Malaysia mempunyai undang-undang siapa berhak menuntut apabila berlaku kematian seperti kes kematian Kim Jong-nam.
Sejak hari pertama pembunuhan itu berlaku siasatan dijalankan dan punca kematian telah disahkan disebabkan oleh racun VX.
Walaupun orang yang disyaki membunuh Kim Jong-nam telah dihadapkan ke Mahkamah ,pengenalan melalui kaedah saintifik DNA masih belum selesai berikutan tiada waris terdekat manga tampil memberi kerjasama dengan pihak berkuasa negara ini.
Kematian Kim Jong-nam juga sebagai penyebab berlakunya keteganan Malaysia dan Korea Utara.
Keceluparan duta Korea utara dalam beberapa kenyataanya seolah-olah beliau cuba memberi gambaran buruk kepada dunia tentang keadilan negara ini.
Sedangkan keseluruhan rakyat negara ini serta masyarakat dunia yakin siasatan keatas kes pembunuhan Kim Jong-nam akan merungkai siapa perancang utama.
Akibat kelakuan buruk duta Korea utara,Malaysia telah mengisytiharkan status Persona Non Grata dan dikehendaki meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.
Manakala Korea Utara mengambil tindakan serupa terhadap Malaysia,semasa pengisytiharan Persona Non Grata terhadap duta Malaysia di negara itu,Mohamad Nizam Mohamad ,walaupun telah lama dipanggil pulang bagi tujuan memberi penerangan berkaitan kes bunuh Kim Jong-nam.
Bukan setakat itu sahaja,Korea utara dilihat tidak berpuas hati walaupun tindakan mengisytihar kedutaan negara ini sebagai orang tidak perlu berada dinegara yang diperintah pemimpin kuku besi itu.
Kerana tidak puas hati,pemimpin Korea Utara melarang rakyat negara ini keluar dari negara itu selagi siasatan kes kematian berprofail tinggi itu tidak selesai.
Arahahan larangan keluar rakyat Malaysia dinegara itu dianggap mempunyai matlamat tertentu yang sulit untuk diterjemahkan kebanyakan.
Tindakan Korea Utara menahan warganegara ini seperti tebusan adalah melampau kerana tiada wujud dalil yang membolehkan sesebuah negara menahan warga negara lain tanpa melakukan kesalahan.
Sekumpulan manusia yang layak dimasukan dalam kumpulan durjana terdiri dari warganegara ini pula mengatakan kerajaan tidak mengambil tindakan melalui proses diplomatik dengan cara teratur dilihat cuba mempolitikan isu.Sedangkan kewarasan dan kewajaran mengajak keseluruhan rakyat bangkit menyatakan kesetian untuk mempertahankan kedaulatan tanah air ini.
Pihak berkuasa negara ini sukar untuk memperolehi DNA bukan kerana masalah teknikal,tetapi dipercayai waris mangsa gusar tentang keselamatan mereka ketika perjalanan menuju Kuala Lumpur walaupun pihak keselamatan memberi jaminan keselamatan mereka semasa berada dinegara ini.
Dunia tahu sukar untuk meramalkan sikap pemerintah tertinggi negara itu berikutan sering melakukan tindakan luar batasan termasuk arah dan perintah bunuh sesuka hati kepada rakyatnya.
Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar rakyat negara ini yang ditahan sebagai tebusan di Korea Utara selamat.
Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar meraka yang ditahan di Korea Utara selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan