Selasa, 14 Mac 2017

Kami Suka BN Bukan Sebab Ketua Bahagian Tapi Sebab PM Najib

LIMA jam bersama dengan orang yang ada pengikut dalam masyarakat India di Shah Alam merungkai banyak pekara.

Ketidakpuasan mereka kepada pengerusi BN dan Ketua MIC Bahagian memang menampakkan,Namun dimanakah saya nak bawa aduan mereka ,kalau bukan diletakkan dalam blog.

Ada pekara yang boleh diceritakan disini dan lebih banyak pekara pula yang tidak boleh disampaikan.

Ketua bahagian parti Melayu juga pengerusi BN bahagian asyik bagi alasan bajet tiada.BN dah meskin sangatkah?soal mereka.

Menurut nya lagi,sejak jadi pengerusi BN ketua bahagian parti Melayu ini tak pernah berprogram dengan masyarakat India .

Ketika ditanya macamana dia tahu [pelapor],saya mesti tahu kerana saya ada ramai kawan dan saya sendiri ada jawatan penting dalam cawangan.

Setakat ini hanya ketua pemuda UMNO Shah Alam sahaja selalu hubungi saya untuk berprogram,manakala orang nombor dua,nombor tiga selepas ketua parti Melayu,seingatnya tidak pernah begitu juga dengan nombor satu.

Menurutnya lagi,masyarakat India Shah Alam yang dahulunya suka PKR kini mula berubah kearah BN.

Ketika ditanya,kenapa mereka mula berubah?beliau jawab ramai suka BN kerana suka PM Najib bukan suka ketua UMNO.MIC (Bahagian) dan pemimpin dibawahnya,sebaliknya suka Najib.

Lebih ramai orang muda kenal Ketua Pemuda Umno Shah Alam daripada ketua bahagian yang juga pengerusi Barisan Nasional.

Note penulis.
SHAH ALAM calon BN yang dipilih adalah dikalangan Melayu.Oleh kerana bertanding atas tiket BN pastinya,pengundi yang sokong BN akan undi BN tidak kira apa kaum sekali pun bukanya undi Umno.

Selasa 14/3/2017 - 8:15 PM-RESPECTMYPM

VIA TELEFON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan