Rabu, 19 April 2017

Perasuah Sepatutnya Dihukum Bukan Ditukar Ke Kementerian Lain

Apa maksud Datuk Seri Hishammuddin jika warga Kementerian Pertahanan yang didapati bersalah melakukan rasuah akan diarah tukar kementerian.

Apakah Datuk Seri tidak tahu?,rasuah adalah virus kelakuan yang amat sukar dimatikan,sekiranya warga Kementerian Pertahanan yang didapati bersalah melakukan rasuah dan ditukar ke kementerian lain ia akan merebak,kerana rasuah adalah seperti satu virus yang boleh berjangkit.

Sepatutnya Datuk Seri Hishammudin memberi amaran keras kepada warga kementerian pertahanan termasuk memecat dan sita atau rampas segala harta mereka warga kementerian jika didapat bersalah melakukan jenayah jijik rasuah.

Menurut undang-undang Malaysia,apa bentuk kesalahan rasuah yang dilakukan oleh penjawat awam atau tidak hukuman akan dikenakan jika didapati bersalah.

Sekiranya dibaca dari kenyataan Datuk Seri Hishammuddin,mereka dari Kementerian Pertahanan tidak akan dikenakan tindakan undang-undang sebagaimana biasa,sebaliknya hanya ditukar ke kementerian lain.

Penatlah kalau ada menteri macam ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan