Jumaat, 31 Mac 2017

Hubungan PAS dan PKR Tak Mustahil Ada Yang Langgar Bai'ah

1-Sekiranya putus kerjasama politik dengan PKR bermakna jawatan EXCO negeri goyah

2-Meneruskan kerjasama dengan PKR bermakna masih ada kerjasama dengan DAP walaupun secara tidak langsung.

Kukuhkah pendirian PAS? berkaitan dengan kenyataan beberapa pemimpin yang tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada kerjasama dengan DAP.

Persoalan ini mula timbul dikalangan rakyat apabila Akta RUU 355 tidak akan dibentangkan kerajaan seperti yang diumumkan Perdana Menteri("Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lepas mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu").

Sebelum ini terdapat desas-desus dikalangan rakyat atara sebab PAS ingin memutuskan kerjasama dengan PKR berikutan kepimpinan PKR tidak menyokong RUU 355.

Kencang juga dikalangan rakyat mengatakan PAS akan adakan kerjasama dengan UMNO selepas PRU ke-14 kerana kepimpinan UMNO diperingkat pusat,negeri,bahagian menyokong RUU 355.

Banyak lagi pendapat rakyat yang dibualkan di arena warong kopi dan sebagainya,tapi itu hanyalah pendapt semata-mata.

Melihat kesungguhan PAS untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR nampaknya akan jadi kenyataan apabila menerima sokongan daripada pemimpin PAS kawasan.Penentuan sama ada putus atau tidak adalah Muktamar PAS pada 27 April 2017 nanti.

Kena ingat juga,bahawa PAS pernah digelar parti U-Turn dan tidak mustahil akan berlaku lagi kerana dalam politik seninya berbeza dengan pejuang seni budaya.

Kiranya talak benar-benar dijatuhkan terhadap PKR,PAS sebenarnya tidak tertekan walaupun terkesan berikutan PAS sudah mempunyai sebuah negeri yang diperintahnya sejak 90-an.

Namun begitu,pada PRU14 PAS mungkin tidak lagi dianggap sebuah parti kuat di Selangor sekiranya berdiri datas kaki sendiri.

Di Selangor PAS tidak boleh diperkecilkan oleh DAP,PKR,PAN,PPBM dan BN berikutan kesan tanda lawannya masih diakui oleh penganalisi politik tanah air.

Pemimpin PAS Selangor mungkin goyang,namun terpaksa dengan kehendak pemimpin kawasan di Muktamar nanti,mahu tidak mahu,tidak mustahil akan ada yang langgar bai'ah kerana mahu terus mengecapi kuasa.

JUMAAT-31-3-2017-7:50PM-RESPECTMYPM

VIA TELEFON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan