Jumaat, 24 Mac 2017

Menteri Belum Tentu Kekal Menang Pada Pilihan Raya

"Itu sebelum dia menteri,sekarang dia dah menteri"itulah kata-kata orang kuat UMNO  ketika berbicang dengan penulis mengenai kedudukan beberapa Ahli Parlimen yang menang tipis pada PRU13 lalu.

Kata-kata itu juga menunjukkan Ahli Parlimen dari UMNO yang menang tipis sebelum dilantik kejawatan menteri undinya akan bertambah pada PRU akan datang setelah ada jawatan menteri.

Fakta menunjukkan seorang pejuang UMNO selama 4 penggal jadi MB Johor boleh kalah 14,762 undi kepada Lim Kit Siang di Gelang Patah pada PRU lalu.

Menteri yang dimaksudkan penulis hanya menang pada PRU 13 lalu dengan majoriti 600 kebawah dikawasan yang sangat sukar dijangka berikutan kawasan pilihan raya parlimen itu tebal pembangkang.

Pada PRU14 pertandingan 3 penjuru pasti berlaku antara BN,PAS,PPBM manakala PKR,PAN,DAP tak mungkin letak calon dikawasan yang dimaksudkan berikutan ketua bahagian di situ adalah orang PPBM dan lebih popular daripada pemimpin PKR dan PAN yang berjawatan setaraf.

Apa yang hendak dibicangkan oleh penulis dengan orang kuat UMNO yang dimaksudkan,bolehkah Ahli Parlimen yang menang tipis itu mengekalkan majoriti kemenangan atau sebaliknya kerana pada PRU14 nanti pertandingan 3 penjuru pasti berlaku.

Tak sempat berulasan panjang,orang kuat UMNO yang dimaksudkan telah memberi jawapan,katanya:Itu sebelum dia menteri,sekarang dia dah menteri,''wow....
Jawatan dalam politik bukan calang-calang,malah bukan diperingkat rendah tapi?.sekiranya dapat diukur pemikiran beliau sebenarnya masih rendah walaupun hebat tentang politik.

Penulis sama sekali tidak bermaksud untuk menyebut Namanya,letak gambarnya disini,dan memaklumkan jawatanya.

Cuma,sebagai orang politik sesiapa sahaja perlu melihat situasi semasa sebelum menggunakan hujah logik,kerana angka selalu turun naik ibarat permainan saham.

Kepada pemimpin politik selain orang yang dimaksudkan,bila bercakap dengan penulis jalanan seperti saya ini janganlah pandang rendah sehingga tidak mahu menerima pandangan.

Bagi orang yang menilai dengan positif pasti bertanggapan artikel ini sebagi peringatan kepada mana-mana pemimpin UMNO,yang mengambil kita dengan perasan negatif pastinya akan anggap artikel ini sebaliknya.

JUMAAT-24/3/2017-8:45 PM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan