KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa semua dasar berkaitan pengimpor- tan beras sedia ada dikekalkan meskipun Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA).
Menteri Pertanian dan Indus- tri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dasar itu dikekalkan bagi melindungi kepentingan sektor padi, beras dan pendapa- tan petani tempatan.
"Malaysia telah memperoleh pengecualian ke atas mekanisme pengimportan dan penge- daran beras di bawah TPPA. Semua dasar berkaitan pengimportan beras sedia adadikekalkan dan ia hanya akan dipinda sekiranya ada keperluan di pihak kerajaan.
"Antara yang kita kekalkan, Malaysia hanya mempunyai satu sahaja pengimport beras. Jika ada yang mendak- wa sesiapa sahaja boleh import beras di bawah TPPA, itu tidak akan berlaku," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengenai
jaminan dan langkah perlindungan oleh kerajaan kepada industri padi dan petani dalam berdepan dengan pelaksanaan TPPA.
Ahmad Shabery memberitahu, kerajaan hanya membenarkan satu pengimport beras di negara ini bagi memudah- kan usaha mengawal kemasukan beras import ke Malaysia.
"Malaysia hanya membenarkan import beras berdasarkan keperluan negara supaya tidak mengganggu pasaran beras tempatan," katanya.
KOSMO KHAMIS 7 APRIL 2016
Khamis, 7 April 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan