Sabtu, 31 Mac 2018

Soal Hak Milik Tanah Penduduk Tanah Rata Boleh Diselesaikan Jika Tan Sri M Kayveas Menjadi Ahli Parlimen



Antara isu yang membelenggu penduduk Cameron Highland amnya dan Tanah Rata khasnya ialah soal pemilikan tanah untuk bertani di sekitar kawasan tersebut.

Geografi Cameron Highland memang sesuai untuk tujuan pertanian malah kini menjadi sumber utama bekalan sayur-sayuran di Malaysia - untuk kegunaan tempatan dan juga eksport.  Tidak hairan ia menjadi tumpuan golongan petani untuk mengusahakan tanah di kawasan itu.

Bagaimanapun, usaha petani secara kecil-kecilan di Tanah Rata ini berada dalam risiko berikutan hak milik tanah tersebut masih belum menjadi milik mereka sekalipun ada yang sudah berpuluh-puluh tahun mengusahakan tanah disitu.


Perkara ini bagaimanapun diyakini dapat diselesaikan sekiranya Tan Sri M Kayveas dicalonkan dan menang kerusi Parlimen Cameron Highland dalam PRU14 yang akan datang.  Apatah lagi wakil rakyat DAP dilihat gagal memainkan peranan membantu penduduk di kawasan itu dalam soal hak milik tanah ini.

Beliau yang dikenali begitu agresif dalam menyelesaikan masalah rakyat, pasti akan berhubung lebih rapat dengan pimpinan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini yang telah tertangguh sekian lama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan