Selasa, 18 April 2017

TPM Zahid Pilih Hishammuddin Pikul Tanggungjawab Menteri Tugas-tugas Khas

Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri menjadi isu besar kepada pembangkang sehingga timbul pelbagai andaian rekayasa yang tidak enak didengar.

Kali ini penulis tidak mahu menyentuh apa yang pembangkang nyatakan sebaliknya ingin sekali menyatakan pekara sebenar yang disampaikan kepada penulis.

Walau bagaimanapun penulis tidak ingin menyatakan hal ini secara jelas,seperti masa mesyuarat diadakan untuk mencari calon bagi jawatan baharu iaitu Menteri Dengan Tugas-tugas Khas.

Pada mereka yang cuba lagakan Timbalan Perdana Menteri dengan Datuk Seri Hishammuddin berkaitan jawatan baharu,cukuplah penulis nyatakan,TPM Zahid adalah seorang yang sentiasa sedar diri dan tahu lebih dan kurangnya diri sendiri.

Terdapat beberapa nama yang dicadangkan untuk jawatan Menteri Dengan Tugas-tugas Khas,tetapi TPM Zahid saran supaya keutamaan diberi kepada Datuk Seri Hishammuddin.

Menurut sumber yang boleh dipercayai,bukan seminggu dua PM Najib berbincang dengan TPM Zahid tetapi berbulan.
Ertinya,Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke jawatan Menteri Dengan Tugas-tugas Khas adalah di saran oleh TPM Zahid dan di persetujui oleh PM Najib.

Rasanya cukuplah dengan penjelasan ringkas ini,bukan apa,' nanti tanpa sengaja penulis pula berlebih-lebih,sedangkan maklumat seperti apa yang penulis telah catat.

Sekiranya ada kesilapan maklumat yang penulis sampaikan,mohon maaf dipinta...

JUMAAT-14-4-2017-11AM-RESPECTMYPM
VIA TELEFON
Artikel ini lambat disiarkan kerana penulis sibuk cari rezeki-mohon maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan