Sabtu, 25 Mac 2017

Sekiranya Rakyat Mahu BR1M Diteruskan Undilah BN


ARTIKEL ini ditulis bagi menjawab persoalan kebanyakan marhaen yang bimbang jika BR1M tidak diteruskan selepas PRU14.
Penulis telah berbual dengan lebih sepuluh orang marhaen sejak beberapa hari lalu berkaitan dengan BR1M.

100% dari jumlah itu menaruh kebimbangan BR1M tidak akan diteruskan jika PM Najib berundur walaupun BN masih menguasai kerusi pemerintah negara ini.

Dalam perbualan panjang bersama penulis,apa yang boleh disimpulkan kebanyakan marhaen masih berharap BR1M diteruskan walaupun PM Najib tidak lagi jadi perdana menteri.

70% daripada jumlah itu pula masih berharap pengganti PM Najib boleh teruskan BR1M,kerana yang baik patut di ikuti oleh pengganti selepas PM Najib.

Kerana mereka merasakan BR1M tidak akan diteruskan sekiranya PM Najib bukan lagi ketua kerajaan negara ini,mereka berpendapat,kebiasaanya pengganti seseorang pemimpin akan lebih kepada pelaksanaan yang berbeza,sedangkan BR1M diwujudkan semasa PM Najib.

Penulis hanya mampu memberi keyakinan selayaknya,supaya undi BN,kerana penentu BR1M diteruskan atau tidak berdasarkan parti mana yang akan layak memerintah selepas PRU14.

Kalau BN masih memerintah,tidak mustahil BR1M diteruskan walaupun kerajaan hari ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang jangka hayat BR1M kepada rakyat.Jadinya,pengganti selepas PM Najib juga akan melaksanakan pekara serupa demi rakyat asalkan ekonomi negara baik.

Kepada Blogger/Facebooker pro UMNO/BN,jika anda berdepan dengan marhaen yang bimbang jika BR1M tidak akan diteruskan,jawablah dengan sebaik mungkin dan jangan memberi harapan terlalu tinggi pada mereka.

JUMAAT-24/3/2017-11:16 PM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan