MODAL baharu PKR Selangor untuk menarik lebih ramai menyertai parti itu setelah bekas Penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) meninggalkan UMNO.
Menurut laporan Selangorkini,bekas penyelia KEMAS,Megat Shariffudin Shaharuddin, 32, dengan rasminya keluar dari UMNO dan menyerahkan borang keahlian PKR kepada Naib Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Alwi dan telah menyerahkan notis 30 hari peletakan jawatannya pada 17 Januari lalu.
Dengan penyertaan Megat kedalam PKR tidak memberi nilai kurang kepada UMNO negeri mahupun Malaysia.
Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak pernah umumkan,Terengganu Darul Iman merupakan negeri paling tinggi menerima penyertaan ahli baharu kedalam UMNO seramai 9,787 setakat Oktobor 2016.
Untuk pengetahuan PKR,di Selangor pada 2016 UMNO Cawangan Kampung Arab Kapar sahaja menerima ahli baharu seramai 35 orang.
Oleh itu,kemasukan bekas penyelia KEMAS DUN Sementa itu tidak memberi nilai kurang kepada UMNO walaupun menjadi kebangaan keseluruhan blok pembangkang.
Untuk pengetahuan pembangkang,setiap bulan lebih daripada seorang UMNO menerima keahlian baharu.
Dengan jumlah 223,000 jentera jalinan rakyat yang berkhidmat untuk UMNO,ramai percaya ahli baharu UMNO bertambah setiap hari.-Hot Kelate
Selasa, 7 Mac 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan