KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini petang ini bagi mengadakan lawatan kerja dua hari ke Kelantan.
Ketibaan beliau pada jam 6.20 petang disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa dan para pemimpin UMNO Kelantan.
Najib dijadual mengadakan pertemuan dengan anggota UMNO pada majlis Santai Bersama Kepimpinan UMNO Kelantan di sebuah hotel di sini, malam ini.
Pagi esok, Perdana Menteri dijadual melawat tiga rumah penduduk di Bachok sempena program Jom Bantu Rakyat.
Beliau juga dijadual mendengar taklimat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jelawat, Bachok.
Najib kemudian akan menghadiri majlis pecah tanah Hospital Bachok dan melancarkan Program Jom Bantu Rakyat di Kampung Bator, Bachok.
Pada sebelah petang pula, Perdana Menteri dijadual merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu sebelum ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa di sini untuk Program Transformasi Nasional 2050 (TN2050). – BERNAMA
Sabtu, 11 Mac 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan