Selasa, 7 Mac 2017

Korea Utara Semakin Melampau Halang Rakyat Malaysia Keluar

Marilah kita seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara Malaysia yang masih berada di Korea Utara kerana dihalang keluar oleh pemerintah kuku besi negara itu.


MELAMPAU,itulah kata-kata sesuai dilontarkan kepada pemerintah Korea Utara diatas tindakan negara itu menahan rakyat Malaysia sebagai tebusan.

Keputusan Korea Utara sangat dan amat melampau kerana jelas keputusan diplomatik yang dikeluarkan kerajaan Korea Utara akan meburukkan lagi keadaan.

Tindakan seperti itu tidak boleh diterima keseluruhan rakyat negara ini bahkan masyarakat antarabangsa.

Memandangkan keadaan semakin tegang marilah sama-sama berdoa agar segala kekusutan dapat dileraikan dengan segera.
Pemerintah Malaysia sanggup melakukan apa sahaja yang termampu demi menyelamatkan rakyat yang ditegah keluar dari Korea Utara termasuk menyekat wagra negara itu yang berada disini meninggalkan negara ini.

Perdana Menteri Malaysia Datuk eri Najib Tun Razak berkata,Malaysia akan lakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan rakyat Malaysia yang berada di negara itu selamat dan Majlis Keselamatan Negara akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini bagi mengambil langkah sewajarnya.

Ketegangan yang dicetuskan Korea Utara sejak hari pertama pembunuhan Kim Jong-nam dinegara ini telah dijangka berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan negara itu bercanggah dan sengaja mencetus ketegangan.

Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat pastinya ada undang-undang yang perlu dipatuhi dan dihormat oleh pihak luar.

Siasatan mengenai pembunuhan Kim Jong-nam mengikut undang-undang yang telah lama diguna pakai dan siasatan kes itu dilakukan secara profesional oleh pakar-pakar terlatih.

Sebab itu pihak berkuasa negara ini dapat tangkap beberapa orang yang terlibat membunuh Kim Jong-nam.
Apabila sesuatu Jenayah berlaku dinegara ini,tidak kira ia membabitkan rakyat tempatan atau negara lain pastinya disiasat mengikut undang-undang negara ini bukan dengan undang-undang negara lain.

Sekiranya Korea Utara mahu hubungan diplomatik diputuskan,kita rakyat Malaysia tidak menolak sama sekali dan kerajaan rasanya akan membuka tapak tangan menerima memandangkan negara itu tidak langsung menghormati perinsip kedualatan negara merdeka ini.

Marilah kita seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warga negara ini yang masih berada di Korea Utara kerana dihalang keluar oleh  pemerintah kuku besi negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan