Penahanan Pengarah Imigresen Perak oleh SPRM kerana dipercayai terlibat menerima rasuah daripada pengusaha pusat hiburan dan rumah urut yang beroperasi di negeri itu menjadi perhatian Pemuda PAN Perak.
Penahanan Pengarah Imigresen bersama tiga lagi individu yang dipercayai terlibat rasuah adalah usaha kerajaan membenteras gejala itu supaya negara bersih dari perbuatan tidak bertanggungjawab.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan
Kononya Pemuda PAN Perak dilaporkan terkejut dengan penahanan pengarah Imigresen bersama tiga lagi individu dan menyifatkan ia adalah satu perkara yang sangat serius malah menganggap telah mencalar integriti dan maruah penjawat awam.
Ujar pemuda PAN lagi,sewajarnya individu yang memegang jawatan tinggi ini menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada penjawat awam diperingkat bawahan.
Malah penahanan ini sedikit sebanyak telah menjawab persoalan yang bermain di fikiran masyarakat tentang gejala pusat hiburan, perjudian dan rumah urut yang berleluasa di negeri Perak ketika ini.
Apa yang menjadi kemusykilan banyak pihak apabila Pemuda PAN hanya bersuara setelah melibatkan negeri yang diperintah Barisan Nasional,sedangkan Selangor yang diperintah pakatan cacamerba pula tidak dipedulikan wal hal pusat judi haram dan rumah urut di Selangor banyaknya tidak terkira.
Pusat-pusat judi dan rumah urut di Selangor bermaharaja-lela beroperasi dan pihak penguatkuasa seolah-olah tidak mampu untuk membendungnya.
Apabila melibatkan negeri diperintah Barisan Nasional Pemuda PAN menggesa Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan mengenakan tindakan yang tegas terhadap Pengarah Imigresen dan tiga individu yang ditahan SPRM.
Namun tiada gesaan dibuat kepada pemerintah Selangor agar membersihkan pusat judi dan rumah urut sedangkan ia amat penting bagi membersihkan gejala maksiat.Manakala Pemuda PAN Selangor pula PEKAK dan BISU takut kepada DAP.
Oleh itu Pemuda PAN Malaysia perlu gesa supaya kerajaan Selangor tutup pusat judi dan rumah urut dan bukan hanya bersuara bila pekara sama berlaku di negeri diperintah Barisan Nasional.
Pujian 100% patut diberi kepada Pemuda PAN Perak yang berani bersuara tentang kejadian itu.tapi sayang bodohnya 200% pula.-sumber asal daripada Selangorkini
Sabtu, 4 Mac 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan