“Kami (Jabatan Imigresen) hanya melaksanakan arahan yang diberi oleh pihak berkuasa negeri,” katanya pada sidang media di Pejabat Penguatkuasaan Imigresen di sini, semalam.

“Kami ada melarang orang asing daripada memasuki negeri ini termasuk Australia.
“Orang dari Sabah juga tertakluk kepada larangan untuk masuk….kami hanya tidak melarang warga Sarawak sahaja,” katanya.
Beliau turut mentakrifkan orang yang dilarang daripada memasuki negeri ini sebagai orang yang tidak diingini dan bukan hanya terbatas kepada golongan pelampau dan sebagainya.
“Jika pihak berkuasa negeri berpendapat orang itu tidak diingini memasuki Sarawak, maka mereka akan dilarang,” katanya.
Dalam pada itu, Ken menjelaskan bahawa tiada masa khusus diberikan kepada larangan ini namun mereka yang dilarang dapat merayu untuk masuk tetapi ia adalah bergantung kepada pihak berkuasa negeri untuk membenarkannya.
Beliau turut enggan mendedahkan senarai orang yang tidak diingini memasuki negeri ini.
“Saya tidak boleh mendedahkan, orang berkenaan hanya tahu bahawa mereka berada dalam senarai hitam kami apabila mereka tiba di kaunter kami.
“Kami juga akan menasihati mereka untuk lebih baik tidak datang jika mereka adalah orang yang tidak dikehendaki di sini,” katanya.
Menurut Ken, pada tahun ini terdapat seramai empat orang yang sudah diarahkan balik kerana disenarai hitam sebagai orang yang tidak diingini untuk masuk ke negeri ini.
Beliau turut menegaskan bahawa imigresen tidak akan menanggung tambang pesawat kepada mereka yang dihantar balik.
“Sebenarnya mereka membeli tiket berulang-alik tetapi jika mereka membeli tiket sehala, syarikat penerbangan bertanggungjawab ke atas mereka.
“Ia sudah diperuntukkan agar syarikat penerbangan menanggung tambang mereka,” katanya. – Utusan Borneo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan