Khamis, 11 Mei 2017

Lautan Merah Bangsa Yang Berani di Bukit Jalil Bukti Perkasanya UMNO

Perjuangan UMNO tidak akan terhenti selagi bumi Melayu ini tidak lebur dek kiamat.Dengan sokongan padu dari pelbagai peringkat usia menjadikan UMNO satu wadah yang sukar dibocorkan oleh anasir-anasir pengkhianat yang mahu melihat layar UMNO tumbang sekaligus tumbangnya kerajaan hari ini.


Syabas Presiden UMNO datuk Seri Najib Tun Rak,dalam keadaan ditekan dilastik dengan pelbagai ancaman dan tuduhan dari musuh masih mampu berdiri teguh bersama ahli dan penyokong umno serta rakyat.

Segala kebencian kepada UMNO yang dilemparkan oleh musuh nampaknya tidak memberi kesan mendalam walaupun satu ketika ahli dan penyokong terasa tergugak.

Kini UMNO di bawah Presiden berwibawa mampu memulihkan segala yang nampak lemah ketika diserang penjahat politik dan musuh.

Dengan sokongan jutaan ahli dari bangsa terbesar di negara ini UMNO tidak mungkin dapat digoyangkan dengan segala ancaman dari pihak musuh tradisi.

Ini suasan yang ditakuti pembangkang yang berkobar-kobar untuk menduduki kerusi pemerintahan negara selepas keputusan PRU14 nanti.

Namun begitu UMNO bukanlah sebuah parti seperti kapal buruk yang penuh dengan muatan tidak bernilai kepada rakyat.

Walaupun Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak cuba digulingkan oleh anasir pengkhianat bangsa Melayu dan kerajaan ia tetap mendapat sokongan teguh dikalangan Melayu terutamanya dikalangan anak muda pewaris generasi akan datang.

Dalam suasan ancaman musuh politik kepada UMNO menekan dipelbagai sudut dengan bermacam-macam fitnah parti keramat ini tetap dihati orang Melayu.

Kali ini UMNO yang berusia 71 tahun masih kukuh berdiri diatas gunung perjuangan bersama bangsa jitu jatii dirinya yang pantang diusik wadah perjuangannya.

  Rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian,bangsa inilah akan bangkit sekiranya bangsa dan agama,tanah airnya digangu gugat.

Lautan merah memenuhi Stadium Bukit Jalil pastinya mengambarkan bangsa yang berani hadapi sebarang cabaran bagi keamanan negara ini.






















2 ulasan:

  1. Ketua penyamun seronok la,byk penyokong bodoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang bodoh tu kamu,percaya pada kubur keramat orang gila

      Padam