Khamis, 7 April 2016

MyDeposit Mula Dilaksanakan Hari ini


Kuala lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak men- gumumkan pelaksanaan Skim
Pembiayaan *Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016.

Beliau berkata, skim ini dilaksanakan untuk membantu golongan berpendapatan se- derhana (M40) yang mempu- nyai pendapatan isi rumah di antara RM3.000 dan RM10.000.

"Skim ini melibatkan pemberian sumbangan sebanyak 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000, yang mana lebih rendah, kepada pembeli rumah pertama untuk memban­tu mereka membeli rumah yang berharga kurang RM500,000," katanya selepas mempengerusi- kan mesyuarat Majlis Peruma- han Negara (MPN) di sini semalam.

Perdana Menteri berkata, pemohon boleh mengemukakan permohonan dalam talian bagi skim tersebut bermula esok rae- lalui laman web Jabatan Peruma- han Negara, Kementerian Kes- ejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kera­jaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, MyDe­posit terbuka kepada semua jenis rumah daripada semua pemaju berdaftar, kecuali Per- badanan PRIMA Malaysia.

Skim ini juga katanya, tidak hanya terhad kepada pembelian rumah baharu, tetapi juga kepa­da pembelian rumah sedia ada.

Pada majlis yang sama, Najib turut mengumumkan pelaksan­aan penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama, yang telah diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016, pada bulan ini.

Bagi menggalakkan pemaju swasta membina rumah di bawah harga RM300,000, Najib berkata, KPKT menawarkan beberapa insentif kepada pemaju termasuk pengekalari nilai de­posit di paras RM200,000 daripada tiga peratus daripada ang- garan kos buat masa sekarang.

Bagi pembangunan bercampur, Perdana Menteri berkata, nilai deposit adalah berdasarkan baki pemajuan rumah-rumah yang berharga lebih RM300,000.

Mengenai status pelaksanaan satu juta rumah mampu milik menjelang 2018, Najib memaklumkan sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 183,755 unit telah siap dibina, 214,011 sedang dalam pembinaan dan 309,571 sedang di dalam pelbagai peringkat per- ancangan.

Beliau turut mengumumkan pelaksanaan Karnival Rumah Mampu Milik secara bersepadu mengikut zon, bermula dengan Zon Tengah di MAEPS, Serdang, pada Julai 2016 yang akan menawarkan lebih daripada 50,000 unit rumah untuk dijual. - Bernama

-KOSMO KHAMIS 7 APRIL 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan