Ahad, 26 Mac 2017

Azmin Ali Mimpi Tawan Putrajaya Dengan Undi Popular


TAK kering bibir pemimpin pembangkang bercakap mahu tawan Putrajaya dengan mempopularkan undi popular 52 peratus yang diperolehinya pada pilihan raya lalu.

Sedangkan sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah melalui kemenangan calon parti yang dipilih bertanding dikawasan pilihan raya bukan berdasarkan undi popular yang dilelong pembangkang kepada rakyat.

Hari ini sebuah portal milik kerajaan Selangor  dengan tajuk Azmin rujuk formula Anwar tawan Putrajaya
melaporkan formula satu lawan satu mesti dilakukan untuk lawan BN dan menawan Putrajaya,kerana formula itulah menghasilkan kejayaan besar pada PRU lalu apabila Pakatan Rakyat yang telah berkubur telah memperolehi 52 peratus undi popular.

Pembangkang tidak pernah berani mengeluarkan statistik undi popular mengikut kawasan pilihan raya yang ditandingi parti dalam klompok Pakatan Rakyat(Sebelum Berkubur) pada PRU13 bagi rakyat tahu.



Kesemua 10 kawasan yang dimenangi DAP dengan majoriti tinggi menunjukkan undi popular kawasan itu paling tinggi.

Sebagai contoh,Cheras mempunyai 81.8% pemilih Cina. Calon DAP di Cheras Tan Kok Wai mendapat 81.1% daripada 81.8% pemilih Cina di kawasan pilihan raya itu. undi popular calon DAP dapat 81.1% hanya berbeza 0.7 peratus daripada jumlah peratusan pengundi Cina di Parlimen itu.

Sebelum ini mereka dari pembangkang menyakinkan rakyat terutamanya Melayu,DAP hanya bertanding 51 kerusi parlimen bukanya bertanding disemua kerusi Parlimen sebanyak 222 itu dan hanya menang 38.Dengan jumlah kerusi parlimen yang ditandingi DAP tak akan dapat DAP perintah Malaysia.

Apabila bercerita tentang nak menang dan nak tawan Putrajaya pemimpin dikalangan pembangkang guna modal undi popular yang sudah tentu datang dari negeri-negeri undi tinggi DAP seperti Selangor,Wilayah Persekutuan,Pulau Pinang.

Kempen pembangkang untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan undi popular yang diperolehi pada PRU13 sepatutnya tidak berlaku kerana sistem pilihan raya diamal di negara ini tidak ambil kira perkara itu

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan berkata, permuafakatan semua gabungan membolehkan pembangkang merealisasikan pelaksanaan formula satu lawan satu sekali gus membolehkan Pakatan menerajui kepimpinan di Putrajaya.

Katanya lagi, formula itu telah menghasilkan kejayaan besar pada PRU lalu apabila Pakatan waktu itu meraih undi popular 52 peratus.

Pada PRU 14 nanti mimpi untuk pembangkang melaksanakan impian satu lawan satu mustahil untuk dilaksanakan berikutan PAS tidak lagi bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan politik dengan DAP.

SABTU-26-3-2017-6:20 PM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan