Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Ahad, 28 Januari 2018

Kempen Undi Rosak Hanya Dilakukan Orang Terencat Akal

by on 1:16:00 PG
Kempen #undirosak yang dioperasikan pengguna media sosial Facebook dianggap merosakkan pemikiran pengundi atas pagar walaupun tidak memilih adalah hak individu.

Kempen merosakkan undi tidak menguntungkan mana-mana pihak malah tidak juga merugikan mana-mana parti politik bertanding pada pilihan raya kerana ia sama dengan memilih tidak keluar mengundi.

Kempen #undirosak juga dipandang telah sengaja dilakukan pihak terencat akal dalam negera demokrasi ini. Kerja sia-sia yang dilakukan adalah lebih buruk dari hantukan kepala ke dinding.

Penyokong kempen #undirosak juga perlu adakan pemeriksaan mental sebelum pilihan raya umum ke-14.

Setiap kali pilihan raya pasti berlaku undi rosak, sekiranya kawasan pilihan raya itu berlaku pergolakkan dalaman antara pemimpin parti, pasti undi rosak lebih besar jumlahnya berbanding dengan kawasan tenang. Ia boleh dilihat secara jelas melalui keputusan pilihan raya.

Kempen #undirosak yang giat dilakukan mungkin ditaja dengan sejumlah bayaran oleh pihak tertentu terutamanya dari kawasan pilihan raya yang mustahil akan dimenangi parti yang disokong. Dalam politik tidak ada mustahil, tidak ada yang tidak boleh berlaku kerana seninya sukar dibaca.

Perjalanan digurun politik sukar diukur keluasannya, namun berapa luas sekali pun jaraknya ia pasti dilangkahi hingga ke penghujung.

Respectmypm dah 5 bulan tidak update..harap pembaca dapat terus melayari blog ini seperti dahulu kerana ia telah kembali bertemu anda semua.

Rabu, 2 Ogos 2017

Anak Syarikat Agensi Selangor Rugi Berjuta-Juta

by on 3:43:00 PTG
Prestasi kewangan yang tidak memuaskan bagi tempoh 2013 hingga 2015 menyebabkan anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri l Berdasarkan laporan itu, perbelanjaan PKPS Livestock Farm Sdn Bhd (PLFSB) untuk tempoh tiga tahun berkenaan mening kat hingga menyebabkan kerugian sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut.

"Prestasi kewangan PLFSB bagi 2013 hingga 2015 tidak memuaskan kerana perbelanjaan meningkat setiap tahun dan mengakibatkan kerugian terkumpul sehingga akhir 2015 beijumlah RM18.47 juta," katanya.

Laporan itu juga menyatakania tidak berpuas hati dengan lantikan Lembaga Pengarah, kekerapan pembentangan laporan pengauditan tidak mengikut amalan terbaik dan tidak membentangkan pemberian insentif dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.

"Audit juga mengesan prestasi pengeluaran susu segar tidak mencapai sasaran dan pengurusan makanan lembu bagi kumpulan perah tidak memuaskan.

"Walaupun aliran tunai syarikat terbabit berbaki positif untuk tempoh itu, ia tetap kurangmemuaskan kerana masih beum mampu menampung perbelanjaan bagi menjalankan operasi syarikat dengan lebihberkesan," katanya dalam laporan berkenaan.

Laporan itu turut menyebut,antara alasan diberikan PLFSB berhubung pengurangan susu segar disebabkan lembu kering,lembu diberikan antibiotik,tempoh perahan melebihi 280 hari laktasi, kerosakan jentera ladang dan kekurangan rumput kerana penanaman semula atau kemarau.

Perlu pengurusan cekapBagaimanapun, laporan itu turut menegur perkara itu boleh diatasi jika PLFSB mempunyai perancangan dan pengurusan cekap serta teratur.

Pada masa sama, laporan itu berpendapat PLFSB bukan sahaja tidak berupaya mendapatkan pengganti lembu induk berkualiti menggunakan lembu dara dilahirkan di ladang PLFSB, ia juga terpaksa bergantung kepada lembu dara yang dibeli dari luar ladang untuk terus
beroperasi.

Ia berikutan ladang itu mempunyai keupayaan rendah untuk melahirkan lembu induk gantian,menyebabkan mereka terpaksa menanggung peningkatan kos jika terus membawa masuk lembu dara dari luar sebagai induk gantian.

Laporan itu juga menyebut,beberapa tindakan diambil PLFSB bertarikh 16 Februari lalu masih tidak memberi jawapan memuaskan.

Sehubungan itu, Audit mengesyorkan PLFSB mengukuhkan prestasi kewangan dengan meningkatkan pengeluaran susu segar, selain mengurangkan perbelanjaan operasi.

Ia juga disyorkan meningkatkan prestasi aktiviti utama dengan mempertimbang melaksanakan usaha sama dengan syarikat berpotensi dalam industri penternakan lembu tenusu dan dimasukkan dalam Perancangan Strategik Dan Rancangefn Korporat Syarikat.

-Berita Harian-Rabu,2Ogos 2017-Muka surat,7

Ahad, 30 Julai 2017

Anti GST Apa,Kedai Makan Kena GST Penuh

by on 11:52:00 PTG
Sekiranya manusia di alam Malaysia dengar ceramah dan baca akhbar pro pembangkang tiada seorang pun rakyat suka GST.

Untuk membukti apakah dakyah pembangkang itu betul,penulis sengaja datang minum di kedai mamak yang kena bayar GST di Shah Alam,Selangor.

Perjalanan penulis 60km berbaloi setelah melihat kedai mamak seperti namanya dicatat pada BIL(gambar) ramai manusia sedang makan minum malah pelayan kedai kelihatan terlalu sibuk.

Macamlah di Shah Alam tiada kedai yang tidak  kena GST.

Lalakan pembangkang rakyat terbeban kerana GST amatlah diragui kerana setiap kedai makan yang ada GST belum ada dilapor tutup.Sekiranya ada pembangkang perlu tampilkan bukti kukuh.

Sebelum berundur diri ,nak tanya cicak dan ayam serta itik pembangkang,TOP DOG sihat ke?-RESPECTMYPM





Tiada Siapa Mengharap Mahathir Kembali Kepada UMNO

by on 2:51:00 PTG
Kelmarin, Mahathir mengisytiharkan beliau tidak akan kembali kepada UMNO walaupun Najib bukan lagi menjadi perdana menteri.
Mahathir membuat pengakuan itu dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan mendakwa UMNO sebenarnya telah musnah dan tersesat daripada perjuangan asalnya
 Yang rosak adalah Mahathir bukanya UMNO dan beliau tidak perlu buat kenyataan begitu kerana tiada siapa dikalangan UMNO masih berharap dia kembali kepada parti terbesar orang Melayu.
Kenyataan Mahathir hanya mahu menggambarkan UMNO telah rosak dan sebab itulah beliau tidak lagi mahu kembali.
Kerosakan UMNO bermula pada zaman siapa kalau bukan zaman Mahathir?.
Perpecahan terbesar UMNO sehingga diharamkan lalu tertubuhnya Semangat 46 zaman siapa?kalau bukan zaman Mahathir.
Lahirnya laungan reformasi dan terbentuknya Parti Keadilan Rakyat zaman siapa kalau bukan zaman Mahathir.
Rasanya cukuplah dua peristiwa itu walaupun tragedi Memali dicatat sebagai peristiwa berdarah yang wujud zaman Mahathir sebagai satu contoh kebebalan ketua kerajaan pada masa itu.
Masyarakat Memali  sehingga ke hari ini tidak lagi melihat UMNO sebagai sebuah parti yang banyak mambantu rakyat dan Islam,itu semua kerana siapa?   wahai Mahathir.
Anak beranak aku sangat-sangat tidak ingin Mahathir kembali kepada UMNO kerana dialah penjilat kahak hijau yang pernah diludah kepada DAP dan PKR.-RESPECTMYPM

VIA TELEFON 30-7-2017 -2:34 PM-RESPECTMYPM




Penyamun Mana Yang Sapu Berbilion Ringgit Pada Awal Tahun 2000?

by on 3:20:00 PG


Awal tahun 2000 kesemua 54 institusi kewangan kewangan diarah bergabung jadi 6 bank utama.

Akhir Desember 2000 jumlah NPL (Hutang Lapok) yang dibeli oleh Danaharta dari sebahagian bank bank terlibat berjumlah RM101.3 bilion kebanyakan melibatkan hutang kroni seperti Renong,UEM,UMBC,Maybank dan UMBC sahaja ada hampir RM12 bilion hutang lapok.

Soalnya kemana pegi wang sebanyak ini,penyamun mana yang sapu?

Rakyat sangat sangsi malah tidak hairan jika dikatakan cara untuk merompak alaf baharu cukup dengan memadamkan apa yang ada kepada tiada.


Sabtu, 29 Julai 2017

Politik Kotor BN,Rakyat Yang Hang Tipu Dah Dapat Rumah Ke Belum Nurul Izzah?

by on 10:49:00 PTG
Dengan lantang Nurul Izzah memberi peringatan kepada ahli parti pembangkang supaya bersedia hadapi pilihan raya paling kotor dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia seperti yang disiarkan Malaysian Insight dengan tajuk 'Bersedia hadapi pilihan raya paling kotor dalam sejarah, kata Nurul Izzah'

Sebagaimana yang diketahui umum,'politik bangkang dari longkang'Nurul Izzah setakat ini bukan sahaja telah menipu rakyat banyak,paling ketara apabila 35 rakyat telah ditipu hidup-hidup apabila 35 keluarga ini tidak menerima kunci unit pangsapuri moden Projek Residensi Kerinchi.

Ketika menghasut,Nurul Izzah menuduh kerajaan dan Datuk Seri Utama Raja Nong Chik sebagai zalim dan kejam malah bertindak tidak mengikut undang-undang.

Apabila unit pangsapuri moden Projek Residensi Kerinchi yang menempatkan 472 keluarga siap dan kunci diserahkan,dimanakah Nurul Izzah dan apakah beliau dan parti haramjadah dari kalangan parti pembangkang telah membina rumah kepada rakyat yang menelan hasutan beliau?


Pilihan raya akan datang akan jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia. Paling teruk dan penuh manipulasi daripada Barisan Nasional,”kata Nurul Izzah.RESPECTMYPM

VIA TELEFON 22:25 PM 29/7/2017-RESPECTMYPM


Rabu, 26 Julai 2017

Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 25 Julai 2017

by on 2:36:00 PTG
Sejak beberapa hari kebelakangan ini media tempatan dan antarabangsa telah terperangkap dalam keghairahan 'kerjasama' antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dan ‘perjanjian’ siapa yang akan menjadi Perdana Menteri interim jika Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14. Tanggapan yang mereka buat ialah Mahathir akan bertanding dalam pilihan raya umum, mungkin sebagai calon pilihan raya tertua dalam sejarah dunia iaitu pada umur 93 tahun, dan selepas itu beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Mahathir mungkin sudah jauh ke dalam angan-angan beliau jika beliau fikir ini adalah apa yang akan berlaku. Tidak mungkin Anwar dan Lim Kit Siang akan membenarkan itu untuk berlaku selepas apa yang dilakukan oleh Mahathir kepada mereka dan negara ketika beliau menjadi Perdana Menteri, dan itu juga akan membunuh politik Pakatan Harapan jika mereka menghadapi pemilihan umum dengan menjanjikan pengundi kemunculan semula Mahathirisme. Adakah Mahathir terlupa pada tahun 2004 apabila pengundi memberikan keputusan pilihan raya terbaik Barisan Nasional dalam sejarah kerana mereka sangat gembira melihat Mahathir bersara?

Tawaran untuk Mahathir menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan bukanlah betul dan semata-mata untuk mengambil hati orang tua itu untuk memastikan beliau terus menyerang Perdana Menteri Najib Tun Razak. Mahathir sangat terdesak dan menyedari bahawa dengan RCI menyiasat ke dalam skandal forex bernilai AS$10 bilion itu, bukan sahaja legasinya tidak akan menjadi nyata tetapi dinasti politiknya juga tidak akan berlaku dan Mukhriz tidak mempunyai harapan untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi inilah masa terbaik untuk mengeksploitasi keadaan terdesak Mahathir dan membuatnya meningkatkan serangan terhadap Najib dengan janji jawatan Perdana Menteri.

Hipokrasi yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan sangat jelas kelihatan sehinggakan hanya orang yang sangat jahil sahaja yang tidak boleh melihat ini. Prinsip dan moral tidak lagi penting dan Pakatan Harapan akan mengatakan dan melakukan apa-apa sahaja tidak kira betapa tidak masuk akalnya untuk menipu para pengundi supaya mempercayai mereka mempunyai formula yang semestinya berjaya apabila sebenarnya barisan kepimpinan mereka adalah bermasalah. Pakatan Harapan berpendapat bahawa pengundi boleh dengan mudah tertipu dan dengan penipuan semata-mata mereka boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang tetapi pengundi dapat melihat kebenarannya.

Link asal artikel:
https://sskeruak.blogspot.my/2017/07/who-is-pakatan-harapan-trying-to-fool.html

Mahathir Mahu Jawatan Perdana Menteri Jika Pakatan Harapan Memerintah

by on 2:16:00 PG
Janji hanya sekadar dibibir selama 22 tahun dipilih berada dikerusi perdana menteri tidak pernah wujud cadangan untuk menghadkan jawatan perdana menteri.

Setelah keluar dari UMNO Mahathir nampaknya mahu menduduki kerusi perdana menteri sekali lagi,ini jelas apabila beliau mencadangkan agar had jawatan perdana kepada hanya 2 penggal sahaja sebagai janji yang akan dimasukan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Menilai hasrat itu rasanya dah tentu Mahathirlah yang mahu jawatan perdana menteri memandangkan beliau sudah berusia.

VIA TELEFON-26/7/2017

Isnin, 10 Julai 2017

Isu CEC DAP bukti ketidakmampuan pemimpin

by on 12:34:00 PTG
GEORGETOWN - Masalah yang dihadapi oleh DAP berhubung Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) mencerminkan ketidakcekapan pimpinan tertinggi parti itu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, kata Umno Pulau Pinang.

Pengerusi umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman turut menempelak DAP yang menuduh RoS sengaja mensabotaj mereka sedangkan keputusan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan semula CEC adalah berdasarkan perlembagaan parti tersebut sendiri.

“Jika DAP tidak berpuas hati dengan keputusan RoS itu mereka boleh membawa masalah itu ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata jabatan itu akan mengeluarkan arahan meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Menurut Mohammad Razin, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, keengganan DAP mengadakan pemilihan semula seolah-olah membayangkan pemimpin tertingginya takut tidak memperoleh mandat untuk terus meneraju parti.

“Apakah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang sangat takut dan sangat khuatir mereka sudah tidak lagi mampu untuk menang cukup undi dan berada dalam kelompok 20 teratas jika diadakan pemilihan semula,” katanya.

Semalam, selepas mesyuarat tergempar DAP, Guan Eng dilaporkan berkata DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu kerana parti itu telahpun berbuat demikian pada 29 September 2013.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan RoS selepas menerima surat rasmi daripada jabatan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung arahan mengenai pemilihan semula CEC tersebut. - BERNAMA

Jumaat, 7 Julai 2017

MIDAH SERANG MESYUARAT KETUA-KETUA BAHAGIAN BERSATU PERAK

by on 11:21:00 PG

IPOH: 6 Jul 2017 - Kecoh malam tadi bila beberapa cerita keluar sendiri dari mulut ahli-ahli Pribumi Bersatu Perak apabila Datuk Hamidah yang merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah menyerang satu mesyuarat ketua-ketua Bahagian Pribumi Bersatu Perak.
Mesyuarat yang sedang di jalankan di satu kawasan di Taman Meru Ipoh Perak itu telah bertukar menjadi kecoh apabila Datuk hamidah masuk dan mempertikaikan kelayakan beberapa ketua Bahagian yang hadir mesyuarat pada malam itu.

Beberapa ketua Bahagian Bersatu Perak juga turut mempertikaikan kehadiran Datuk Hamidah ke mesyuarat itu kerana sememangnya beliau tidak pernah dijemput tambahan pula kehadirannya telah mencetuskan kekecohan.

Kekecohan menjadi semakin tegang apabila perang mulut mula terjadi antara Ketua Sri Kandi Bahagian Tambun bersama Datuk Hamidah, apabila Ketua Sri Kandi Tambun mencadangkan penubuhan Sri Kandi Bahagian Gopeng, dan keadaan tidak dapat ditenteramkan sehingga membuatkan air botol melayang membaling antara satu sama lain.
Nampak juga kepuasan beberapa pengikut Datuk Hamidah terutamanya adik Datuk Hamidah dan beberapa komen di status facebook miliknya menampakkan lagi kejadian baling botol air memang berlaku pada waktu itu.

Ramai ahli-ahli Bersatu Perak mula mempertikaikan mengapa Datuk Hamidah harus menyerang mesyuarat mereka sedangkan dia dan orang-orangnya sebelum ini yang diketuai oleh adik iparnya (Suami kepada Hamizura) telah membuat sidang akhbar untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum ini.
Suami Hamizura (Azrul) yang merupakan adik ipar kepada Datuk hamidah semasa membuat sidang akhbar mendesak Presiden Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Makin pening dan kelam kabut Parti Pribumi Bersatu ini yang baru beberapa bulan sahaja ditubuhkan sudah mula bercakaran sama sendiri. Dan seperti kebiasaannya juga, bila terjadi sesuatu musibah begini mereka akan mula menyalahkan UMNO dalam pergaduhan mereka untuk menutup kudis kurap pada punggung mereka sendiri.
Pelikkan? UMNO juga yang salah..

Khamis, 6 Julai 2017

KIT SIANG BERSARA? SAMALAH BERHARAP ANWAR BERHENTI "MELIWAT"

by on 6:29:00 PTG
BANYAK benda yang berlaku antara Mahathir dan Anwar sejak permusuhan antara mereka tercetus dan rakyat diheret sekali bersamanya hampir 20 tahun lepas. Ada panas, ada sejuk, ada maaf, ada jabat tangan dan sebagainya.

Tapi satu yang tak pernah berubah ialah pendirian Mahathir bahawa Anwar ialah seorang peliwat.

Sebab Mahathir tahu, Anwar memang perangai macam itu, taksub dengan dubor pemuda. Maaflah kalau cakap bunyi ada macam kotor sikit tapi dah nama macam itu, sebut macam itu jugaklah. Sebut lain nanti takut tak faham pulak.

Justeru, bila Kit Siang memberi bayangan konon dia akan bersara, memandang umur dan keadaan kesihatan pun bukan macam masa muda, reaksi segera yang penulis tahu – ada yang tergelak dan tidak kurang yang rasa nak terberak!!

Hakikatnya, berharap Kit Siang untuk bersara adalah sama seperti berharap Anwar berhenti meliwat, takde mananya itu semua akan berlaku. Sampai matilah masing-masing macam itu – Kit Siang akan terus kekal dalam politik sampai mati dan Anwar dengan perangainya yang meletakkanya dalam penjara sekarang!!

Kit Siang kalau nak bersara, dia bersara lama dah. Cerita rampas Pulau Pinang ini sebagai contoh, bukan usaha setahun dua tapi berpuluh tahun. Projek Tanjung 1, II dan III ini semua cara Kit Siang nak rampas Pulau Pinang tapi semuanya gagal, ada ke Kit Siang bersara? Kerjasama dengan PAS dan PKR tahun 2008, barulah merasa pun akhirnya DAP menjadi pemerintah di sebuah negeri, itupun negeri majoriti cina.

Pun bukan sebab Kit Siang tapi kerana orang PAS dan PKR bagi undi.

Dimudahkan cerita beginilah, Kit Siang kekal dalam politik, tidak akan bersara selama dia hidup, adalah antara perkara yang tidak akan berubah dalam politik negara kita. Setaraflah ceritanya macam hanya suku sakat Anwar saja akan bertanding di Permatang Pauh, selain cerita liwat tadi dan seperti itu.
-MYKMU

Bagaimana RM209 Juta Boleh Berubah Empat Kali Ganda

by on 4:58:00 PTG

Walaupun semua pertandingan ratu cantik tidak seperti ini tetapi terdapat bukti yang cukup dan kes yang disahkan di seluruh dunia di mana peserta telah menang kerana mereka tidur dengan hakim atau penaja.

Satu pertandingan ratu cantik terbuka kepada orang ramai dan sesiapa sahaja boleh menyertai selagi mereka memenuhi kriteria tertentu.

Ini adalah sama seperti Permintaan untuk Cadangan (RFP) di mana sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian selagi mereka memenuhi kriteria tertentu.

Walau bagaimanapun, proses pemilihan dan keputusan muktamad dan terma kontrak tertentu masih berdasarkan rundingan dengan pemenang yang dipilih - dan tidak ada jaminan bahawa orang awam akan mendapat tawaran terbaik atau walaupun jika pemenang itu sememangnya layak sepenuhnya pertama sekali.

Inilah sebabnya mengapa anda mempunyai terma kontrak yang aneh di mana syarikat yang dipilih untuk membina jalan raya dan terowong juga merupakan syarikat yang sama yang ditugaskan untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan untuk membuktikan bahawa projek itu sememangnya berdaya maju?

- 1) Bagaimana mungkin RM209 juta boleh berubah menjadi 4 kali ganda harga kadar yang diwartakan - iaitu RM11 juta setiap km hanya dalam yuran laporan?

Lembaga Jurutera berkata, menteri kerja itu mengatakan, kontraktor jalan raya lain mengatakan ia sangat mahal tetapi satu-satunya orang yang tidak fikir ia terlalu mahal adalah vendor yang menerima wang dan kerajaan sedaya upaya membela diri apabila tertangkap.

- 2) Bagaimanakah berkemungkinan bahawa bayaran RM209 juta itu dibayar dengan pantas sebelum DEIA diluluskan?

- 3) Bagaimanakah reka bentuk terperinci boleh dibuat (dan dibayar sepenuhnya) walaupun sebelum kajian DEIA diluluskan? Adakah anda maksudkan kajian DEIA tidak akan menyebabkan perubahan kepada penjajaran laluan atau dinding penghalang bunyi atau sistem saliran yang akan menyebabkan reka bentuk jalan raya berubah? DEIA biasanya dibuat selepas kajian kemungkinan sebelum reka bentuk terperinci dibuat. Malah DEIA adalah sebahagian daripada kajian kemungkinan.

Tidak percaya? Dengarkan kata Guan Eng:

"Walaupun kajian kemungkinan untuk terowong, yang menjadi sebahagian daripada DEIA, selesai..."
http://www.theedgemarkets.com/article/%E2%80%98no-stop-order-penang-undersea-tunnel-study%E2%80%99

- 4) Bagaimanakah mungkin Kerajaan Pulau Pinang membayar sepenuhnya kos keseluruhan untuk membina terowong tetapi masih membenarkan syarikat itu untuk mengumpul tol selama 30 tahun?

- 5) Bagaimanakah projek-projek itu yang walaupun telah dibayar sepenuhnya untuk laporan itu, masih terdapat kelewatan 3 ½ tahun pada permulaan pembinaan mana-mana jalan raya tetapi tidak ada penalti atau sebarang bayaran yang dikenakan?

Adakah ianya perkara biasa bagi projek-projek infrastruktur yang dikendalikan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk mengalami kelewatan 3 1/2 tahun minimum dan tidak ada orang dalam DAP yang peduli tentangnya?

Jadi, jika satu-satunya pertahanan anda terhadap semua soalan yang adil ini ialah:

"Oh, kami melakukannya melalui RFP, jadi tidak ada masalah"

...maka soalan seterusnya yang akan kami tanyakan ialah "dengan siapa kamu tidur?"

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 6 Julai 2017

Jangan Biarkan DAP Kedarah Duit Tipu Rakyat

by on 3:52:00 PTG
Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 6 Julai 2017

Yuran perundingan laporan sebanyak RM24.63 bilion.

Panjang Lebuhraya Pan Borneo adalah 2,239 kilometer.

DAP Pulau Pinang telah membayar yuran perundingan untuk laporan RM220 juta atau 20km jalan setakat ini yang bernilai RM11 juta setiap kilometer.

Jika DAP membina Lebuhraya Pan Borneo berdasarkan nisbah kos yang sama, yuran perundingan untuk laporan sahaja akan menelan kos sebanyak RM24.63 bilion.

Ini baru laporan - belum lagi termasuk pembinaan sebenar.

Walaupun anda memberi diskaun sebanyak 95% ke atas yuran perundingan, ia masih menelan bayaran laporan sebanyak RM1.23 bilion.

Lebih baik jangan biarkan DAP membina Lebuhraya Pan Borneo.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Sabtu, 4 Mac 2017

Pilihan Raya Negeri Sabah Sebelum Raya Aidil fitri

by on 2:23:00 PG
Pilihan raya Negeri Sabah dijangka berlaku sebelum Aidilfitri.

Maklumat terkini yang sampai kepada penulis,PRN Sabah diadakan bukan kerana BN tidak kuat sebaliknya kerajaan menerima cabaran pembangkang yang sering mengatakan penyokong Barisan Nasional semakin mengecil.

Sementara itu dipihak pembangkang menjadi resah geliasah sekiranya PRN negeri diadakan lebih awal atau tidak serentah dengan PRU kerana cara itu jadikan mereka kehabisan modal apa yang tinggal hanyalah cakap besar sahaja.


Selasa, 7 Februari 2017

YB Pas Tak Join PAN

by on 2:04:00 PTG
KOTA BHARU: Ketua Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusof, kesal dengan kenyataan yang dibuat menerusi laman facebook yang menggunakan Loyar Wae menawarkan beliau sebagai calon PAN Dun Gual Periok.

“Posting yang dibuat Loyar Wae dalam fbnya yang menyatakan Kak Lah sebagai salah seorang daripada calon PAN Dun Gual Periok. Ini merupakan satu fitnah.

“Kak Lah ingin menjelaskan kepada masyarakat dan pengundi bahawa Kak Lah tetap beristiqamah dengan PAS,” katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.

Pada September tahun lepas Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dilapor mendakwa 10 wakil rakyat Kelantan akan bersama Adun Salor menyertai parti serpihan itu.

Namun sehingga kini hanya Husam sahaja yang menyertai PAN. Berikutan itu orang ramai menggambarkan Husam sebagai memiliki kuasa sepuluh. – HARAKAHDAILY 7/2/2017

PRU 14 BN Hilang Undi Melayu

by on 2:02:00 PTG
CADANGAN untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan menyebabkan BN akan hilang lebih banyak undi Melayu pada PRU14.

"Cadangan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, seolah-olah mengakui BN sudah tidak ada harapan untuk menerima sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

"Malah kemungkinan akan hilang lebih banyak undi Melayu sekali gus, menyebabkan Umno mengalami kekalahan yang lebih teruk pada PRU14," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Beliau berkata demikian, mengulas hasrat Tengku Adnan baru-baru ini untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan yang bermatlamat memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan sama rata.

Tengku Adnan turut berkata, beliau bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa ke Pulau Pinang, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di sana.

Sementara itu, Kit Siang berkata, beliau tidak terkejut pemimpin Umno kini berada dalam kedudukan risau dan terdesak kerana Umno sedang menghadapi keadaan bahaya kehilangan lebih banyak kerusi parlimen dan Dun.

"Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, tetapi juga di seluruh negara. Sebab itulah ramai pemimpin dan ahli Umno serta cybertrooper Umno terus meningkatkan politik pembohongan dan balas dendam mereka," kata Kit Siang seperti dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Mengulas isu sama, Presiden Gerakan yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, kenyataan yang dibuat oleh Tengku Adnan ibarat 'hadiah' kepada DAP untuk digunakan sebagai publisiti.

"Sama ada Tengku Adnan ataupun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kedua-dua mereka adalah seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang 'bercakap tanpa gunakan otak'," kata Chang Yeow.

Teck Meng tanding di Simpang Renggam

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng sudah dikenal pasti akan mempertahankan kerusi parlimennya pada PRU14.

Ia disahkan oleh Naib Presiden Gerakan, Datuk Teo Kok Chee seperti dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau, setelah ada ura-ura menyatakan Umno berhasrat mengambil alih kerusi Parlimen Simpang Renggam daripada Gerakan.

Teck Meng mula menjadi ahli parlimen tersebut sejak 2008. Beliau kini menjadi Setiausaha Agung Gerakan dan juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

"Pusat parti telah memutuskan untuk Teck Meng terus bertanding di Simpang Renggam. Manakala calon-calon untuk kerusi Dun juga telah dikenal pasti dan hanya akan mengumumkan pada masa sesuai," kata Kok Chee kepada Nanyang Siang Pau.

Pada PRU lalu, Gerakan memenangi satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun di Johor, iaitu Parlimen Simpang Renggam dan Dun Permanis.

Selain Umno yang menyatakan minat untuk bertanding di Simpang Renggam, MCA turut pernah memberikan kenyataan secara terbuka untuk bertanding di Dun Permanis.

Cuma tidak dapat Sijil Sirim

Sebanyak 200 syarikat pengeluar tayar celup bukan beroperasi secara haram seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini, sebaliknya tidak memperoleh Sijil Sirim.

Menurut persatuan pengusaha tayar celup, walaupun pihaknya tidak mempunyai jumlah sebenar syarikat yang terbabit, namun yang pasti semua syarikat tersebut mempunyai lesen perniagaan secara sah.

"Teknik pencelupan tayar di negara kita boleh dianggap tinggi di rantau Asia. Sebelum memperoleh Sijil Sirim, ia perlu mematuhi piawaian yang ketat yang ditetapkan Sirim," jelas kenyataan itu seperti disiarkan dalam China Press.

Menurut akhbar berkenaan, pergerakan syarikat haram terbabit didakwa berselindung di sebalik perniagaan lain, misalnya syarikat pengangkutan tetapi dijalankan pada kapasiti rendah bagi mengelakkan dihidu penguat kuasa.

“Biasanya di depan, mereka buka perniagaan seperti biasa tetapi di bahagian belakang buat tayar celup. Oleh kerana mereka ada perniagaan utama lain, pengeluaran tayar celup itu dilakukan pada kadar antara 600 hingga 800 tayar sahaja dalam sebulan," tulis akhbar berkenaan.-Sinar Harian

Pembangkang semakin tolol

by on 1:53:00 PG

Kebangsatan apa pula ni?

Bila habis modal untuk menjatuhkan BN kempen hapus BR1M kerana dikatakan kerajaan ajar rakyat pemalas dan megharap bantuan sahaja.

Dah tak berjaya akhirnya sokong pula kerajaan bagi BR1M malah diminta tambah.

Kebabian apa pula puak-puak pembangang tolol ni.
Oh ye,dekat-dekat pilihan raya ni sokong lah BR1M sebab kempen hapus rakyat marah.
Bodoh piang tul lah ..

Isnin, 6 Februari 2017

Moral Rendah Tanda Akal Rosak

by on 8:24:00 PTG

Menurut tinjauan Al Qur’an akal adalah Hujjah atau dengan kata lain merupakan anugerah AllahSWT.

Dengannya manusia dibedakan dari sifat kebinantangan seperti anjing dan babi serta lainnya. Akal juga merupakan alat yang dapat menyampaikan kebenaran dan sekaligus sebagai pembukti dan pembeda antara yang haq dan yang bathil, serta apa yang ditemukannya dapat dipastikan kebenarannya, asal saja persyaratan-persyaratan fungsi kerjanya dijaga dan tidak diabaikan.

Manusia yang tidak menggunakan akal dengan wajar akan lahir kata-kata seperti dia sahaja yang dijadikan Allah dan orang lain patut direndah-rendahkan dan dimalukan mengikut hawa nafsunya.

Tidak ada gunanya beribadah di malam hari waktu siang berpuasa namun budi kepertinya buruk,orang-orang begini tergulung dikalangan ahli neraka.

Manusia berakal dan beriman dengan larangan dan suruhan Allah pasti ada sifat bermurah hati,berlapang dada serta mempunyai budi pekerti luhur kerana Allah telah memilih agama Islam bagi Zat-Nya

Kiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib melakukan Dosa kecil atau besar dialah yang dipertanggungjawab dihadapan Allah bukanya orang-orang yang membenci beliau dan orang lain tidak akan menanggung dosa orang lain pula.

Seseungguhnya orang mukmin yang paling utama keimananya ialah yang paling baik budi kepertinya bukannya manusia berpelajaran tinggi tapi tidak menggunakan akal sewajarnya.

Ingatlah!.manusia yang buruk akhlak sesungguhnya dia telah merosakan dirinya.

Pas Tak Mungkin Redha Dijadikan Anak Tangga Sekali Lagi

by on 5:03:00 PTG
Mursydul Am Pas
Hashim Jasin 
Pas terus tersempit diantara ahli dan pemimpin sehingga terpaksa bermain wayang diantara kesungguhan dan acuh tak acuh dalam usaha membentuk gabungan politik antara parti pembangkang lain dan Barisan Nasional.

Pas kena sedar,andainya bersendirian Kelantan boleh dipertahankan pada PRU14 akan datang adalah lebih baik memilih bersendirian biarpun dikatakan Pas layak digelar parti pantai timur.

Kalau peluang pertahan Kelantan tidak cerah adalah lebih baik adakan kerjasama politik DENGAN PEMBANGKANG LAIN atau dengan Barisan Nasional yang terbukti kuat dan kukuh sejak awal-awal pilihan raya diperkenalkan.

Kerjasama yang dirancang bersama PPBM parti yang di asas atas haloba kuasa dan dendam tidak mungkin mendapat keuntungan berikutan PPBM tidak pernah ada kerusi diatas usaha sendiri.

Pastinya PPBM mengharap sesuatu dari Pas,seperti mengharapkan kawasan bertanding yang boleh menang.

Dalam masa Pas berada dalam kesakitan,rasanya tidak mungkin Pas patut mengorbankan kawasanya pada parti yang mahu jadikan anak tangga untuk naik lebih tinggi.


Jumaat, 9 Disember 2016

Mahathir Akan Dihina Sehingga Akhir Hayat

by on 6:43:00 PTG

Semakin tertekankah Mahathir?atau Maha Zalim darjat yang diagihkan pembangkang semasa bersama UMNO adalah betul?kalau betul zalim memang Mahathir menzalimi diri sendiri.

Memang benar dan tidak boleh dinafikan yang Najib dipilih Allah untuk jawatan Perdana Menteri,selain dari Allah tiada lebih berkuasa dari segala yang mengaku kuat dan sebagainya.

Orang-orang Umno tidak pernah mengatakan Najib macam Nabi,hanya Mahathir sahaja mengatakan Najib macam Nabi sedangkan Nabi tidak boleh dibandingkan dengan apa-apa makhluk pun kerana Nabi tetap nabi walaupun selepas wafat,kalau Perdana Menteri selepas letak jawatan atau berhenti dari jawatan dia bukan lagi Perdana Menteri,malah orang itu hanya layak digelar sebagai bekas/mantan Perdana Menteri.



Dalam sejarah Islam tidak ada menyatakan Nabi letak jawatan sebelum wafat atau dipecat oleh Allah secara nas sahih dari quran dan hadis.

Yang terasa dia macam Perdana Menteri lagi hanya Mahathir sahaja,selain dari itu tak pernah wujud di bumi Melayu ini,sebab itu dia ingin orang lai ikut telunjuknya.

Mahathir jangan jahil murakab sehingga mengatakan Nabi tak ada RM2.6 bilion sebagai jenaka politik dihadapan kafir laknatullah,kalau Nabi mahu kekayaan sebagaimana orang sekarang,sungguh Nabi akan dapat kekayaan dari seluruh isi alam ini dan dengan sebab Nabi menolak kekayaan makanya anak-anak Nabi tiada sekaya anak Mahathir sekarang.

Ramai yakin dan percaya Mahathir akan berakhir dalam hina dina dihadapan rakyat negara ini.