Jumaat, 5 Mei 2017

Mampukah 1,900 Penguat Kuasa SPRM Kekang Rasuah,Sedangkan Penjawat Awam 1.6 Juta


Suruhanjaya Pencehan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai 1,900 pegawai penguat kuasa untuk mengekang kejadian jijik rasuah.

Dengan jumlah pegawai penguatkuasa seramai itu rasanya tidak mungkin dapat melakukan kekangan terhadap kejadian rasuah ke tahap sifar walaupun tindakan dan tugas yang dijalankan membanggakan.

Dengan jumlah penjawat awam seramai 1.6 juta yang perlu diawasi dengan pelbagai cara kelihatannya amat memenatkan malah jauh untuk dikatakan seimbang.

Bukan itu sahaja yang dilihat tidak kena bagi satu badan penting negara kerana SPRM juga menerima jumlah peruntukan yang terendah pada tahun ini sejak 2013.

Kerajaan patut melihat pekara ini sebagai hal penting supaya tidak dinilai rakyat sebagai kerajaan yang tidak ambil berat,sedangkan tugas mengekang kejadian rasuah oleh SPRM bukan pekara mudah.

Oleh itu,rakyat Malaysia merayu kepada kerajaan supaya menilai semula jumlah peruntukan untuk SPRM agar dapat menambah bilangan pegawai penguat kuasa.

Sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab dan berkebajikan sepatutnya tidak membiarkan pekara ini berlaku sejak dari awal sedangkan ranking rasuah negara jadi sendaan pemimpin pembangkang.

Rakyat berbangga dengan kemudahan yang disediakan untuk mereka,namun pekera penting bagi mengekang pelaku rasuah patut juga diberi keutamaan kerana sesebuah negara yang dapat membersihkan kejadian buruk rasuah wanginya akan dihidu seluruh rakyat malah dunia juga turut memberi hormat.

Dengan jumlah pegawai penguat kuasa SPRM yang kecil jumlahnya,mereka dapat mengesan ada pegawai penguat kuasa yang dibayar sehingga RM5 juta sebulan bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadap sindiket yang terlibat dalam kegiatan haram seperti judi dan pelacuran.

Kita rakyat mengucapkan terima kasih kepada SPRM dan syabas kerana menjalankan tugas yang diamanahkan.

JUMAAT 5/5/2017 -12PM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan