Sabtu, 11 Mac 2017

Ahli Umno Pertahan Daulat Parti

MASJID TANAH 11 Mac – UMNO sebagai sebuah parti keramat perlu dipertahankan kedaulatannya walaupun kini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Justeru, Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta semua ahli UMNO untuk bangkit bermula dari sekarang untuk mempertahankan keutuhan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“UMNO perlu bersiap sedia dari sekarang, tidak boleh mengambil risiko dan perlu berfikir di luar kotak untuk memperkukuhkan parti.

“Hikmah kita berdepan dengan pelbagai ujian kerana ia dapat memberikan kita lebih matang dan dapat mempertahankan keutuhan parti,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Mesyuarat Berkelompok UMNO Cawangan dan Bahagian Masjid Tanah di Dewan Utama Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Paya Lebar di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan