Ahad, 26 Mac 2017

Muhyiddin Cipta Benih Perbalahan Dalam Pakatan Harapan

PRESIDEN PPBM Muhyiddin Yassin memberi pencerahan sebenar bahawa Pakatan Harapan tidak popular dikalangan orang Melayu.

Dengan sebab itulah Muhyiddin mahu Pakatan Harapan dipelopori orang parti berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.

Paling penting melihat gabungan parti baharu ini adalah berteraskan Melayu dan Bersatu antara parti utama yang akan mendukung perjuangan parti dalam gabungan harapan ini,kata Muhyiddin seperti dilaporkan Sinar Online dengan tajuk Pakatan Harapan mesti diketuai parti Melayu.

Dari sudut berbeza Muhyiddin membayangkan PPBM akan mengetuai Pakatan Harapan walaupun kerusi yang dibawa lari dari BN hanya secubit jika dibandingkan dengan rakan-rakan parti lain dalam blok sama.Sekiranya itu impian pemimpin PPBM,pertelagahan dengan pemimpin DAP yang tidak pernah mengalah pada mana-mana pemimpin Melayu dikalangan pembangkang pasti berlaku.

Pada masa sama juga Muhyiddin mencerahkan sangkaan rakyat,bahawa Pakatan Harapan tidak popular dikalangan pengundi Cina setelah Pakatan Rakyat yang di isytihar telah sebati dengan daging dan darah semua kaum di Malaysia juga berkubur ditapak cacamerba.

Ertinya,Pakatan Harapan memang tidak popular dikalangan kaum China,India dan lain-lain kaum selain daripada beberapa persen kaum Melayu.

Muhyiddin berkata,Kita mahukan agar gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu,majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita, ini penting supaya rakyat yakin,” katanya yang dipetik daripada laporan Astro Awani.

Mungkin Muhyiddin nyanyok sebelum usia Mahathir,bibit-bibit perpecahan Pakatan Rakyat tidak pernah dikaji Muhyiddin,sekiranya beliau mengkaji rasanya kenyataan seperti itu tidak berani dikeluarkan.

Semasa Pakatan Rakyat wujud,parti yang dipelopori Melayu bukan sahaja menyatakan parti-parti yang bukan di dipelopori Melayu sebahagian dari keluarga,malah turut memuji orang bukan Islam lebih faham Islam daripada orang Islam.

Mimpi Muhyiddin ketika berceramah di Kota Kiri, Padang Rengas “Jika tuan-tuan kata ‘OK’ saya akan bawakan perkara ini. Kita nak berpakat atau berbincang dengan pimpinan-pimpinan dalam barisan Pakatan Harapan dan kita nak minta supaya untuk menentukan satu kedudukan kita yang boleh dikatakan dihormati.

Melihat dari hasil mimpi Muhyiddin,tidak mustahil PPBM akan menjadi benih kepada pergolakan Pakatan Harapan.

SABTU-26-3-2017-8:28 PM-RESPECTMYPM

VIA LAPPY

FAKTA ANGKA

SEBANYAK 73,8449 KOMPAUN KESALAHAN JALAN RAYA BERNILAI RM41,427,410 JUTA MASIH BELUM DIJELASKAN PEMILIK KENDERAAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BAGI TEMPOH 2003 SEHINGGA 2016.

SINAR HARIAN -JUMAAT -17 MAC 2017

3 ulasan:

  1. Beeok bn jee buat buat sibuk..Muhyiddin ckp lai hang ckp lain
    Dasar bodoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. n,,kau ingat aku tak reti membaca,,dasar bangsat

      Padam
    2. Banyak dedak...Najib bagi berapa sebulan

      Padam