Rabu, 15 Mac 2017

Jangan Sebar Berita Palsu,Pemimpin Tak Tunai Janji Tak Palsukah Pak Menteri?

Sekarang ni heboh jangan sebar cerita bohong atau lebih tepat berita palsu,siasat dahulu sebelum sebar dan macam-macam lagi.

Dalam isu ini pemimpin dalam kumpulan politik bertanding dan menang telah melayakan mereka digelar pemimpin walaupun ketua sayap parti dalam cawangan.

Ketika kempen pemilihan macam-macam calon berjanji,termasuk akan melipatganda gerak kerja politik bagi memperkasakan parti.

Apabila mereka dah menang habok pun tak ada malah tidur tak bangun-bangun dan bukankah itu satu penipuan.

Itu cerita dalam cawangan,cerita dalam bahagian pula lagi dahsyat.contohnya semasa kempen pemilihan dalam bahagian,tempat yang direbut adalah ketua bahagian.

Penulis sendiri dengar seorang calon ketua bahagian cakap,kalau dia menang,dia akan adakan unit media sendiri,server sendiri.

Allah maha kuasa,dia menang dan melayakan dia jadi ketua bahagian baharu.

Apa yang dijanjikan tidak dilakukan sehingga saat artikel ini ditulis.dan bukankah satu penipuan.itu cerita pemilihan selepas pru13.

Itu baru cerita bahagian dan cawangan,belum lagi cerita peringkat negeri.ada negeri disebelah pantai timur batu asas jambatan sampai jadi tugu dan bukankah itu satu penipuan.

Ada juga negeri sehingga rakyat bawa ke Mahkamah kerana janji manifesto tidak ditunai,tut tut keputusanya manifesto bukan janji,apakah ini patut digelar bukan satu penipuan.

Ada pula negeri menteri besarnya canang sana canang sini nak buat hospital,dan ketua kerajaan pun pegilah rasmi batu asas dan sekarang tapak hospital dah naik semak-samun dan adakah itu bukan penipuan.

Apa yang penulis sinis ini berlaku dikalangan pemimpin politik disemua peringkat dan tidak kiralah dari parti politik mana pun.

Kena ingatlah,penipuan yang besar itu bermula dari kecil,kerana tiada contoh terbesar boleh diteladani tanpa permulaan kecil,seperti kata bidalan,api semasa kecil menjadi kawan,bila dah besar jadi lawan.

Oleh itu,sesiapa sahaja perlu mendidik pekertinya sejak dari awal mengnal kotor dan bersih.

Hari ini berleluasa penipuan lebih besar sehingga ramai yang rasa gerun dengan dakwaan-dakwaan negara akan bankrap,peluru berpandu Korea Utara sampai ke Malaysia sekiranya dilancarkan dinegara itu.ada juga mendakwa Kuala Lumpur akan hancur dengan sebiji bom dari Korea Utara,ada juga mendakwa punca ketegangan antara Malaysia dan Korea Utara kerana kerajaan tidak bijak guna saluran diplomatik.

Semua dakwaan itu adalah penipuan dan penipuan menggerunkan itu bermula dari yang kecil.

Oleh itu penipuan berita yang berlaku dan disebarkan melalui media sosial hari ini bermula dimana,malah pemimpin diperingkat negeri dan peringkat politik pun janji tak ditunai,dan janji yang tak ditunaikan itu adalah penipuan.

Oleh itu janganlah melihat sebelah pihak sahaja,malah dipihak pemimpin disemua peringkat dan semua parti politik pun patut di nilai,kerana tipu adalah tipu tak mungkin berubah menjadi tebu.

Dalam hal ini semua orang jadi penipu dan kena tipu.oleh itu,segala amaran yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa tentang penipuan atau berita palsu patut tanya diri sendiri,apakah dia tidak pernah menipu.

Oleh itu,yang perlu di didik supaya tidak menipu adalah mereka dikalangan pemimpin,kerana pemimpin adalah contoh kepada pengikut dan rakyat jelata dan barulah anak tidak kencing berlari.

Rabu 15/3/2017 - 2:35 AM
VIA TELEFON


Tiada ulasan:

Catat Ulasan