Sabtu, 6 Mei 2017

Empat Lelaki Ditahan Berhubung Insiden Selepas Solat Jumaat Di Taman Austin Johor

POLIS telah menahan 4 orang lelaki berkaitan insiden seorang lelaki dipukul dihadapan surau Taman Austin Perdana Johor.

Kejada pada Jumaat 5/5/2017 menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai apabila video insiden itu tular di sosial media.

 Datuk Kamarul Zaman Mamat yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri memaklumkan,ke empat-empat lelaki itu ditahan di depan surau Taman Austin pada pukul 1 pagi,mereka yang ditahan berusia 21 hingga 55 tahun.

Suspek disiasat mengkut Seksyen 147 kanun Keseksaan kerana merusuh.Kamarul Zaman juga turut ingatkan kepada orang ramai tidak menyebar luas kejadian itu dan mengeluarkan sebarang komen yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang masih degil dengan menyemarakkan api kemarahan,tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan