Selasa, 18 April 2017

Pemimpin Pembangkang Guna Otak Dikepala Lutut

Sekiranya sesiapa berada dalam kasut pembangkang pasti tahu keberkesanan parti-parti mereka kepada rakyat.
Walaupun tidak memiliki tempat duduk dengan usaha sendiri, suaranya mengalahkan bunyi ledakan bom namun hasil dari pengeboman pula kosong.

Kesian pengikut-pengikut PAN,tak henti-henti telan pembohongan yang dicampak pengembala mereka,nak buat macam mana kalau dah rela jadi haiwan ternakan.

Parti yang dipimpin oleh manusia yang pernah ditangkap berada bersama dengan bini orang memang tidak bermaruah,malah tidak tahu malu dari atas sampai kebawah.

Dikala manusia lain mencari kearifan hidup dengan kebelbagaian ilmu duniawi dan ukhrawi,manusia dalam pembangkang pula jadikan pemimpin-pemimpin besar PAN,PKR,DAP,PPBM sebagai guru untuk mereka.

Tidak hairanlah zikir mereka ini hanyalah mengumpat pemimpin PAS dan UMNO setiap selepas solat 5 waktu.
Hari ini satu lagi zikir baharu yang disampaikan oleh maha guru PAN,Salahuddin Ayub,rasanya sudah ramai yang terima zikir munafik itu dan tidak mustahil murid-muridnya sedang berzikir sehingga kealam mimpi.

Salahuddin Ayub dakwa dengan pelantikan Hishammuddin ke menteri Tugas-tugas Khas tidak lain tidak bukan untuk memudahkah Hishammuddin mendapat jawatan Perdana Menteri.

Nampaknya pemimpin PAN ini semakin merapu meraban,nak kata gila meroyan rasanya tidak betul berikutan beliau seorang laki-laki.
Apa yang layak digelar kepada orang macam ni,kalau gila babi,’kasar pula bunyinya.

Pemimpin otak dikepala lutut kebiasanya diwarisi golongan dalam DAP,PKR,PPBM,PAN.Dahulu pemimpin PAS 2×5 juga,la ni nampaknya cerdik dan jitu malah segala kenyataan yang dikeluarkan mencerminkan manusia berotak di kepala bukan dikepala lutut.
Salahuddin anggap telahan tersebut sebagi jalan keluar untuk UMNO sebelum nasi menjadi bubur.

Septutnya Salahuddin melihat kepada sejarah,bukan zaman Najib sahaja buat lantikkan Menteri Tugas-tugas Khas,dan adakah Perdana Menteri semasa itu berundur diri dan orang yang dilantik itu dipilih ke jawatan Perdana Menteri.
Sejarah tidak membutakan mata hati orang-orang cerdik kecuali yang bodoh seperti Salahuddin dan sewaktu denganya sahaja mengira dengan angka sifir yang salah.

Selama puluhan tahun Salahuddin bersama PAS,rekod paling hebat beliau hanya membela Anwar Ibrahim dipentas pentas ceramah berkaitan ke liwat.

Katanya lagi,”Bagi Najib, isunya sekarang adalah jaminan keselamatan keluarga dan hartanya setelah bersara. Najib tiada pilihan lain melainkan memberikan kepercayaan kepada sepupunya (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) bagi tujuan tersebut,” seperti yang disiarkan Sinar online dengan tajuk PRU14: Najib beri laluan pada Hishammuddin?.

Segala telahan bodoh Salahuddin mencerminkan kebodohan beliau sendiri yang takut bersuara apabila PKR dengan sebulat suara menyokong RUU 355.

Setakat ini hanya Anwar Ibrahim sahaja yang dihukum penjara selepas ditendang dari UMNO oleh Mahathir kerana cukup bukti yang menyatakan Anwar adalah seorang peliwat.

Berkaitan keselamatan keluarga dan harta Najib seperti yang cuba dijadikan alasan Hishammuddin akan jadi Perdana Menteri oleh pembangkang,itu semua hanyalah porovikasi tidak bermoral dari manusia tidak bermoral,dengan sebab itulah juga PAN dipimpin oleh manusia tidak bermoral.

Najib tidak akan berundur sebelum PRU14,kalau berlaku pun selepas dua tahun kemudian dan itulah telahan dikalangan manusia otaknya bukan dikepala lutut.-HOT KELATE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan