Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Rabu, 5 Julai 2017

Ditangkap Hina Agong

by on 3:05:00 PTG
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Polis menahan pemilik sebuah akaun laman media sosial popular kerana disyaki menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial itu baru-baru ini.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman rasmi Twitternya hari ini.

Beliau berkata penahanan pemilik akaun itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan beliau turut mengucapkan syabas kepada jabatan berkenaan.

Pengguna laman sosial tersebut didakwa memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting dengan gambar kurang sopan berserta ucapan Selamat Hari Raya pada 25 Jun lepas, yang merupakan hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun, individu berkenaan difahamkan telah memuat naik kenyataan di laman sosialnya pada 1 Julai lepas menafikan bahawa dia telah menghina Sultan Muhammad V selain telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Selasa, 14 Mac 2017

Pegawai Imigresen Terlibat IS Atau Kerana Wang

by on 10:06:00 PG
Sejak setahun lalu, seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Sandakan dalam diam-diam menerima bayaran bagi membantu menjamin laluan selamat untuk anggota militan dari Indonesia dan Filipina.

Pegawai wanita berusia 31 tahun itu dipercayai mengaturkan untuk mereka ke Filipina melalui Sabah walaupun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Dia (pegawai wanita) memainkan peranan dalam memberikan akses masuk ke Sandakan untuk mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah, termasuk anggota militan IS,” menurut sumber.

Siasatan kini berjalan bagi menentukan sama ada pegawai itu melakukannya demi wang atau sebahagian daripada misi IS bagi suspek.

Setakat ini, dikenal pasti dia telah membantu tiga anggota militan.

Pegawai imigresen berkenaan ditahan pada Khamis lepas.

Enam individu lagi ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas IS dalam operasi khas selama lima hari yang dilakukan oleh Bukit Aman di Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Rabu lepas sehingga Ahad.

Sumber berkata, penahanan suspek di Kota Kinabalu dan Sandakan menunjukkan IS secara agresif menggunakan Sabah sebagai laluan transit bagi membawa lebih ramai anggota militan ke selatan Filipina.

“Kumpulan pengganas merancang untuk menjadikan selatan Filipina sebagai pangkalan mereka di Asia.

“Ia juga merupakan destinasi kedua buat anggota militan dari Asia Tenggara yang tidak dapat ke Syria,” jelas sumber.

Salah seorang daripada tujuh suspek (baju merah) yang ditahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pegawai itu ditahan bersama dua warganegara Filipina bertaraf pemastautin tetap Malaysia – wanita berumur 53 tahun dan lelaki 40 tahun.

Dua suspek bertaraf pemastautin tetap itu dipercayai membantu penyusupan masuk tiga anggota Daesh Indonesia ke selatan Filipina melalui Sabah.

“Penangkapan dilakukan pada 8 Mac di Kota Kinabalu melibatkan dua lelaki iaitu seorang warga Filipina yang berusia 18 tahun yang merupakan anggota kumpulan pengganas Daesh dan seorang lagi merupakan pemastautin tetap warganegara Filipina berumur 27 tahun,” kata Khalid.

Khalid menjelaskan warganegara Filipina itu merupakan anggota Daesh yang berbaiah dengan Isnilon Hapilon iaitu Amir kumpulan Daesh di selatan Filipina manakala warga Filipina berstatus pemastautin tetap itu pula bertanggungjawab mengumpul dana kepada Dr Mahmud Ahmad dan Mohamad Joraime Awang Raimee iaitu rakyat Malaysia yang telah menyertai Daesh sejak 2014 di selatan Filipina.

“Turut ditahan ialah seorang mekanik wargananegara Filipina berumur 36 tahun di Sandakan kerana merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai kumpulan Daesh dan pada 12 Mac lepas, seorang lelaki warga tempatan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang bertujuan menyertai kumpulan Daesh dengan bantuan Abu Fateh yang merupakan anggota kumpulan Daesh dari Sulawesi, Indonesia,” kata Khalid.

Sebelum ini lelaki berkenaan pernah ditahan oleh pihak berkuasa Turki bersama-sama beberapa anggota kumpulan Daesh warganegara Indonesia.

Beliau berkata, ketujuh-tujuh mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) akan juga disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Selasa, 3 Mei 2016

Kes Pukul: Pemilik Pusat Snuker Dicari

by on 9:54:00 PTG
KUALA LUMPUR: Pemilik pusat snuker yang dikenali sebagai Chong Kai Weng @ Kelvin, 32, dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung seorang lelaki yang maut dipukul di Jalan Intan Baiduri, Kepong Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian kira-kirapukul 8.45 malam itu, abang mangsa menerima panggilan daripada isteri mangsa yang memaklumkan mangsa telah dipukul di hadapan pusat snuker tersebut oleh lima lelaki.

Katanya mangsa yang parah dibelasah kemudian dibawa menaiki kereta oleh suspek sebelum ditemui oleh orang awam di kawasan letak kenderaan di Taman Baiduri, Kepong kira-kira pukil 10 malam.

"Abang mangsa yang mendapat maklumat dari orang awam terus pergi ke lokasi kejadian sebelum membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri ketika tiba di hospital akibat pendarahan dalam otak dan kemudian dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh,"katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, Selasa.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 7 malam keesokan hari akibat hentakan kuat di kepala.

Munusamy berkata siasatan mendapati kejadian berlaku susulan dua kes samun yang dilakukan mangsa ke atas pusat snuker tersebut pada April lalu.

Katanya mangsa turut mempunyai rekod jenayah lampau kes dadah dan curi kenderaan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau tampil di mana-mana balaiterdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Bernama

Isnin, 11 April 2016

Wanita Buang Bayi Dilanjutkan Reman

by on 11:37:00 PG
KOTA BHARU - Tempoh tahanan reman terhadap seorang wanita yang tergamak membuang mayat bayi perempuannya berhampiran pagar Klinik Kesihatan Peng- kalan Chepa di sini pada minggu lalu dilanjutkan selama dua hari lagi.

Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 26 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Faizah Ab­dullah di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini semalam.

Reman berkenaan bermula semalam bertujuan untuk melengkapkan siasatan kes. Sebelum ini suspek ditahan reman selama empat hari yang dikeluarkan mahkamah sama ketika dirawat di Hos­pital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Akhbar baru-baru ini mel- aporkan, seorang ibu tergam- ak membuang bayi peremp­uan yang baru dilahirkannya dalam semak sehingga bayi malang itu meninggal dunia akibat kehausan selama 12 jam.
Bayi itu ditinggalkan dalam semak di tepi pagar Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini pada Selasa lalu sebelum dua kakitangan klinik menemui mayat bayi kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita yang berasal dari Bachok ketika dia men- dapatkan rawatan lanjut di HRPZ II di sini kira-kira pukul 11.30 malam hari yang sama.

Wanita yang telah berkah- win itu mempunyai dua orang anak berusia lima ta­hun dan setahun empat bu- lan.

Namun, wanita . itu mempunyai masalah rumah- tangga, manakala suaminya seorang penagih dadah yang sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah.

VIDEO-Mayat Seorang Wanita Mangsa Bunuh Ditemui Dalam Gaung Di Gombak

by on 11:15:00 PG


GOMBAK - Mayat seorang wanita tanpa identiti yang dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kaki dan tangannya terikat dengan pita pelekat di dalam gaung di Batu 20, Gombak Lama menghala Genting Sempah di sini semalam.

Mayat itu ditemui beberapa peserta larian dan berbasikal pertandingan Route 68 Chal­lenge 2016 selepas terhidu bau busuk ketika melalui jalan utama pada pukul 9.30 pagi.

Satu sumber berkata, mangsa yang dipercayai warga tempatan itu mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang ke dalam gaung tersebut.

Katanya, polis terpaksa meminta bantuan pihak bomba untuk menaikkan mayat itu berikutan ia terhumban lebih 30 meter ke datum gaung.

"Mayat ditemui dalam kead- aan tertiarap memakai baju-T warna merah dan berseluar pendek warna kelabu.
"Hasil pemeriksaan men- dapati, kaki dan tangan man­gsa diikat dengan pita pelekat malah, pasukan forensik polis yang menjalankan siasatan di lokasi turut menemui dua kesan tikaman di bahagian kanan leher mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Menurut sumber itu lagi, identiti mangsa belum diketahui berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui setakat ini.

"Polis tidak menemui barangan lain mangsa di tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti mangsa dan motif pembunuhan," ujarnya.
Tambahnya lagi, mangsa dipercayai telah mati sejak seminggu lalu berikutan keadaan mayatnya sudah kembung dan berulat.

Sementara itu, Ketua Po­lis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad (gambar kecil) ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lum­pur untuk dibedah siasat.

-Kosmo 11 4 16

Sabtu, 9 April 2016

Jika Sabit Kesalahan Rafizi Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 16 Tahun

by on 12:33:00 PTG
Rafizi Ramli, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tiga tuduhan memiliki dan mendedahkan Laporan Pengauditan l Malaysia Develop­ment Bhd (lMDB) serta menyiarkan tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH).

Mahkamah Sesyen
1-Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran sah halaman 98 Laporan Pengauditan lMDB, di lobi Bangunan Parlimen, di sini jam 3 petang, 24 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(l)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

2-Rafizi didakwa mendedahkan kandungan laporan berkenaan dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(l)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

- Tuduhan 1 dan 2 Rafizi diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin

Mahkamah Majistret
3-Rafizi turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyiarkan tohmahan terhadap TH di laman www.rafiziramli.com yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu di bangunan TH, Jalan Tun Razak di sini, jam 9 pagi, 18 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

- Tuduhan 3 Rafizi diikat jamin RMl,000 dengan seorang penjamin
Keseluruhan hukuman penjara dari tiga tuduhan jika disabitkan kesalahan,Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli adalah 16 tahun.

Dua Pelajar Cedera Diserang, 16 Ditahan

by on 9:41:00 PG
KUALA LUMPUR: Dua pelajar sekolah menengah dipercayai menjadi mangsa kesilapan identiti setelah tersepit dalam pertelingkahan beberapa kumpulan pelajar sekolah dan individu di Jalan Wangsa Siaga di sini.
Dalam kejadian 2 petang semalam, kedua-dua pelajar berkenaan menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari sekolah telah bertembung dengan beberapa kumpulan tersebut, yang kebanyakkan mereka menaiki motosikal.

Pelajar itu tiba-tiba dikejar lalu diserang kumpulan itu, yang menggunakan batang kayu, topi keledar dan batang besi.

Beberapa penduduk setempat, yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu mereka dan memaklumkan polis.

Polis tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata: "Akibat serangan itu, dua pelajar mengalami kecederaan di kepala dan mereka dibawa ke Hospital Ampang."

Zainuddin berkata salah seorang pelajar tersebut menerima 10 jahitan di kepala dan seorang lagi tujuh jahitan.

Susulan kejadian itu, polis menahan 12 individu di tempat kejadian semalam, manakala empat lagi ditahan hari ini, dan kesemua mereka berumur antara 16 dan 18 tahun.

Mereka akan membantu siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, menurut sumber polis.

Sumber itu berkata pergaduhan itu melibatkan empat kumpulan daripada beberapa sekolah di sekitar Wangsa Maju, Keramat dan Ampang.

Difahamkan polis kini mencari 51 individu lagi bagi membantu kes berkenaan.

Khamis, 7 April 2016

Penahanan Rafizi Mengikut Undang-Undang Bukan Ikut Nafsu

by on 8:31:00 PTG

Ahli Parlimen pembangkang terus mempertikaikan penahanan Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat,Rafizi Ramli seolah-olah penahan itu tidak mengikut undang-undang.

Ketika Rafizi Ramli melakukan perkara yang boleh menyebabkan beliau ditahan tidak pula Ahli Parlimen dan penyembah parti-parti pembangkang melarang Rafizi supaya tidak melakukan perkara yang dibolehkan ditahan mengikut Seksyen 18 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Setelah ditahan kira-kira pada pukul 6.20 petang Selasa makanya munculah pakar undang-undang tidak bertauliah cuba memperjuangkan atau mempertahan Rafizi secara buta tuli.

Apakah Ahli Parlimen pembangkang dan penyembah parti pembangkang ingat pihak polis tidak tahu undang-undang dan melakukan penahanan Rafizi mengikut saluran nafsu serakah.

Manakala Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Majlis Parlimen tidak boleh mencampuri urusan penahanan anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana kuasa polis untuk mengambil tindakan itu diperuntukkan di bawah undang-undang yang digubal Parlimen.

Kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menjawab pertikaian beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang kononya penahanan Rafizi tidak menghormati institusi Parlimen kerana berlaku ketika Dewan Rakyat sedang bersidang dan mahu Yang Dipertua Dewan Rakyat campur tangan berhubung penahanan itu.

Seksyen 8 Akta itu menyebut "Jika seseorang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau secara munasabah disyaki telah melakukan, atau cuba melakukan, atau akan melakukan, kesalahan itu, dia boleh ditahan tanpa waran tangkap".

Pandikar Amin berkata, Rafizi difahamkan ditahan polis apabila beliau keluar dari pintu utama Parlimen dan penahanan itu bagi maksud menjalankan siasatan terhadapnya bagi mengenal pasti pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Seksyen 8 Akta itu menyebut "Jika seseorang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau secara munasabah disyaki telah melakukan, atau cuba melakukan, atau akan melakukan, kesalahan itu, dia boleh ditahan tanpa waran tangkap".

Pandikar Amin berkata, Rafizi difahamkan ditahan polis apabila beliau keluar dari pintu utama Parlimen dan penahanan itu bagi maksud menjalankan siasatan terhadapnya bagi mengenal pasti pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa secara eksklusif untuk mentadbir perjalanan dan pengurusan Dewan Rakyat.

"Ini termasuklah hal-hal keselamatan ahli-ahli Parlimen dan mana-mana orang yang berada di dalam Parlimen dan kawasan sekitarnya dan perjalanan kuasa dan perlindungan yang diberikan kepada ahli Parlimen berserta keistimewaan di bawah undang-undang yang terpakai," katanya.

Menyentuh sama ada penahanan itu melanggar kuasa dan keistimewaan anggota Parlimen, Pandikar Amin berkata kuasa itu tidak mutlak dan masih tertakluk kepada undang-undang lain yang sedia ada.

Namun demikian, Pandikar Amin berkata makluman mengenai penahanan tersebut sewajarnya dikemukakan kepada beliau selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi membolehkan perkara tersebut dimaklumkan kepada Majlis Mesyuarat.

Tambahan pula, katanya, penahanan itu dibuat di luar perkarangan Parlimen yang jelas berhampiran dengan Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

"Ini selaras dengan tanggungjawab yang diberikan kepada pihak polis melalui usul di bawah Mesyuarat 1 (e) untuk memastikan keselamatan dan keharmonian Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung," katanya.

Penahanan Rafizi Ikut Undang-Undang: Ahmad Zahid

by on 7:53:00 PTG
PUTRAJAYA: Tindakan polis menahan Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli di luar bangunan Parlimen Selasa lepas adalah mengikut undang-undang sedia ada, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas dakwaan bahawa tindakan menahan Rafizi itu menyalahi Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan membuat keputusan pada Khamis bagi menjawab segala persoalan itu.

"Saya yakin keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini akan menjawab semua persoalan itu.

"Saya yakin tindakan yang dilakukan oleh polis berdasarkan undang-undang sedia ada dan telah diluluskan oleh anggota Parlimen yang dahulu atau yang sekarang," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini Khamis.

Rafizi, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), ditahan kira-kira 6.20 petang dua hari lepas sejurus keluar dari bangunan Parlimen bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Sebelum ini, LTAT dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaannya mengenai pembayaran gratuiti kepada veteran LTAT.

Pengerusi LTAT Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata dakwaan Rafizi itu adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT. - BERNAMA

Syarikat binaan, peniaga didenda akibat gagal daftar GST

by on 3:59:00 PTG
JOHOR BAHRU Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhi denda RM15,000 atau penjara enam bulan terhadap se- buah syarikat pembinaan yang gagal didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 sebelum tarikh ditetapkan.

MKYS Construction Sdn. Bhd., yang diwakili seorang daripada penga- r a h n y a ,
mengaku bersalah s e 1 e p a s pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Pada 11 Mac 2015, syari­kat itu didapati gagal didaf­tarkan di bawah akta terse- but dengan Jabatan
Ka s t a m Diraja Ma­laysia sebe­lum tarikh yang ditetapkan iaitu 28 Februari 2015.


Kesalahan itu mengikut Seksyen 184(4) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan boleh dihukum menurut Seksyen 96 akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum sehingga RM30,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat itu diwakili peguam Lim Man Yong manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Plen- dakwa Jabatan Kastam Dira­ja Malaysia (JKDM), Mazliza Abdul Wahid.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pemilik perniagaan raembaiki telefon bimbit dan aksesori telefon mengaku bersalah kerana gagal mendaftar perniagaan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 se­belum tarikh ditetapkan.

Yau Kam Loy, 33, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu di hadapan Kamarudin dan dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua bulan.

Pada 14 Mac 2015, Kam Loy didapati gagal mendaftar di bawah akta tersebut dengan JKDM dan didapati melakukan kesalahan mengikut Sek­syen 184(4) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan boleh dihukum menurut Seksyen 96 akta yang sama. - Bernama

Rabu, 6 April 2016

Tipu Pinjaman Mara: Lima Ahli Perniagaan Bebas

by on 6:52:00 PTG
PUTRAJAYA: Lima ahli perniagaan, yang ditahan reman selama tujuh hari berhubung kes pemalsuan dokumen dan penyelewengan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM2.5 juta, dibebaskan, Rabu.

Mereka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta seorang penjamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan kelima-lima lelaki tersebut dibebaskan selepas SPRM melengkapkan siasatan terhadap mereka.

Mereka yang berumur antara 38 hingga 48 tahun itu ditahan pada 30 Mac lepas di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen dan penyelewengan dana yang didalangi pegawai Mara Daerah Klang, Selangor.

Modus operandi sindiket yang aktif sejak 2013 itu adalah dengan memalsukan dokumen permohonan bagi mendapatkan pinjaman perniagaan sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk kegunaan lain.

Dalam pada itu, jurucakap SPRM mengesahkan dalang utama kes tersebut akan ditahan tidak berapa lama lagi selepas siasatan yang kini 70 peratus siap, selesai sepenuhnya.

SPRM kini dalam proses mendapatkan dokumen daripada bank serta beberapa pihak berkaitan lain bagi melengkapkan siasatan sebelum suspek utama ditahan, katanya.

-- Bernama

Wanita Didakwa Jalankan Bisnes Mengurup Wang Tanpa Lesen

by on 6:50:00 PTG
JOHOR BARU: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas dua pertuduhan iaitu menjalankan perniagaan mengurup wang tanpa lesen dan menggunakan perkataan `Money Changer' tanpa kelulusan Bank Negara di premisnya tiga tahun lepas.

Noor Liza Raseek Khan, 31, dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kedai mini di sebuah hotel di sini pada 5 September 2013.

Tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan itu jika sabit kesalahan.

Hakim Kamarudin Kamsun membenarkan Noor Liza diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Bank Negara Alvin Ong dan Siti Nabila Huda Zaidisham manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir.

Terdahulu, Mohamad Isa memohon mahkamah memberikan jumlah jaminan rendah untuk anak guamnya kerana dia menghidap diabetes sejak 15 tahun lalu dan perlu mendapatkan rawatan setiap hari.-- Bernama

Thailand Dedah Cubaan Seludup Dadah Ke Malaysia

by on 6:31:00 PTG
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mendedahkan cubaan menyeludup sejumlah besar dadah ke Malaysia dua minggu lepas didalangi tiga lelaki rakyat Malaysia.

Mereka merancang cubaan menyeludup 226kilogram (kg) dadah jenis "Ice" dan 8kg heroin oleh sekumpulan 21 'keldai dadah' itu ke Malaysia dengan penuh teliti bagi memastikan pergerakan mereka tidak dihidu pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.

Dalam temuramah dengan Bernama, Polis Kol Puttidej Bunkrapue dari Polis Keretapi Thailand berkata bagaimanapun, ketiga-ketiga dalang sindiket itu yang dikenali dengan huruf "K", "L" dan "C" dapat meloloskan diri pada saat akhir.

"Kami (Polis Thailand) memiliki segala bukti tentang dalang-dalang itu daripada imej kamera litar tertutup hotel penginapan mereka, kereta sewa dan lain-lain," menurut Puttidej dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Polis Thai menganggarkan nilai dadah itu bakal mencecah kira-kira RM400 juta (4 bilion baht) apabila mencecah pasaran gelap lebih lumayan di Eropah.

Puttidej berkata ketiga-tiga dalang itu sudah lebih 30 kali memasuki Thailand berdasarkan kepada maklumat Jabatan Imigresen negara itu yang menunjukkan mereka berpengalaman dalam urusan haram itu.

Polis Keretapi Thailand merupakan agensi utama menyiasat kes itu kerana jenayah itu berlaku di laluan kereta api dan mereka yang bertanggungjawab memberkas kesemua 21 "keldai dadah" rakyat Malaysia itu.

Menurut Puttidej, Polis Thailand telah menyerahkan maklumat berkenaan ketiga-tiga dalang utama sindiket dadah itu kepada Bukit Aman bagi membantu usaha memburu mereka di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mokhtar Mohd Shariff berada di Bangkok baru-baru ini.

Puttidej berkata sebagai perancang utama kepada kumpulan besar "keldai dadah" rakyat Malaysia itu, ketiga-tiga lelaki terbabit telah pergi ke Chiang Mai lebih awal bagi melaksanakan urusan pembelian dadah itu.

Berbanding kumpulan 21 rakyat Malaysia yang tiba di Chiang Mai menggunakan keretapi dari Bangkok, ketiga-tiga dalang itu tiba di bandar raya peranginan utara Thailand itu lebih awal menggunakan jalan udara dari Kuala Lumpur.

Selesai urusan pembelian dadah di Chiang Mai, mereka bertiga menaiki kapal terbang ke bandar Hatyai, di selatan Thai bagi menunggu bekalan dadah dibawa kumpulan "keldai dadah" rakyat Malaysia itu menggunakan jalan keretapi.

Puttidej berkata pihaknya percaya dadah itu diperoleh dari "kilang dadah" yang tersorok di dalam hutan Myanmar berhampiran sempadan di utara Thailand yang dikawal sindiket berkuasa di sempadan Myanmar-Thailand.

"Sindiket itu berkemungkinan besar menggunakan etnik minoriti 'Hmong' yang tinggal di kawasan sempadan untuk menyeludup masuk bekalan dadah itu ke Chiang Mai untuk diserahkan kepada tiga dalang itu," katanya.

Bekalan dadah kemudiannya dipunggah ke stesen keretapi Chiang Mai dalam puluhan beg pikul untuk dibawa "keldai dadah" terbabit untuk perjalanan selama 12 jam ke stesen keretapi Hualamphong di Bangkok.

Kesemua mereka tiba di Bangkok pada 22 Mac dan pada 23 Mac meneruskan pula perjalanan dengan keretapi ke Hatyai dalam usaha membawa bekalan dadah itu menyeberangi pintu sempadan di utara Malaysia.

Puttidej berkata ketiga-tiga dalang itu telah sedia menunggu di Hatyai bersama beberapa buah kereta untuk fasa perancangan mereka seterusnya bagi menyeludup dadah ke Malaysia menggunakan jalan darat pula.

"Mereka mahu mengelak daripada melalui pintu masuk Padang Besar kerana kawalan pihak berkuasa amat ketat, menyebabkan memilih penggunaan jalan darat yang pada tanggapan mereka lebih selamat," katanya.

Malang bagi sindiket Malaysia itu, perancangan teliti mereka akhirnya dapat dihidu oleh Polis Thailand yang memasang perangkap dan memberkas 15 daripada mereka di stesen keretapi Hua Hin, Ratchaburi dan Prachuabkirikan.

Enam yang lain pula diberkas di dalam sebuah van di Phattalung dalam perjalanan ke sempadan Malaysia selepas meninggalkan bekalan dadah mereka di stesen keretapi Chumphon, Surat Thani.
Katanya keenam-enam lelaki itu cuba melarikan diri selepas menyedari operasi Polis Thailand itu namun gagal dan ditahan oleh Polis Lebuhraya Thailand ketika berada dalam van.

"Bagi ketiga-tiga dalang yang sedang menunggu di Hatyai, mereka sedar usaha membawa masuk dadah tersebut telah gagal di tengah perjalanan keretapi itu dan melarikan diri dengan memasuki semula Malaysia," katanya.

Mereka meninggalkan beberapa buah kereta yang telah bersedia di Hatyai untuk mengangkut bekalan dadah yang sepatutnya tiba di stesen kereta api bandar selatan Thai itu, kata Puttidej.

"Pemburuan terhadap ketiga-tiga dalang utama sindiket itu kini beralih kepada pihak polis Malaysia pula," menurutya, sambil melahirkan keyakinan mereka akan ditangkap tidak lama lagi-- Bernama

Isnin, 4 April 2016

Lelaki Pukul Wanita Baru Bersalin

by on 9:16:00 PTG
Salah apa siwanita yang baru bersalin sehingga dipukul tana kesian belas,memang pelaku tidak berhati perut,aku doakan semuga lelaki berhati binatang itu ditangkap dan dihukum dengan hukuman berat.



Dah tangkap ke belum,,apa salahnya wanita dalam video ini sampai diperlakukan sebegitu rupa.Apakah si pelaku tiada secebis kasih sayang dan kesian belas sesama manusia.
Posted by Mohamad Zaki on 4hb April 2016

Lapan Bas Rapid KL Terbakar

by on 8:23:00 PTG
KUALA LUMPUR: Kepantasan pasukan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran di depoh bas Rapid KL di Cheras Selatan berjaya menyelamatkan 193 buah bas penumpang yang masih beroperasi daripada hangus dijilat api.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 11.29 malam Ahad dan seramai 22 anggota bersama tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Serdang dikerahkan ke lokasi.

"Api merebak dengan cepat menyebabkan lapan buah bas yang tidak digunakan dan diletakkan di dalam depoh itu terbakar sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal pada 12.05 tengah malam dan operasi tamat sepenuhnya pada 2 pagi.

Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.

Sementara itu, jurucakap Rapid Bus Sdn Bhd berkata kesemua bas yang terlibat dalam kebakaran itu merupakan bas yang ingin dilupuskan dan tidak beroperasi lagi.

Katanya terdapat 150 buah bas yang ingin dilupuskan termasuk lapan buah bas terbabit berada berhampiran dengan kawasan bas penumpang yang masih beroperasi di depoh tersebut. - BERNAMA

Rabu, 23 Mac 2016

16 Ekor Buaya Dirampas

by on 6:51:00 PTG
BAU: Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan sebuah ladang babi di Jalan Sungai Pinang di sini yang menternak 16 ekor buaya pelbagai saiz tanpa lesen dalam serbuan, Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion ke-11 PGA Supt Soh Hock Seng berkata dalam serbuan pada 3 petang itu, operasi diketuai ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff bersama tiga anggota, turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun.

Menurutnya operasi bersama seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dua pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) itu merupakan tangkapan pertama PGA Batalion 11 melibatkan buaya tahun ini.

"Hasil maklumat awam, anggota telah melakukan risikan selama seminggu sebelum pasukan Batalion 11 PGA, SPRM dan SFC membuat serbuan ke lokasi dan merampas 16 ekor buaya bersaiz antara 12 dan 20 kaki.

"Hasil siasatan awal mendapati pusat penternakan babi itu tiada lesen untuk memiliki dan membela reptilia berkenaan. Pemilik melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Bab 26 Sek 29 (2)," katanya kepada Bernama Selasa.

Hock Seng berkata hasil siasatan awal mendapati buaya air masin dan ganas itu diternak untuk melupuskan bangkai babi yang mati di ladang tersebut yang dianggarkan menternak 3,000 ekor babi.

"Cara melupuskan bangkai babi dengan memberikan kepada buaya dapat menjimatkan masa tanpa perlu ditanam.

"Bagaimanapun tindakan pemilik ini membela buaya di kawasan ini amat berisiko kerana ada beberapa kampung berhampiran, juga dikhuatiri jika berlaku banjir buaya-buaya ini boleh terlepas," katanya.

Sementara itu, Mohd Mazlan berkata lokasi berkenaan amat terpencil dan pasukannya melakukan intipan dalam tempoh seminggu.

"Selain menternak babi, pemilik ladang itu membela ikan empurau dipercayai untuk tujuan eksport," katanya menambah, siasatan masih dijalankan sama ada buaya berkenaan turut dieksport.

Kakitangan Agensi Pekerja Asing Larikan Remaja Perempuan

by on 11:49:00 PG
IPOH: Seorang remaja perempuan warga Kemboja yang dipercayai diculik oleh lima lelaki ditemui semula sejam kemudian bersama suspek di Plaza Tol Ipoh Selatan, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata lima lelaki termasuk seorang warga Bangladesh ditahan pihak polis ketika cuba membawa lari remaja berusia 19 tahun itu dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail dan kereta Proton Persona.

Beliau berkata penahanan itu hasil daripada maklumat orang awam dan majikan mangsa berumur 38 tahun yang memaklumkan bahawa sekumpulan lelaki membawa lari remaja itu ketika mangsa sedang membeli barang di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Mustapha Al-Bakri di sini, kira-kira pukul 7.28 malam.

"Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, polis dengan bantuan pasukan sukarelawan awam melakukan gerakan mencari mangsa dan suspek di sekitar bandar raya ini.

"Sekumpulan lelaki itu berjaya ditemui di Plaza Tol Ipoh Selatan dan polis memintas kenderaan yang dinaiki mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini, Selasa malam.

Sum berkata mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut, namun tidak menolak kemungkinan kesemua suspek yang bekerja dengan sebuah agensi pekerja asing cuba memujuk mangsa untuk bekerja di tempat lain.

"Difahamkan mangsa melarikan diri dari agensi tempat suspek bekerja dan mangsa cuba memujuk pekerja lain supaya meninggalkan agensi itu," katanya.

Sum berkata kesemua suspek ditahan di Balai Polis Tambun bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah.