Cyber Trooper UMNO-BN di seru bersedia hadapi cabaran dan serangan pembangkang yang bertali arus menimbulkan kesangsian kepada rakyat dalam pelbagai isu rekayasa.
Memandangkan kepada tarikh pilihan raya semakin hampir pembangkang mengaktifkan segala serangan dengan modal isu sekecil hama dikepala babi.
Hari ini cyber trooper pro kerajaan tidak seaktif dahulu malah dianggap semakin mengecil kelompoknya sedangkan bala serangan semakin kencang terhadap parti keramat orang Melayu.
Dengan segelintir cyber trooper tegar pro UMNO tidak mungkin dapt mematahkan semangat juang cyber trooper pembangkang.
Kelihatannya cyber trooper suka-suka yang banyak memasukan berita entah apa-apa di fecbook lebih ramai daripada yang tegar dan bersungguh mempertahankan UMNO dan pemimpin dari dilibas pembangkang.
Kemungkinan juga mereka ini berharap kepada imbuhan atau hanya sekadar suka-suka untuk mendapat like dan share.
Runggutan juga terdengar dikalangan pengamal media medium blogspot bahawa hari ini cyber trooper UMNO lebih suka menggunakan platform facbook untuk mereka menyampaikan bangkangan dari pembangkang sehingga medium blogspot langsung tidak diminati lagi.
Sedangkan blogspot lebih kedepan kerana berita yang ditulis hari ini boleh dijumpai walaupun 10 tahun akan datang dan pastinya akan menjadi rujukan kepada generasi seterusnya untuk menilai bagaimana generasi sebelumya berjuang mempertahankan parti keramat orang Melayu.
Bangkitlah daripada kelemahan untuk mengedali blog dengan mempelajari daripada rakan-rakan dan daripada tutor secara online yang ditulis untuk rujukan para pengemar yang mahu belajar bina sebuah blog untuk menyampaikan berita kepada awam.
Cyber trooper parti keramat orang Melayu harus menilai keberkesanan serangan pembangkang kepada masyarakat awam hari ini.
Kini seramai 20 juta pengguna internet di Malaysia dan pastinya jumlah itu cukup untuk menyebar segala kebenaran yang telah dilakukan oleh kerajaan dari parti Barisan Nasional.
Marilah sama-sama kita gabung tenaga dengan menulis seberapa mampu untuk memberi penerangan kepada pengguna internet seramai 20 juta di Malaysia ini.
Sabtu, 4 Mac 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan