Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 26 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Faizah Abdullah di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini semalam.
Reman berkenaan bermula semalam bertujuan untuk melengkapkan siasatan kes. Sebelum ini suspek ditahan reman selama empat hari yang dikeluarkan mahkamah sama ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Akhbar baru-baru ini mel- aporkan, seorang ibu tergam- ak membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya dalam semak sehingga bayi malang itu meninggal dunia akibat kehausan selama 12 jam.
Bayi itu ditinggalkan dalam semak di tepi pagar Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini pada Selasa lalu sebelum dua kakitangan klinik menemui mayat bayi kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Susulan itu, polis menahan seorang wanita yang berasal dari Bachok ketika dia men- dapatkan rawatan lanjut di HRPZ II di sini kira-kira pukul 11.30 malam hari yang sama.
Wanita yang telah berkah- win itu mempunyai dua orang anak berusia lima tahun dan setahun empat bu- lan.
Namun, wanita . itu mempunyai masalah rumah- tangga, manakala suaminya seorang penagih dadah yang sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan