Jumaat, 17 Mac 2017

Rakyat Kira Hutang Pemimpin Kira Untung

Politik Rupa........
Undi wakil Cina untuk mewakili orang Cina. Jika tidak, orang Cina akan ketinggalan. Ahli politik Cina kata, bangsa Cina perlu bersatu agar bangsa Cina maju.

Undi wakil Dayak untuk mewakili orang Dayak. Jika tidak, orang Dayak akan ketinggalan. Ahli politik Dayak kata, bangsa Dayak perlu bersatu agar bangsa Dayak maju.

Undi wakil Melayu untuk mewakili orang Melayu. Jika tidak, orang Melayu akan ketinggalan. Ahli politik Melayu kata, bangsa Melayu perlu bersatu agar bangsa Melayu maju.

Undi wakil India untuk mewakili orang India. Jika tidak,orang India akan ketinggalan. Ahli politik India kata, bangsa India perlu bersatu agar bangsa India maju.

Makanya, selama 50 tahun lebih bangsa India bersatu di bawah pimpinan ahli politik India untuk mewakili mereka agar bangsa India tidak ketinggalan dan terus maju.

Makanya, selama 50 tahun lebih bangsa Cina bersatu di bawah pimpinan ahli politik Cina untuk mewakili mereka agar bangsa Cina tidak ketinggalan dan terus maju.

Makanya, selama 50 tahun lebih bangsa Melayu bersatu di bawah pimpinan ahli politik Melayu untuk mewakili mereka agar bangsa Melayu tidak ketinggalan dan terus maju.

Makanya, selama 50 tahun lebih bangsa Dayak bersatu di bawah pimpinan ahli politik Dayak untuk mewakili mereka agar bangsa Dayak tidak ketinggalan dan terus maju.
Tetapi......

Setelah 50 tahun bersatu, yang maju dan tidak ketinggalan itu adalah ahli politik Dayak.
Setelah 50 tahun bersatu, yang maju dan tidak ketinggalan itu adalah ahli politik Cina.
Setelah 50 tahun bersatu, yang maju dan tidak ketinggalan itu adalah ahli politik Melayu.
Setelah 50 tahun bersatu, yang maju dan tidak ketinggalan itu adalah ahli politik India.

Ahli politik Melayu kaya – raya, bangsa Melayu papa kedana.
Ahli politik India kaya – raya, bangsa India papa kedana.
Ahli politik Cina kaya – raya, bangsa Cina papa kedana.
Ahli politik Dayak kaya – raya, bangsa Dayak papa kedana.

Salah Siapa..........
Ahli politik Cina kata, ini salah ahli politik Melayu. Makanya, bangsa Cina perlu undi kami lagi agar nasib orang Cina akan terbela.

Ahli politik Melayu kata, ini salah ahli politik India. Makanya,bangsa Melayu perlu undi kami lagi agar nasib orang Melayu akan terus terbela.

Ahli politik Dayak kata, ini salah ahli politik Melayu. Makanya, bangsa Dayak perlu undi kami lagi agar nasib orang Dayak akan terus terbela.

Ahli politik India kata, ini salah ahli politik Melayu. Makanya, bangsa India perlu undi kami lagi agar nasib orang India akan terus terbela.

Makanya....
Bangsa Dayak yang papa kedana itu membela ahli politik Dayak yang kaya – raya.
Bangsa Melayu yang papa kedana itu membela ahli politik Melayu yang kaya – raya.
Bangsa India yang papa kedana itu membela ahli politik India yang kaya – raya.
Bangsa Cina yang papa kedana itu membela ahli politik Cina yang kaya – raya.
Ahli politik Melayu yang kaya - raya, Ahli Politik Dayak yang kaya - raya, Ahli politik Cina yang kaya - raya, Ahli politik India yang kaya - raya, duduk semeja kira duit untung juta - juta.

Kita yang miskin duduk kira - kira Buku Lima.
Itulah dia Politik Rupa.
Larry Asap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan