Khamis, 13 April 2017

ADAM Rosli Kena Buka Mulut Kiranya Ada Orang Lain Terlibat

SUMBER mStar

Hari ini satu lagi kena tahan dengan SPRM beliau adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan,Datuk Adam Rosli.

Adam Rosli memiliki kekayaan luar biasa diusia muda,manakala Rafizi Ramli tukang selongkar pula tidak pernah selongkar dah dedah dari mana sumber kekayaan diperolehi Adam Rosli.

Kenapa asyik-asyik selongkar orang UMNO-BN dan PAS sahaja?apakah perbuatan keji orang dalam PKR,DAP,PPBM,PAN tidak perlu didedah sebab hidup dalam satu sangkar dengan Rafizi.

Manusia sperti Rafizi kalau bercakap semuanya demi rakyat,apakah orang-orang dalam sangkar sama tidak perlu didedah? kerana mereka pejuang rakyat.

Percaya atau tidak soal lain,namun begitu selepas ini rasanya akan ada wakil rakyat dari PKR atau sama waktu dengannya akan dipanggil dan ditahan oleh SPRM berhubung pekara berkait dengan hasil kekayaan Adam Rosli.

Adam Rosli tidak perlu pertahan mereka-mereka yang patut dibabitkan sekiranya beliau tidak mahu menangung beban sedangkan orang lain bebas.

Adam Rosli perlu jujur sekiranya beliau ada sifat jujur,kerana kejujuran itu akan sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung.Takkan nak tanggung sorang-sorang sekiranya ada orang lain terlibat.

Dalam undang-undang tiada siapa boleh lari,kalau lepas didunia di akhirat belum tentu,jadi Adam Rosli patut buka mulut sekiranya benar hasil kekayaan yang diperolehi itu dari sumber melanggar undang-undang.

Ini bukan soal politik,tetapi soal maruah diri,takkan nak tanggung sorang-sorang sekiranya sisatan ada bukti kamu melakukan kesalahan BERSAMA orang lain.

Sekiranya benar Adam Rosli melakukan kesalahan,Rafizi Ramli patut dedah siapa lagi yang ada kaitan.

Takkan Rafizi tak nak bela dan nak biarkan orang yang mungkin terlibat sama bebas.

Sanggupkah Rafizi Ramli lihat Adam Rosli terinaya?jangan sibuk nak dedah sebelah pihak sahaja.

KHAMIS 13-4-2017 - 6:45PM-RESPECTMYPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan