Khamis, 16 Mac 2017

Di Selangor PAS Hanya Kaldai Pembawa Kitab DAP



WALAUPUN Naib Presiden PKR pernah berkata,PAS dijangka tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR kerana ia memberi kesan terhadap Kerajaan Negeri Selangor dianggap tidak mempengaruhi Muktamar PAS pada April ini.

Memandangkan PAS semakin ditinggal jauh sejak akhir-akhir ini keputusan untuk mengekalkan hubungan dengan PKR semakin kabur.

Pemerhati politik dari bawah hingga keperingkat atas dapat merasakan cinta kasih sebahagian pemimpin PKR kepada PAS semakin luntur.

Bertambah ketara setelah kedua kaki pemimpin PPBM telah memasuki Pakatan Harapan seolah-olah parti berlogo bunga raya itu berjasa besar kepada PKR.

Walaupun pemimpin PAS dari bawah hingga keperingkat tinggi tidak melahirkan keluhan berkaitan hubungan parti itu dengan PKR ia tidak melambangkan kekukuhan hubungan.

PAS sedar dialam nyata,kiranya memutuskan hubungan dengan PKR bukan sahaja kerajaan Selangor bergoncang tetapi kedudukan PAS sendiri juga turut bergoyang.

Melihat kepada kezahiran,walaupun PAS merupakan tunggak penting kepada perkongsian kuasa bagi mentadbir kerajaan negeri,PAS sebenarnya seumpama kaldai pembawa kitab untuk dibaca pemimpin DAP.

Oleh itu,tidak mustahil sama sekali PAS akan membuat keputusan yang tidak dijangka oleh semua pihak berkaitan hubungan dengan PKR.

Berdasarkan kenyataan pemimpin PAS sebelum ini,PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP pastinya ramai sudah tahu keputusannya.

Pemerhati politik boleh lihat bagaimana PAN menyerang Kelantan dengan pelbagai serangan dalam ceramah,dengan kekerapan PAN mengadakan program serta kempen menunjukkan ugutan melalui propaganda kepada PAS sedang berlaku.

Sebenarnya pemimpin PAN sudah tahu dari awal-awal kenyataan,bahawa PAS tidak akan adakan kerjasama dengan parti ada hubungan dengan DAP,ia bukan sekedar satu kenyataan sebaliknya satu jawapan yang telah diputuskan presiden walaupun Muktamar masih jauh.

Sekiranya pemimpin PAS bukan jenis lidah bercabang,PKR pasti kehilangan rakan karib yang pernah membantu meletakkan Azmin Ali pada kerusi Menteri Besar.

Serangan PAN di Kelantan tidak pernah dihalang PKR dan DAP walaupun mengharapkan PAS bersama Pakatan Harapan.

Ini menunjukkan,PKR,DAP sebenarnya sudah tahu yang PAS tetap memutuskan hubungan walaupun kerajaan Selangor bergoncang.
Secara nyatanya,Wan Azizah selaku orang kuat PKR sangat berbangga dengan keputusan PPBM untuk bersama dengan pasukan pemakan pisang dalam Pakatan Harapan.

Kiranya benar pemimpin PKR yakin PAS sesekali tidak akan memutuskan hubungan kerjasama politik dengan mereka,pastinya Wan Azizah tidak seperti beruk dapat bunga menerima PPBM sebagai rakan baru.

Khamis-16/3/2017-11:05 PM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan