Rabu, 17 Mei 2017

MPK ambil tindakan 23 unit bangunan dibina tanpa izin

SHAH ALAM, 16 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil tindakan tegas terhadap 23 unit bangunan yang didirikan tanpa izin di atas kawasan milik harta bersama di sekitar Pangsapuri Sri Bayu dan Sri Angkasa.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Parit,Jalan Dan Bangunan (Akta 133) selepas dibangkitkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Binaan Tanpa Izin.

“Premis yang didirikan bukan saja tidak berlesen malah ada di antaranya menimbulkan permasalahan lain seperti tempat letak kereta menjadi padat di mana bumbung disambungkan sesuka hati dan pemilik juga meletakkan barangan di bawah struktur yang di bina.

“Selain daripada itu, kewujudan premis berkenaan juga menyebabkan lokasi sekitar menjadi tidak terurus kerana sebahagian kawasan parkir dijadikan tempat berniaga dan ada diantaranya menggaji pekerja warga asing di situ,” katanya.

Katanya, tindakan perobohan diselaraskan oleh Jabatan Bangunan terhadap binaan struktur tambahan di luar sempadan lot pemilik.

Selain itu, perobohan dibuat kerana terdapat penyambungan elektrik tanpa kawalan seterusnya mengancam nyawa penghuni blok berhampiran jika berlaku sesuatu bencana yang tidak diingini.-SELANGORKINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan