Sabtu, 4 Mac 2017

Tidak Ada Undang-Undang Yang Boleh Bertindak Kepada Mereka Tidak Daftar Mengundi

Tidak daftar mengundi satu kerugian besar kepada rakyat negara ini berikutan tidak dapat menentukan kuasa politik kepada parti yang disokong.
Dari sudut undang-undang tidak ada peruntukkan untuk mengambil tindakan kepada mereka yang tidak mendaftar mengundi.

Rakyat Malaysia yang dijangka belum daftar mengundi seramai 4.4 juta orang manakala Melayu menjadi kaum terbesar belum mendaftar dengan anggaran 2 juta.

Kaum Melayu paling tinggi belum daftar mengundi terdiri daripada kalangan muda berusia 40 tahun kebawah.

Melayu juga kuat bercakap soal politik,Melayu juga kuat mengkritik pemerintah tetapi kritikan untuk mengubah polisi tidak akan laku kerana kuasa sebenar untuk merubah dan mengubah atau menukar kuasa pemerintah dalam negara demokrasi berpalimen terletak kepada kuasa undi atau jumlah undi yang diperolehi sesebuah parti yang bertanding.

Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada kuasa apa-apa untuk mengambil tindakkan terhadap mereka yang belum daftar mengundi berikutan tiada dalam akta undang-undang negara ini.

Masyarakat terutamanya pemimpin politik dalam kawasan masaing-masing hanya boleh menggalakkan orang ramai supaya daftar sebagai pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan