sama dan meraikan pada masa sama adalah sesuatu yang kali pertama dalam sejarah jika diadakan, malah dapat membantu kita dari segi pengurusan kos,” katanya

- Utusan Online

Sabah Gantung Aktiviti Perniagaan Tukar Barang - Ketua Menteri

by on 6:38:00 PTG
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menggantung semua aktiviti perniagaan tukar barang berkuat kuasa serta merta di semua pelabuhan di negeri ini sebagai langkah drastik untuk mengekang sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penculikan.


Penggantungan itu merupakan satu daripada lapan keputusan dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet Negeri pada Rabu yang diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berikutan insiden penculikan rakyat Malaysia di perairan Pulau Ligitan Jumaat lalu oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri itu, Musa berkata mesyuarat turut memutuskan menggantung serta merta semua aktiviti perniagaan secara 'transhipment' atau pemindahan ke kapal, termasuk perdagangan petroleum dan gas di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dan menangguhkan cadangan pelaksanaan perkhidmatan feri penumpang antara Kudat di Sabah dan Palawan di Filipina.

Katanya Kabinet juga memutuskan supaya semua perkara yang menyalahi peraturan dalam aktiviti pelayaran, perdagangan di laut dikuatkuasakan sepenuhnya mengikut perundangan oleh semua agensi penguatkuasaan di timur Sabah.

Dengan keputusan itu, katanya semua kapal, termasuk kapal luar, dan bot yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang serta mengancam keselamatan negara tidak akan dibenarkan memasuki perairan Sabah.

Musa berkata Kabinet juga memutuskan supaya konsep pelaksanaan perintah berkurung akan diubah suai serta berkuat kuasa sepenuhnya termasuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap sesiapa sahaja atau bot dan kapal yang melanggar arahan pihak berkuasa di Esszone.

"Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) juga sedang meneliti ancaman-ancaman keselamatan di sebalik penggunaan 'pump boat' di Sabah. Semua penggunaan pump boat akan diperiksa oleh pihak berkuasa dan mana-mana individu atau kumpulan bukan warganegara yang didapati menggunakan pump boat akan dirampas serta merta oleh pihak berkuasa," katanya.

Katanya penelitian juga akan dibuat secara mendalam untuk melaksanakan tindakan pencegahan bagi kegiatan-kegiatan perampasan serta penculikan terhadap kapal-kapal perdagangan di perairan berisiko di pantai timur Sabah termasuk memberi perlindungan keselamatan oleh pihak berkuasa namun pelaksanaannya kelak perlukan kerjasama pemilik kapal serta penyelarasan berkesan.

Selain itu, beliau berkata tindakan agresif tanpa kompromi juga akan dijalankan serta merta untuk mengukuhkan keselamatan di timur Sabah oleh semua agensi mengikut kuasa dan perundangan semasa yang berkuasa.

"Inilah yang telah kita bincangkan tadi dalam Jemaah Menteri dan ini semua dipersetujui. Bagi kita, ini merupakan kaedah terbaru yang kita ambil kerana selama ini (ada pihak menganggap) seolah-olah kita tidak mengambil berat perkara ini.

"Apa sahaja yang masuk ke negara kita, kita akan ambil tindakan segera termasuk kepada pedagang sebab kita tidak tahu siapa pedagang sebenar atau mungkin orang yang tidak diingini datang secara haram ke perairan kita," katanya.

Ketua Menteri berkata langkah itu diambil bagi menunjukkan betapa seriusnya kerajaan negeri dalam usaha menangani masalah dari segi keselamatan termasuk penculikan, dan menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri dan persekutuan tidak bersungguh-sungguh menangani masalah keselamatan di perairan Sabah.

Musa menegaskan kerajaan memandang serius soal keselamatan atas kesedaran bahawa ancaman itu bukan sahaja akan mendatangkan masalah kepada rakyat dan Sabah sahaja tetapi juga terhadap negara keseluruhannya.

"Kita juga minta kerajaan Filipina supaya mengambil berat mengenai perkara ini (penculikan rakyat negara ini oleh pihak tidak bertanggungjawab di Filipina).

"Perkara ini memberi kesusahan kepada negeri kita Sabah sehingga kita merasa tidak wujud keselamatan di negeri kita. JKKN mengambil langkah seperti ini untuk memberi isyarat kepada pihak sebelah sana (Filipina) bahawa kita amat serius dengan apa yang berlaku di negeri kita dan kegiatan pihak tidak bertanggungjawab dari negara jiran," katanya.

RM200j dikena ngaga kompleks opis perintah, palan konferens di Serian

by on 6:22:00 PTG
SERIAN: Serian udah ditetap nyadi sebuah Bagi Menua pengudah Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem nyebut pasal pekara nya kena 11 April 2015, ke alai Bagi Menua Serian tu mungkur kandang menua Tebedu enggau Siburan.

Enggau nya,Serian nyadi Bagi Menua ke-12 di Sarawak, patut ngembuan Opis perintah enggau ejensi kediri empu ngambika enda betanya sentang pemansang ba bagi menua nya ngagai Bandaraya Kuching.

Kemari, Adenan lebuh bejadika sebuah komplek Opis Perintah Menua ti deka digaga Borneo Development Corporation (BDC) ke ungkus RM100 juta, Pasar Baru Serian ke deka nyengkaum urung 500 lebih genturung pendiau sereta 200 lebih rumah kedai baru sereta palan komersial, nyengkaum bejadika palan endur ngatur konferens besai ke deka digaga enggau rega RM80 juta ti muat endur urung 2,000 iku sekali baum.

“Diatu Serian udah nyadi Bagi Menua kediri empu, lalu sigi patut bisi komplek opis perintah kediri empu.

“Kos semua kompleks nya nyengkaum palan konferens bisi dalam RM200 juta ti deka digaga chara berenggat,” ku Adenan.

Iya madah munyi nya lebuh bejadika Komplek Opis Perintah Menua, Palan Konferens Serian, sereta Pasar Baru Serian di Dewan SJK ( C) Chung Hua ditu, kemari.

Ba atur pengawa nya mega, Adenan lalu nyuaka geran ngagai SJK Chung Hua Serian RM100,000, ngambika bisi dikena sekula nya ngemansangka sekula sida.

Kelimpah ari nya, Adenan mega lalu nyuaka urung 44 iti Setipikit Mangku Pengawa nyadi Temenggung/Ketuai Pupu Bansa/Kapitan ke Bagi Menua Serian 2016 nyengkaum nyuaka Pala Tanah sereta etipikit Terima Kasih ngagai raban orang ti udah nyuaka bantu.

Ba atur pengawa nya mega, Adenan ngarapka mensia mayuh ke diau di Bagi Menua nya terus nyukung Barisan Nasional (BN) baruh pegai Adenan, tauka di sebut iya ‘Tim Adenan’.

“Aku ngarapka kita semua deka meri kami peluang lima taun agi…Dua taun aja enda chukup.

“Enti kita meri kami mandat ke besai, aku deka bejaku ngarika kita di Kuala Lumpur,” ku iya.

Ba Pengawa Bepilih Besai Kunsil Nengeri Ke-11 (PRN ke-11) sekali tu ku iya, bisi 11 iti kerusi/sitak baru nambah ari 71 kerusi ke dikembuan Sarawak ngelama tu, ti ngujungka semua penyampau kerusi nya nyadi 82 kerusi, ku iya.

“Ari 11 iti kerusi/sitak baru nya, 2 iti kerusi baru diungkupka bansa Bidayuh, lalu ngujungka semua kerusi di sitak Bidayuh bisi 8 iti kerusi (2 iti kerusi baru, lalu 6 iti agi kerusi di sitak baka selama tu),” ku iya.

Kelimpah ari nya iya madah, dalam kandang dua taun udah mangku pengawa nyadi Kepala Menteri, urung 50 pemutus udah digaga iya ke mungkur minta kuasa autonomi diberi pulai baru ngagai Sarawak nitihka Sempekat Malaysia, Royalti Minyak 20 peratus agi ti benung diperundingka, pom opis perintah nadai agi ngena bansa ‘lain-lain’, sereta mayuh agi pemutus bukai ke meri penguntung ngagai Sarawak ti deka dipejalaika.-Borneo Post

Kerajaan Pusat Perlu Benar Sarawak Bina Syarikat Minya dan Gas Sendiri

by on 6:20:00 PTG
KUCHING : Sarawak harus diberi autonomi untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri agar ia mendapat lebih hak untuk menguruskan kewangan negeri dan cukai dalam industri itu.

Setiausaha Publisiti Sosialis Muda DAP (DAPSY) Petra Jaya, Abdul Aziz Isa, berkataakta baru perlu digubal untuk membolehkan kerajaan negeri menubuhkan syarikat minyak dan gas yang boleh dinamakan Syarikat Gas & Petroleum Sarawak Berhad (GPS).

Katanya, proses audit syarikat kerajaan negeri itu perlu diletakkan di bawah tanggungjawab Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan sebarang salah laku dan pembaziran.

Beliau berkata, oleh kerana jumlah sumbangan kewangan Petronas kepada ekonomi Malaysia mencapai sehingga RM1.11 trilion dalam tempoh 40 tahun, ia dapat membantu Sarawak jika negeri mempunyai syarikat minyak sendiri.

“Cuba bayangkan, jika 20 peratus daripada RM1.11 trilion hasil Petronas yang disumbangkan kepada kerajaan Persekutuan dalam bentuk royalti itu dibayar kepada negeri ini sejak 1974, sebanyak RM222 bilion boleh digunakan untuk membangunkan Sarawak.

“Sarawak juga tidak perlu menunggu 53 tahun untuk memujuk kerajaan membina Lebuhraya Pan Borneo. Infrastruktur lebih baik, air bersih serta bekalan elektrik dan sistem perparitan yang lebih efisien dapat dibina untuk manfaat rakyat negeri ini.

“Lagipun, satu peratus daripada jumlah royalti sebanyak RM222 bilion itu boleh digunakan bagi menyelesaikan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM2.5 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

Aziz turut berpendapat bahawa bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan syarikat minyak negeri itu, sebuah badan pengawasan eksekutif perlu diwujudkan untuk melapor mengenai status pengurusan, operasi dan kewangan dari semasa ke semasa kepada Menteri Kewangan.

“Jika cadangan saya ini diterima, syarikat GPS itu mestilah milik sepenuhnya kerajaan negeri dan badan pengawasan eksekutif perlu ditubuhkan bagi mengelak ketirisan dan salah guna dana berlaku.

“Penyata kewangan tahunan GPS pula mesti dibawa ke DUN Sarawak oleh Menteri Kewangan supaya salah guna kuasa dan amalan kronisme, nepotisme dan rasuah dalam pengurusan syarikat dapat dihalang.

“Dividen dan cukai daripada GPS boleh disalurkan kepada Tabung Amanah Persaraan Sarawak (TAPS) yang diuruskan kerajaan negeri. Ia bakal menjadi satu dana untuk melindungi kekayaan minyak di negeri ini untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan bahawa syarikat itu diuruskan oleh golongan profesional Sarawak sendiri dari pelbagai kaum seperti Melanau, Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu agar ia dimiliki sepenuhnya oleh negeri Sarawak.

“Sudah tiba masanya untuk Sarawak berdiri di atas kaki sendiri dan hasil sumber asli negeri ini dikembalikan. Ia satu langkah penting bagi meningkatkan pembangunan infrastruktur dan servis untuk rakyat tempatan,” katanya.

– Roketkini.com

Pakatan Harapan Lemah Di Sarawak

by on 6:18:00 PTG

KUCHING: Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara dilihat lemah dan tidak mempunyai kerjasama kuat yang boleh menggugat Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang, kata penganalisis politik.

Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Faisal S. Hazis berkata ini disebabkan sehingga kini belum ada konsensus rasmi yang dicapai oleh ketiga-tiga parti dalam komponen pakatan itu menjelang PRN.

"Ketika era Pakatan Rakyat dahulu pun ketiga-tiga parti (termasuk PAS) sukar untuk menawan kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) Sarawak tapi kalau dah tiada persefahaman dan kini tubuh pula pakatan baharu makin susah mereka untuk menang," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata keadaan Pakatan Harapan bertambah rumit apabila PAS yang sudah terkeluar daripada blok pembangkang itu turut akan bertanding bagi beberapa kerusi yang akhirnya mewujudkan persaingan tiga penjuru atau lebih.

Justeru, Faisal berkata BN tidak perlu bimbang kerana sekiranya keadaan ini berterusan, maka agak sukar untuk Pakatan Harapan, termasuk PAS, menawan kerusi DUN yang memang dikuasai sekian lama oleh BN.

Senada dengannya, Pensyarah Kanan Sejarah China Moden dan Sejarah Malaysia (Sarawak) Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Suffian Mansor menyifatkan mustahil untuk blok pembangkang menawan hati pengundi Sarawak dengan menggunakan isu dari Semenanjung mahupun isu berkaitan tempatan.

"Mereka tidak faham situasi dan politik di sini. Jadi agak sukar dan mustahil bagi PKR dan PAS untuk memenangi kerusi kali ini. Memang tiada harapan.

"Kecuali DAP. Itu pun jika tidak berlaku perebutan kawasan dengan PKR," katanya.

Beliau menjelaskan faktor lain yang mungkin memberi sedikit peluang dan ruang kepada pembangkang adalah berlakunya ketidakpuasanhati calon, atau kerusi di kalangan komponen BN yang kerap berlaku dalam mana-mana pilihan raya.

Menurutnya, jika isu tersebut tidak ditandingi dengan baik dan cepat, kedudukan dan kekuatan BN mungkin tergugat sekaligus merencatkan kemenangan bersih mereka.

Sebelum ini, komponen Pakatan Harapan Sarawak terdiri daripada DAP mengumumkan akan bertanding bagi 30 kerusi, manakala Amanah 13 kerusi, dan PKR pula dijangka bertanding bagi 40 kerusi DUN namun masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

PAS yang tidak termasuk dalam Pakatan Harapan pula turut mengumumkan akan bertanding bagi 11 kerusi DUN pada PRN ini, yang menyaksikan sebanyak 11 kerusi DUN baharu diperkenal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun lepas, menjadikan kesemuanya 82 kerusi.

Pada pilihan raya negeri 2011, BN menguasai 55 daripada 71 kerusi dalam DUN Sarawak manakala DAP memenangi 12 kerusi (Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawa, Jepok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau, dan Pujut, yang wakil rakyatnya dipecat daripada parti pada 2013), PKR (Batu Lintang, Krian dan Ba'Kelalan) dan satu kerusi disandang wakil bebas (Pelagus).

Sementara itu Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui Bernama menasihatkan parti luar yang asing dengan budaya Sarawak supaya tidak terlalu yakin untuk bertanding dalam PRN kali ini.

Wan Junaidi, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata masyarakat di Sarawak tidak memerlukan pengaruh asing dari luar yang cuba memainkan sentimen benci dan perpecahan di kalangan kaum di negeri ini hanya atas dasar mahu memenangi PRN.

"Perjuangan mereka bukan mirip bantu Bumiputera atau demokrasi. Politik yang dibawa mereka telah mula berubah kepada lebih agresif, maki hamun dan ada unsur pemusnahan karakter," katanya.

-- BERNAMA

Mahkamah benar lelaki keluar islam, tukar nama

by on 11:27:00 PG
KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan seorang lelaki Bidayuh dibawa memeluk Islam oleh ibu bapanya ketika berusia 10 tahun untuk keluar Islam dan menjadi seorang Kristian.

Hakim Datuk Yew Jen Kie membuat keputusan mengenai permohonan dikemukakan oleh Azmi Mohamad Azam Shah @ Roneey Rebit, 41.

Keputusan itu dibuat tanpa kehadiran pemohon yang sekarang bekerja di luar negara.

Yew membuat deklarasi bahawa pemohon adalah seorang Kristian dan mengarahkan responden pertama dan kedua mengeluarkan surat pelepasan dari agama Islam, selain menukar namanya daripada Asmi Mohamad Azam Shah kepada Roneey Anak Rebit dalam kad pengenalan serta menukar agama Islam dalam kad pengenalannya kepada Kristian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketika membuat penghakiman itu, Yew berkata keputusan itu dibuat di bawah Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan agama.

Menurutnya, pemohon menukar agama ketika dia masih bawah umur dan mengikuti ibu bapanya ketika berusia 10 tahun kerana tiada pilihan dan bukan atas kerelaan hati sendiri.
Oleh yang demikian, pemohon tidak boleh dianggap sebagai seorang individu menganuti agama Islam.

Roneey diwakili sepasukan peguam terdiri daripada Chua Kuan Ching, Simon Siah dan Cindy Chow dari Simon Siah, Chua and Chow Advocates.

Responden pertama, kedua dan keempat iaitu Jabatan Agama Islam Sarawak, Majlis Islam Sarawak dan kerajaan diwakili penasihat undang-undang negeri Hisyammudin Roslan, manakala Ketua Pengarah JPN diwakili peguam kanan persekutuan Leo Saga.

Turut hadir sebagai pemerhati kes adalah ahli-ahli Persatuan Peguam Sarawak (AAS) dan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), Kuching Ministries Fellowship (KMF) dan Persatuan Buddha selain ahli keluarga pemohon.

Kes itu merupakan kes penting di Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan permohonan melibatkan kes menukar agama dari Islam di negeri ini. - Utusan Borneo.

Penculikan lebih bermotifkan wang, bukan agama

by on 11:24:00 PG
KUCHING: Penyelesaian dari sudut ekonomi perlu dicari bagi menamatkan beberapa siri penculikan membabitkan rakyat negara ini.

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata ini kerana insiden penculikan berlaku ketika ini tidak lagi berkaitan isu keagamaan tetapi lebih kepada wang.

Menurutnya selagi manusia dianggap sebagai komoditi perdagangan, penculikan akan menjadi ‘perintah harian’ yang akan dilakukan bagi memperoleh pendapatan lumayan.

“Tiada lagi tempat yang selamat! Ia boleh berlaku di darat, laut seterusnya bandar kita.

“Insiden penculikan yang berlaku dewasa ini bukan lagi disebabkan isu keagamaan. Ia adalah soal wang, keuntungan.

“Oleh itu kita harus mencari penyelesaian dari sudut ekonomi, bagaimana menjadikan penculikan satu perniagaan yang berisiko kepada penculik,” katanya.

Beliau berkata dengan penyelesaian itu, penculik akan berasa tindakannya itu tidak berbaloi jika pada masa sama menghargai kehidupan.

Sehubungan itu, katanya rundingan dengan penculik tidak perlu sebaliknya negara menerusi anggota keselamatan melindungi wilayah Malaysia dengan bersungguh-sungguh dan jika perlu menggunakan kekerasan.

“Kita lupakan mengenai wilayah asing dalam usaha mendapat semula atau menyelamat rakyat negara kita yang diculik.

“Di mana sahaja rakyat kita disembunyikan ia sudah tentu di negara asing, kita memburu penculik-penculik ini.

“Penganas-pengganas terbabit tidak memahami undang-undang. Kenapa kita perlu mengambil tindakan berhati-hati dengan mereka atau negara tempat mereka bersembunyi,” ujarnya.

Masing berkata amaran keras harus diberi kepada negara tempat penculik bersembunyi dan pada masa sama mengambil tindakan sewajarnya serta pantas kerana mereka hanya menghormati ‘kekuatan dan senjata’.

“Kawasan perairan timur Sabah, mengingatkan saya kepada laut-laut di Somalia, lanun-lanun di situ bebas merompak atau mendapatkan kapal-kapal yang melalui perairan tersebut.

“Sekarang laut-laut di kawasan itu (Somalia) agak selamat berbanding sebelum ini. Bagaimana mereka melakukannya? Belajarlah daripada pasukan keselamatan negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden penculikan empat rakyat Malaysia yang berasal dari Sibu diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, dekat Semporna, Sabah kira-kira jam 6.15 petang Jumaat lepas.

Mereka yang diculik ialah Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chi, 29, (adik beradik), Johnny Lau Jung Hien, 27 dan Wong Hung Sing, 34.

Bernama melaporkan mereka merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Dilaporkan kapal berkenaan turut membawa lima lagi individu yang masing-masing warga Myanmar dan Indonesia tetapi mereka dilepaskan oleh kumpulan bersenjata tersebut.

November tahun lalu negara dan rakyat Sarawak khasnya dikejutkan dengan insiden pembunuhan kejam rakyat Sarawak Benard Then, 39, selepas mendiang bersama pengurus sebuah restoran Thien Nyuk Fun, 50, (rakyat Sabah) di Sandakan diculik sekumpulan bersenjata pada 14 Mei 2015.

Pada 8 November 2015, pada mulanya kumpulan bersenjata itu (kumpulan Abu Sayyaf) menuntut RM2.7 juta atau 30 juta peso sebagai wang tebusan untuk membebaskan Then dan Thien.

Dilaporkan kumpulan berkenaan hanya melepaskan Thien selepas mendapatkan RM2.7 juta dan meminta wang tebusan tambahan jika mahu Then dibebaskan.

Namun Then dipenggal kepalanya di lokasi terpencil di Kepulauan Jolo pada 11 November lalu dan kepalanya dikatakan ditemui kira-kira seminggu kemudian.-Utusan Borneo

Kami Tidak Akan Bawa UMNO Ke Sarawak-PBB

by on 11:21:00 PG
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abang Johari Openg hari ini menafikan khabar angin bahawa parti komponen BN itu akan cuba menubuhkan Umno di Sarawak.

"Saya ingin nyatakan dengan jelas, bahawa kita tidak akan membawa Umno ke Sarawak, sama ada oleh pemimpin semasa atau masa hadapan," kata Abang Johari kepada pemberita selepas taklimat pilihan raya parti hari ini.

Umno tidak wujud secara rasmi di Sarawak. Pemimpinnya tidak pernah dihalang daripada memasuki negeri ini.

Abang Johari juga menafikan pembabitan Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof dalam melobi untuk membawa Umno.

"Fadillah dikatakan sebagai pemimpin yang cuba membawa masuk Umno.

“Dulu mereka gunakan nama saya tetapi sekarang bahawa saya telah tua, mereka kata Fadillah pula akan membawa masuk Umno," katanya.

PBB menguasai 35 daripada 71 kerusi negeri dan dijangka meletakkan calon untuk bertanding di 11 kerusi baru yang diwujudkan November lalu.

Ditanya mengenai jaminan bahawa Umno tidak akan menjejak ke Sarawak, Abang Johari berkata kedua-dua komponen itu mempunyai "persefahaman bersama" bahawa PBB adalah tulang belakang BN negeri.

"Terdapat perbezaan yang besar antara Umno dan Sarawak, kerana di Sarawak kita mempunyai bumiputera dengan latar belakang yang berbeza-beza.

“Dalam Umno, mereka tidak mempunyai demografi seumpama itu. Terdapat perbezaan. Senario ini berbeza,” katanya.