KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,121 remaja di negara ini yang berusia bawah 16 tahun telah mengemu- kakan permohonan untuk berkahwin kepada pihak berwajib sepanjang tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 827 permohonan perkahwinan di- terima daripada remaja beragama Islam manakala Majlis Istiadat Sarawak pula merekodkan sebanyak 294 permohonan bagi tahun yang sama.
Kosmo! difahamkan, kebanyakan mereka yang mahu berkahwin bawah umur ini merupakan gadis sunti.
"Di Malaysia, perundangan perkahwinan adalah di bawah undang-undang keluarga yang ditadbir secara berasingan bagi mereka yang beragama Islam dan bukan Islam," kata beliau ketika meryawab soalan Teo Nie Ching (DAP- Kulai) mengenai jumlah perkahwinan membabitkan warganegara yang belum mencapai umur 16 tahun di Dewan Rakyat semalam.
Nie Ching juga mahu kementerian menyatakan langkah-langkah untuk melarang perkahwinan bawah umur me- mandangkan Malaysia telah menerima satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober 2013.
Dalam hubungan ini, Rohani menjelaskan, perkahwinan bagi umat Islam di Malaysia ditadbir mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri berkenaan.
Akta tersebut memperuntukkan bahawa perkahwinan bagi mereka yang berusia bawah 16 tahun hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.
Beliau berkata, bagi perkahwinan bukan Islam pula, Seksyen 10 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 memperuntukkan umur minimum perkahwinan adalah pada usia 18 tahun.
Bagaimanapun, katanya, perempuan bukan Islam yang telah mencapai umur 16 tahun boleh berkahwin jika mendapat kebenaran daripada Ketua Menteri.
Katanya, perkahwinan adat pula dilaksana dan didaftarkan di bawah undang- undang adat mengikut kaum pribumi masing-masing di Sarawak dan Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 di Sabah.'
Namun, Rohani menegaskan, kementeriannya berpendirian bahawa setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.
Justeru, katanya, beberapa langkah diambil untuk menangani perkahwinan bawah umur termasuk mewujudkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Kebangsaan, penubuhan pasukan pertugas Perkahwinan Bawah Umur serta pewujudan pusat remaja kafe@TEEN di seluruh negara bagi memberikan maklumat berkaitan isu psikososial dan kaunseling.
-Kosmo Khamis 7 April 2016
Khamis, 7 April 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan