Jumaat, 7 Julai 2017

DAP Bukan Ditangan Kit Siang

Pendapat....

Kebelangkangan ini membara sungguh isu DAP diputarkan para facebooker dan blogger pro Barisan Nasional.

Sebut sahaja DAP,nama Lim Kit Siang tidak akan bercerai dalam ulasan para penulis,malah ia boleh di ibaratkan seperti cicin dengan jari.Kadang kala ada yang tersasul seolah-olah masa depan DAP berada ditangan Kit Siang.

Dengan gambaran kurang tepat berkaitan DAP yang seolah-olah kuat kerana Lim Kit Siang adalah sangat tidak memberi satu ketepatan,malah menunjukkan penulis kehabisan idea atau berkesedudukan dengan orang-orang yang malas berfikir.

Dari segi logik,sama ada Barisan Nasional,PAS,PPBM,PKR,PAN,DAP dan lain-lain parti yang berdaftar ,kekuatan sebenarnya terletak kepada sokongan rakyat dan pengundi.Melalui pengundi akan terhasil jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya.

Tidak dinafikan melalui usaha keras pemimpin sebuah parti ia akan membuahkan hasil lumayan,namun DAP setakat ini hanya kelihatan kuat ketika Pakatan Rakyat belum berkubur.

Rasanya tidak ada sesiapa yang akan membantah jika dikatakan Lim Kit Siang mempunyai wibawa dan pengaruh kepada parti dan penyokong.Namun adakah pengaruh dan kewibawaan itu akan turut bersama sekiranya beliau keluar DAP dan menubuhkan parti baharu.Jawapanya tentu tidak!...Ini bermakna,DAP akan terus mendapat sokongan walaupun tanpa Lim Kit Siang,tetapi Lim Kit Siang pastinya tidak mendapat sokongan sekuat berada dalam DAP.

Sebagai contoh,lihat sahaja Mahathir yang pada satu ketika mendapat sokongan kuat orang Melayu terutamanya dikalangan UMNO.

Setelah keluar UMNO dan tubuh PPBM,Mahathir gagal mengekalkan sokongan kuat seperti berada dalam UMNO,malah penyokong parti yang diasaskannya berpecah belah sebelum menghadapi sebarang pilihan raya.

Ada sesetengah facebooker dan blogger membuat andaian berlebihan,kata mereka,'sekiranya Lim Kit Siang bersara,DAP akan ranap atau hancur seolah-olah akan berkubur.

Pada awal semangat 46 di wujudkan,Melayu yang tidak sebulu dengan Barisan Nasional juga melaungkan UMNO akan berkubur,dan begitu juga semasa awal-awal laungan reformasi ciptaan puak-puak penjilat Anwar Ibrahim.

UMNO tetap juga tegak,dan apakah tegaknya UMNO kerana kuatnya sokongan kepada pemimpin?..lu pikirlah sendiri.'adakalanya jawapannya ya! adakalnya tidak.
Ya!,ketika pemimpin bersama UMNO dan tidak,' ketika tidak bersama UMNO.

Kuatnya UMNO kerana orang UMNO,bukanya orang pemimpin UMNO.

Kebiasanya,jika orang pemimpin UMNO,IA AKAN MEMPUNYAI PERANGAI PELIK SIKIT...

Kenapa?,kalau pemimpin yang disokongnya tidak dipilih sebagai calon pilihan raya,mereka akan sabotaj.

Berbeza dengan orang UMNO,orang-orang ini akan tetap sokong siapa pun calon,asalkan bendera parti tetap sama.Mereka sebegini layak digelar orang parti.

Jadi,kekuatan dan masa depan DAP bukanya terletak pada Lim Kit Siang,sebaliknya terletak kepada besarnya sokongan terhadap parti itu.

VIA LAPPY JUMAAT 7/7/2017-JAM 1:10 PAGI-RESPECTMYPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan