Selasa, 3 Mei 2016

Adenan Beri Peringatan Pada Kaum Cina

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, memberi peluang kepada masyarakat cina di negeri ini untuk membuat pilihan samada mahu bersama Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan pemerintah, atau bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) membentuk pakatan Pembangkang.

Menurutnya, beliau khuatir masyarakat Cina tidak dapat bersama kaum lain di Sarawak dalam membentuk kerajaan, kerana ketiadaan kaum Cina dalam kerajaan adalah sesuatu yang merugikan.

“Undilah DAP sekiranya kamu tidak mahu berada dalam kerajaan. Undi BN jika kamu mahu bersama dalam kerajaan.

“Sekiranya semua calon-calon Cina dalam kumpulan saya tewas, tidak akan ada Cina dalam kerajaan. Saya tidak mahu tiada orang Cina dalam kerajaan,” katanya dipetik laman Free Malaysia today semalam.

Justeru beliau menyeru para pengundi dari kalangan kaum Cina agar bersama dengannya membentuk kerajaan dengan memenangkan calon pilihannya.

Beliau yang berucap di Miri semalam, turut membayangkan keyakinan bahawa BN akan berjaya merampas kembali sekurang-kurang 3 kerusi di kubu kuat DAP.

Antara yang menjadi tumpuan ialah kerusi DUN Pujut, yang mana BN meletakkan calonnya Dato’ Hii King Chiong seorang dermawan terkenal sebagai taruhan. - Sarawakiana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan