Ahad, 7 Mei 2017

Tidak Wujud Papan Tanda Jalan Ditutup Dipersekitaran Surau Austin Perdana

JOHOR BAHRU - Papan tanda pemberitahuan bahawa jalan ditutup sementara ketika hari Jumaat yang tular di media sosial didapati tiada di kawasan surau yang berlaku kekecohan semalam.

Papan tanda itu berbunyi: JALAN PUJANGGA Ditutup sementara setiap hari Jumaat bermula jam 12 tengah hari hingga jam 2.30 petang untuk dijadikan tempat kereta.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi terbabit mendapati papan tanda yang dikatakan berada di kawasan persekitaran Surau Austin Perdana tidak wujud sama sekali.

Surau yang mendapat tauliah untuk solat Jumaat itu terletak di Jalan Austin Perdana 1, bukan Jalan Pujangga.

Dipercayai papan tanda itu dari sebuah lokasi lain di negeri itu, bukannya di Surau Taman Austin Perdana seperti didakwa.
-SINAR HARIAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan