Khamis, 7 April 2016

Hentikan Proses Chinanisasi Di Laut China Selatan

INSIDEN pencerobohan per- airan kepulauan Spratly oleh nelayan dan juga pasukan ke- selamatan Republik Rakyat China (PRC) telah menimbul- kan keresahan dalam kalangan ne- gara-negara ASEAN yang mempu- nyai sempadan laut di Laut China Selatan.

Tindakan Beijing mewartakan secara unilateral bahawa keseluruhan kepulauan Spratly serta seluruh perairan Laut China Selatan  adalah sebagai sebahagian daripada wilayah China adalah satu langkah paling tidak beretika dalam sejarah hubungan antarabangsa di antara beberapa negara ASE­AN seperti Malaysia,Brunei, Indonesia serta Filipina dan Vietnam dengan Beijing.

Kedudukan China yang digembar-gemburkan dunia antarabangsa se­bagai sebuah ne­gara kuasa besar baharu dan juga antara negara kuasa ekonomi dunia masa kini menjadi salah satu faktor penyebab kerakusan Beijing dalam soal memperluaskan bukan sahaja pengaruh, tetapi mula bertindak menguasai wilayah lain bagi tujuan memperlihatkan keegoan China.

Beijing yang semakin rakus bertindak membina struktur ketenteraan dengan menambak pulau- pulau buatan di tengah-tengah Laut China Selatan yang kini menjadi zon laluan kapal dagang dunia telah menjadi petunjuk utama kepada bu­kan sahaja ASEAN yang berjiran dengan China, tetapi ia meletuskan gugatan kepada dunia bahawa kerajaan komunis China sanggup melakukan apa sahaja tindakan demi memperluaskan cengkaman taklukan pengaruh, wilayah serta penguasaan ekonomi demi menjayakan matlamat Beijing untuk membina 'empayar' abad ke-21.

Perbuatan Beijing yang 'menakluk' Spratly tanpa mempedulikan bantahan negara-negara asing ada­lah satu agenda utama bagi menguji dunia antarabangsa termasuk ASEAN dan juga Washington terutamanya dalam kesungguhan kuasa besar Barat itu untuk berhadapan dengan Beijing.

Jika isu dan insiden 'penaklukan' China ke atas Laut China Selatan ini tidak dapat dibatasi du­nia antarabangsa termasuk oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia akan menjadikan Beijing lebih keras kepala pada masa hadapan.

Kes 'Chinanisasi' ke atas Spratly dan Laut China Selatan sebenarnya telah menunjukkan betapa hubun- gan diplomasi yang baik antara beberapa negara dengan Beijing tidak menjamin bahawa negara Tembok Besar itu tidak akan 'mengganas', bahkan sikap rakus Beijing yang terbaru pada abad ke-21 ini telah menyebabkan Washington yang selama ini dilihat begitu berperanan be­sar di kawasan Lautan Pasifik telah mula hilang taringnya.

Kini secara jelas, Asia Pasifik akan dikuasai armada laut Beijing apa- bila proses Chinanisasi Spratly dan Laut China Selatan berjaya diselesaikan Bei­jing.

Malaysia dan beberapa negara ASE­AN dalam kes Laut China Selatan ini perlu bertindak mengadakan pasukan ketenteraan bersama dalam berhadapan dengan armada tentera China yang tanpa segan telah menakluk wilayah yang sepatutnya hanya dituntut warga ASEAN.

Mungkin satu konferen keselamatan khas perlu diadakan sebagai pentas selain ASEAN yang hanya melibatkan negara seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina serta Brunei dalam membina kesepakatan khusus bagi memberikan kata putus terhadap isu penerokaan dan penaklukan asing di Spratly dan Laut China Selatan.

Jika Beijing terus dibiarkan ^ tanpa sekatan, saya yakin bahawa proses Chinanisasi kepentingan dan kedaulatan di Laut China Selatan akan berjaya dilakukan, sekali gus menafikan hak Malaysia, Brunei, Indonesia serta Viet­nam dan Filipina ke atas bukan sahaja Spratly tetapi ke atas keseluruhan Laut China Selatan itu.

Kegilaan Beijing dalam menak- luk Laut China Selatan atas hanya beralaskan alaSan nama bagi laut berkenaan yang menggunakan nama 'China', maka sudah tiba masanya bagi keseluruhan anggota ASEAN dan juga Washington menukar nama laut berkenaan kepada Laut Spratly ataupun Laut ASEAN atau boleh juga ditukar nama ke nama asal laut berkenaan sebelum ini yang dikenali dalam sejarah se- bagai Laut Champa.

Bertindaklah menukar nama laut berkenaan dengan segera sebagai tanda protes kepada tindakan ga- nas Beijing dalam proses menakluk Laut China Selatan itu. Komuniti pengguna laluan perkapalan antarabangsa yang merentasi Laut China Selatan juga haruslah menyokong usaha memperteguhkan norma asas kedaulatan laut itu yang sebelum ini bebas daripada cengka- man Chinanisasi.

Aseanisasikan Laut China Sela­tan demi memprotes proses Chi­nanisasi yang secara agresif sedang dilaksanakan Beijing di kawasan berkenaan. Maruah ASEAN perlu dipertahankan dan Laut China Selatan yang sedang ditakluk Beijing harus dihalang demi menegakkan kedaulatan dan hak bernegara.

• DR. MD. SHUKRI SHUIB ialah Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Penga- jian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan