Sabtu, 11 Mac 2017

Meroyan 20 Pemimpin PKR Kena Dakwa

BERHUBUNG beberapa pemimpin PKR yang mungkin tidak dapat bertanding pada PRU14 akan datang,Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail seperti terkena penyakit sawan.

Menurut Saifuddin seperti yang dilaporkan Sinar Harian online,terdapat sekitar 20 orang lebih pemimpin PKR yang hampir kesemuanya mereka di tuduh dibawah Akta Hasutan atau Akta Perhimpunan Awam.

Kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ,Ini bukanlah perkembangan yang baik buat demokrasi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kala negara dibelenggu pelbagai krisis kewangan, tata kelola, rasuah, politik dan kepimpinan.

Seolah-olah cuba memberitahu kepada rakyat,Wakil rakyat dari pembangkang yang melakukan sesuatu yang boleh diheret ke Mahkamah dan dituduh dibawah mana-mana akta tidak perlu dilakukan kerana negara ini demokrasi.

Apa kena mengena dengan keputusan yang dibuat mahkamah,sama ada orang kena dakwa didapati bersalah atau tidak dengan negara dibelenggu pelbagai krisis kewangan, tata kelola, rasuah, politik dan kepimpinan sedangkan Mahkamah bukan sebuah badan politik.

Kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail,Saya bagi pihak pimpinan PKR menegaskan, usaha untuk mematahkan semangat kami tidak akan berjaya.

Siapakah yang berusaha untuk mematahkan semangat para penyembah PKR yang cuba dizahirkan Saifuddin?,atau Saifuddin cuba mengatakan Mahkamah telah dipengaruhi oleh orang politik tertentu parti pemerintah negara.

Yang membuat keputusan denda,hukuman penjara bukanya pemimpin politik dikalangan musuh PKR sebaliknya Mahkamah.
Sikap suka mencari salah orang lain nampaknya bersarang di kepala pemimpin pembangkang sejak wujud parti politik di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan