Sabtu, 31 Mac 2018

myPPP Lebih Stabil Dari MIC

Gambar Hiasan

Penduduk Cameron Highland tidak akan lagi berdepan dengan masalah seperti mana yang melanda ahli parlimen mereka sekarang sekiranya calon dari parti myPPP dipilih dalam PRU14 yang akan datang.

Ini kerana, tidak seperti parti saingannya dalam BN, politik myPPP jauh lebih stabil dan sejak beberapa dekad kebelakangan ini, tidak pernah lagi berlaku kemelut kepimpinan.

Tidak ada lagi isu rakyat terabai kerana ahli parlimen terlibat dalam kemelut dalaman partinya sendiri.

Justeru, sepenuh perhatian boleh diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat kerana ahli parlimen tidak lagi perlu membuang masa menangani masalah parti seperti yang berlaku kepada wakil dari parti yang mewakili mereka sekarang ini.


Dalam erti kata lain, rakyat boleh mengharapkan politik yang lebih stabil dibawah kepimpinan yang baru.  Tidak ada apa lagi yang boleh rakyat harapkan kepada ahli parlimen mereka selain khidmat yang baik untuk kepentingan bersama.

Sesuatu yang ahli parlimen dari parti yang berkenaan, gagal berikan sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan