Rabu, 4 Mei 2016

Adenan lagi teruk dari Taib Mahmud

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa pemerintahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem lebih teruk berbanding ketua menteri sebelumnya Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, ini berikutan larangan masuk yang dikenakan terhadap ramai pemimpin pembangkang‎ ke negeri itu.

‎"Pimpinan PKR terus menerus masih lagi dihalang masuk ke negeri Sarawak. Yang lebih serius, apabila kita melihat justifikasi dan rasionalnya lebih teruk jika dibandingkan dengan zaman Abdul Taib Mahmud.

"Kalau dahulu tidaklah sampai tahap menahan dua hari sebelum pilihan raya diadakan," katanya disidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Terdahulu, ‎semalam Nurul Izzah dilaporkan gagal memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri walaupun telah menulis surat kepada Adenan.

Dalam pada itu, katanya walaupun dihalang masuk pimpinan PKR akan meneruskan agenda membantu masyarakat di Sarawak.

"PKR masih konsisten dalam pembawa pembaharuan dalam hidup rakyat Sarawak.

"Kita harus faham sehingga kehari ini ramai yang harus harungi masalah iaitu terhadap akses air dan elektrik akibat 53 tahun pemerintahan BN di Sarawak," katanya.

-Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan