Sabtu, 31 Mac 2018

Pengundi Kaum India Cameron Highland Terima Tan Sri M Kayveas


Hasil program turun padang bertemu kaum India yang dijalankan parti myPPP bersama Presidennya, Tan Sri M Kayveas semalam (30 Mac 2019), ternyata sambutan yang diterima sangat memberansangkan.

Sekalipun myPPP ialah sebuah parti berbilang kaum, tapi hasil maklum balas yang diberikan ternyata  kaum India di Cameron Highland senang dengan kehadiran Tan Sri M Kayveas yang turun melawat mereka.

Kayveas bukan asing di kalangan masyarakat India Cameron Highland. Pada tahun 2017, sekalipun bukan bergelar ahli parlimen kawasan tersebut, Kayveas telah menaja kelas persediaan UPSR untuk calon-calon dari SJKT Tanah Rata.


Sumbangan ini sudah tentu memberi makna yang besar kepada pelajar terlibat dan ibu bapa mereka dalam menghadapi UPSR tahun terbabit.

Krisis dalaman MIC yang menyaksikan ahli parlimen kawasan itu tersingkir keluar, telah sedikit sebanyak menjejaskan perkhidmatan yang seharusnya diberikan BN di kawasan tersebut.  Apatah lagi Tanah Rata ialah DUN yang diwakili parti pembangkang, DAP.

Bagaimanapun dengan kehadiran Tan Sri M Kayveas untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan, sedikit sebanyak telah mengemablikan keyakinan pengundi India seterusnya mencerahkan peluang untuk merampas kembali Tanah Rata dari DAP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan