Jumaat, 30 Jun 2017

Sampai Bila UMNO Rela Jadi "Lilin Bakar Diri'?

Orang Cina bukan tolak mentah-mentah RUU355 sebaliknya mereka keliru kerana ada yang menghasut agar tidak menerima RUU itu dengan alasan menyokong RUU 355 samalah menyokong UMNO dan PAS.

Dalam soal ini MCA dan Gerakan kelihatannya terpaksa berpura-berpura berperang dengan UMNO berkaitan dengan RUU 355.

Mustahil MCA dan Gerakan tidak faham sedangkan RUU 355 tidak ada kena mengena dengan non muslim,maka,jika kita lihat masyarakat non muslim di Kelantan dan Terengganu tidak memberi sebarang tentangan hebat kepada cadangan pindaan RUU 355 yang menjadi isu panas setelah dipolitikkan.

MCA dan Gerakan, kadang kala mengeluarkan kenyataan yang agak pedas berkaitan RUU 355,kadang kala menjadikan telinga penulis blog dan pengguna facbook pro BN panas.

Sama ada pengamal media atas talian faham atau tidak strategi politik berseni itu soal lain,sebaliknya mereka dari pengamal media atas talian pro BN melenting lalu menulis isi hati mereka dengan pendapat seolah-olah MCA tidak perlu berada dalam BN.

Ada yang persoal,MCA dan Gerakan gagal menerangkan keadaan sebenar RUU 355 yang tiada kaitan dengan non muslim.

Bagi orang Cina yang menyokong MCA,sekiranya kita duduk dan berbual dengan mereka,mereka sebenarnya tidak keliru malah faham yang RUU 355 itu tiada kaitan dengan anutan bukan Islam.

Sejak tsunami politik orang Cina tolak BN,MCA dan Gerakan sebenarnya berkeadaan sukar untuk mempengaruhi orang-orang Cina agar kembali kepada BN setelah minda mereka di tawan DAP.

Tidak hairanlah sekali-sekali MCA dan Gerakan kelihatan menyerang UMNO dalam beberapa isu.

Tindak balas blogger dan facbooker terhadap serangan MCA dan Gerakan kepada UMNO sebenarnya kosong impaknya ,kerana menolak atau menerima MCA dan Gerakan oleh orang Cina terletak sejauh mana usaha MCA dan Gerakan sendiri.

Kalau asyik serang UMNO bagi mencari sokongan orang Cina,rasanya ia telah membongkar satu kelemahan besar MCA dan Gerakan sendiri.

Jika diteruskan juga,tidak mustahil orang Melayu akan berkata,sampai bila UMNO rela jadi 'lilin bakar diri'untuk rakan-rakan dalam BN.

Artikel ini sekedar pendapat peribadi dan ia tidak dipengaruhi rasa benci terhadap MCA dan Gerakan.

VIA TELEFON /JUMAAT 30 JUN 2017 /JAM 12:10 -RESPECTMYPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan