Azmin Ali yang juga Menteri besar Selangor kembang hidung dengan lebihan rezab RM351.38 juta.
Pagi tadi penulis ke sebuah bank di Taman Equine ,Seri Kembangan ,Selangor.
Kawasan ini baru dibangunkan sejak lebih kurang 5 tahun lalu.
Kawasan ini juga jadi tumpuan masyarakat sekitar Puchong berikutan kemudahan yang ada.
Taman Equine ada tiga Bank,lima kedai makan.
Dengan pelbagai jenis perniagaan yang ada kawasan baharu ini menjadi sebahagian kawasan maju apa lagi dengan wujud 7-Eleven dan hardware.
Taman Equine juga ada hotel dan satu rumah urut sedap tempat lelaki hidung belang lembikkan belalai mereka.
Kini rumah urut sedap itu telah ditutup operasinya disitu,menurut seorang sahabat rumah urut sedap itu berada disebelah kedai makan K.M.C (Kak Ma Catering).
Kini KMC juga ditutup,khabarnya berpindah kekawasan lain.
Manakala rumah urut sedap lelaki hidung belang itu juga hanya tutup operasinya hanya dipermis itu sahaja.
Rumah urut sedap yang ditutup itu kini beroperasi dikawasan sama.
Rumah urut sedap yang baharu dibuka sebagai ganti yang telah ditutup itu jaraknya kira-kira 300-400 meter jaraknya.
Menurut sahabat penulis,tukang urut kesemuanya wanita muda dan ada dari Thailand dan Indonesia.
Dengan adannya kemudahan dan penyedap lelaki hidung belang kawasan itu pasti cepat menjadi tupuan.
Persoalan yang menjadi kemusykilan kepada peniaga-peniaga di Taman Equine apabila lubang dalam yang terbentuk dipermukaan jalan berhampiran Restoran Pla-Pla tidak ditampal.
Lubang berbahaya kepada kenderaan itu menjadi ketakutan kepada pemilik kenderaan kerana ia boleh merosakan kenderaan mereka.
Azmin Ali yang bangga dengan status rezab Selangor bukanya peduli masalah jalan berlubang itu kerana beliau bukanya lalu disitu.
Dah lapan bulan lubang itu wujud,tiada siapa pihak berkuasa tempatan peduli,kalau peduli dah lama lubang itu ditampal,kata seorang yang lalu dikawasan itu.
Kawasan yang maju pastinya pendapatan melalui kutipan cukai tinggi,Tetapi dimana hasil cukai itu sedangkan jalan berlubang berbahaya seperti buaya menunggu mangsa tidak dibaiki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan